Udon Thani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Udon Thani
อุดรธานี
frames
Ibu kota Udon Thani
Gabernor Charuek Parinyaphon
(sejak 2004)
Keluasan 11,730.3 km2
Tangga ke-11
Jumlah
Penduduk
1,467,158 (2000)
Tangga ke-8th
Kepadatan
Penduduk
125/km2
Tangga ke-32
ISO 3166-2 TH-41


Udon Thani (Bahasa Thai: อุดรธานี) ialah salah satu provinsi (changwat) Thailand yang terletak di timur laut negara ini. Provinsi-provinsi berjiran termasuk (dari utara ikut arah jam) Nong Khai, Sakon Nakhon, Kalasin, Khon Kaen, Nong Bua Lamphu dan Loei.


Geografi[sunting | sunting sumber]

Udon Thani terletak di tengah-tengah Penara Khorat antara Khon Kaen dengan Nong Khai, dan pada landasan kereta api yang menuju ke utara dari Khorat ke sempadan Laos. Bagaimanapun, perkhidmatan kereta api kini tamat beberapa kilometer daripada sempadan tersebut. Ibu kota provinsi ini yang mempunyai nama yang sama ialah bandar yang kelima terbesar di Thailand.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Provinsi Udo Thani termasyhur untuk tapak arkeologi Ban Chiang disebabkan tapak ini mengandungi tinggalan-tinggalan Zaman Gangsa. Ban Chiang terletak di sebuah perkampungan desa, hampir 85 batu di timur ibu kota Udon Thani. Ibu kota Udon Thani merupakan salah satu pasaran barang-barang pertanian yang lebih sibuk di timur laut Thailand yang agak kering. Ibu kota ini menerima pertambahan ekonomi yang terbesar pada dekad 1960-an ketika Amerika Syarikat membina Pangkalan Tentera Utara Diraja Udon sebagai sebuah pangkalan tentera bersama semasa Perang Vietnam.

Amerika Syarikat menyerahkan pangkalan ini kepada tentera Thailand pada tahun 1976. Bagaimanapun, terdapat tiga kesan tinggal yang penting terhadap kehadiran pangkalan Amerika Syarikat di provinsi ini:

  1. Sebilangan orang tempatan di kawasan ini dibayar gaji yang lumayan dan membelajari bahasa Inggeris yang membantu mereka mendapat kerja dengan lebih mudah di dunia luar (seperatusan besar kumpulan yang lebih berpendidikan kini bekerja di medan-medan minyak Timur Tengah).
  2. Pangkalan bersama ini mencipta pertalian-pertalian, termasuk dengan Konsulat Amerika Syarikat di ibu kota Udon Thani yang tutup pada tahun 1995, dan dengan Pos Bekas Perajurit Perang Asing (VFW).
  3. Pangkalan dan konsulat menyebabkan kota ini dianggap sebagai sebuah pusat wilayah, dan tanggapan ini masih berterusan.

Lambang[sunting | sunting sumber]

Mohor provinsi menampilkan raksasa mitologi Hindu yang merujuk kepada Thao Kuwane (Vaisravana atau Kubera), dewa Utara. Pokok provinsi ialah pokok Teng (Shorea obtusa), manakala bunga provinsi ialah Pokok Semarak Api (Butea monosperma).

Bahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta Amphoe

Provinsi Udon Thani dibahagikan kepada 18 buah daerah (Amphoe) dan 2 daerah kecil (King Amphoe). Daerah-daerah itu dibahagikan lagi kepada 155 buah komun (tambon) dan 1,682 buah desa. Bilangan 12-16 yang hilang merupakan daerah-daerah yang membentuk Nongbua Lamphu pada tahun 1993.

Amphoe King Amphoe
  1. Mueang Udon Thani
  2. Kut Chap
  3. Nong Wua So
  4. Kumphawapi
  5. Non Sa-at
  6. Nong Han
  7. Thung Fon
  8. Chai Wan
  9. Si That
  1. Wang Sam Mo
  2. Ban Dung
  1. Ban Phue
  2. Nam Som
  3. Phen
  4. Sang Khom
  5. Nong Saeng
  6. Na Yung
  7. Phibun Rak
  1. Ku Kaeo
  2. Prachaksinlapakhom

Pautan luar[sunting | sunting sumber]