Surin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Surin
สุรินทร์
frames
Ibu kota Surin
Gabernor Somphong Anuyutphong
(sejak 2005)
Keluasan 8,124.1 km2
Tangga ke-24
Jumlah
Penduduk
1,327,901 (2000)
Tangga ke-10
Kepadatan
Penduduk
163/km2
Tangga ke-16
ISO 3166-2 TH-32

Surin (Bahasa Thai: สุรินทร์) ialah salah satu provinsi (changwat) Thailand yang terletak di timur laut negara ini. Provinsi-provinsi berjiran termasuk (dari barat ikut arah jam) Buriram, Maha Sarakham, Roi Et dan Sisaket. Provinsi Surin bersempadan dengan negara Kemboja di selatan, dengan 60% daripada penduduknya bertutur dalam bahasa Khmer.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Di utara Provinsi Surin ialah lembah Sungai Mun, salah satu cawang Sungai Mekong, manakala di selatan ialah rangkaian gunung Dongrek yang juga merupakan sempadan negara Kemboja.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Provinsi Surin pada suatu ketika merupakan sebahagian Empayar Khmer. Puing-puing kuil yang berselerak serta segolongan penduduk etnik Khmer yang besar merupakan saki-baki daripada zaman itu.

Pada tahun 1763, sebuah kampung telah dipindah ke lokasi kota Surin yang moden ini, dan dinaik taraf menjadi sebuah kota dengan nama Mueang Prathai Saman. Pada masa itu, seorang yang bernama Chiangpum memberikan seekor gajah putih sebagai penghormatan kepada Rama I yang ketika itu masih belum menjadi raja. Sebagai balasan, Chiangpum menerima gelaran kehormat Luang Surin Phakdi dan dilantik sebagai penghulu. Beliau kemudian menjadi gabenor pertama ketika Rama I menjadi raja.

Pada tahun 1786, kota itu dinamakan semula menjadi "Surin", iaitu nama terkini, sebagai penghormatan kepada gabernor pertamanya.

Lambang[sunting | sunting sumber]

Mohor provinsi menampilkan sebuah kuil dalam reka bentuk seni bina Khmer, serta kepala gajah. Kedua-dua kuil Khmer dan gajah biasa boleh didapati di provinsi ini.

Pokok dan bunga provinsi Surin ialah Pokok Tembusu (Fagraea fragrans).

Bahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta Amphoe

Provinsi Surin dibahagikan kepada 13 buah daerah (Amphoe) dan 4 buah daerah kecil (King Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan lagi kepada 158 buah komun (tambon) dan 2,011 buah desa.


Amphoe King Amphoe
  1. Mueang Surin
  2. Chumpon Buri
  3. Tha Tum
  4. Chom Phra
  5. Prasat
  6. Kap Choeng
  7. Rattanaburi
  1. Sanom
  2. Sikhoraphum
  3. Sangkha
  4. Lamduan
  5. Samrong Thap
  6. Buachet
  1. Phanom Dong Rak
  2. Si Narong
  3. Khwao Sinarin
  4. Non Narai


Pautan luar[sunting | sunting sumber]