Songkhla (wilayah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
สงขลา
Songkhla (Singgora)
Lokasi Songkhla
Keluasan: 7,393.9 km²
Jumlah penduduk 1,255,662 (tahun 2000)
Kepadatan: 170 inh./km²

Songkhla (Bahasa Thai: สงขลา, Bahasa Melayu: Singgora) ialah sebuah wilayah (changwat) di selatan Thailand yang berjiranan dengan Satun, Phatthalung, Nakhon Si Thammarat, Pattani dan Yala dan bersempadan dengan Kedah dan Perlis di Malaysia.

Ibu kota bagi wilayah ini ialah Songkhla, berbeza dengan wilayah-wilayah lain, ibu wilayah Songkhla bukanlah bandar terbesar di wilayah ini. Bandar baru Hat Yai, dengan jumlah penduduk 359,813, dikira lebih besar, dengan lebih dua kali ganda jumlah penduduk Songkhla (163,072), hal tersebut membuatkan orang luar menyangka yang Hat Yai adalah ibu kota wilayah Songkhla.

Songkhla atau dalam bahasa Melayu nya Singgora ialah kota bagi kerajaan Melayu Langkasuka dengan pengaruh Srivijaya yang besar. Ia telah berada di bawah kekuasaan raja Thai sejak abad ke-18.

Sebelum ini kota songkhla merupakan sebuah pelabuhan dan perdagangan pesisiran pantai di mana pedagang India, Parsi dan Arab datang untuk bertukar-tukar produk mereka, tempat ini pada asalnya dinamakan "Sing Lha" (perkataan Sanskrit yang bermaksud singa) bersempena dengan dua pulau berbentuk singa 2 di permukaan tasik kota. Kini, kedua-dua pulau terbabit dikenali sebagai Ko Nu (เกาะหนู; Pulau Tikus) dan Ko Maeo (เกาะแมว; Pulau Kucing).