Maha Sarakham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maha Sarakham
มหาสารคาม
frames
Ibu kota Maha Sarakham
Gabernor Chuan Sirinanphon
(sejak 2005)
Keluasan 5,291.7 km2
Tangga ke-42
Jumlah
Penduduk
947,313 (2000)
Tangga ke-20
Kepadatan
Penduduk
179/km2
Tangga ke-14
ISO 3166-2 TH-44

Wilayah Maha Sarakham (bahasa Thai: มหาสารคาม; juga dieja Mahasarakham) ialah sebuah wilayah (changwat) yang terletak di timur laut Thailand. Wilayah ini disempadankan oleh:

Wilayah Maha Sarakham adalah antara 130 hingga 230 meter di atas aras laut. Hampir seluruh wilayah ini merupakan dataran yang dilitupi oleh sawah padi. Di bahagian utara dan timur wilayah ini terdapat bukit-bukit kecil. Sungai utamanya ialah Sungai Chi. Ibu kota wilayah ini ialah bandar Maha Sarakham.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Wilayah Maha Sarakham diasaskan oleh Gabenor Roi Et pada tahun 1865 ketika beliau menghantar 9,000 orang untuk menubuhkan sebuah bandar satelit dan menugaskan seorang sepupunya untuk menjadi gabenor petempatan itu. Pada tahun 1868, kerajaan pusat di Bangkok mengisytiharkan Maha Sarakham sebagai sebuah wilayah di bawah pengawasan Bangkok supaya ingin melemahkan kuasa Roi Et.


Lambang[sunting | sunting sumber]

Mohor Wilayah Maha Sarakham menunjukkan sepohon pokok besar di hadapan sawah-sawah padi untuk melambangkan kekayaan sumber wilayah ini.


Bendera wilayah ini menunjukkan mohornya pada satu jalur perang yang mendatar di tengah. Di atas dan di bawah jalur ini ialah jalur kuning. Warna perang melambangkan kekuatan dan ketabahan orang-orangnya yang hidup dalam iklim yang agak kering; warna kuning ialah warna jubah pendeta Buddhisme yang melambangkan agama penduduk.

Pokok Wilayah Maha Sarakham ialah Pokok Walnut India (Albizia lebbeck ) yang diberikan oleh Permaisuri Sirikit pada tahun 1994. Bunga wilayah ini ialah Pokok Bunga Kemboja (Plumeria alba).


Bahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta Amphoe

Wilayah Maha Sarakham dibahagikan kepada 11 daerah (Amphoe) dan 2 daerah kecil (King Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan lagi kepada 133 komun (tambon) dan 1,804 desa.

Amphoe King Amphoe
  1. Mueang Maha Sarakham
  2. Kae Dam
  3. Kosum Phisai
  4. Kantharawichai
  5. Chiang Yuen
  6. Borabue
  1. Na Chueak
  2. Phayakkhaphum Phisai
  3. Wapi Pathum
  4. Na Dun
  5. Yang Sisurat
  1. Kut Rang
  2. Chuen Chom


Pautan luar[sunting | sunting sumber]