Xabi Alonso

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Xabi Alonso
frames
Maklumat peribadi
Nama penuh Xabier Alonso Olano
Tarikh lahir 25 November, 1981
Tempat lahir Tolosa, Sepanyol
Tinggi 6' - 0" (183 sm)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini Liverpool
Nombor 14
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1999 - 2004
2000 - 2001
2004 - 2009
2009 - 2014
2014 -
Real Sociedad
SD Eibar (pinjaman)
Liverpool
Real Madrid
Bayern Munich
116 (9)
14 (0)
59 (5)
Pasukan kebangsaan
2003 - 2014 Sepanyol 27 (1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 14 Jun 2006.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 5 Julai 2006

Xabier Alonso Olano, ataupun panggilan biasa Xabi Alonso adalah seorang pemain bola sepak dari Tolosa, dalam wilayah Basque, Sepanyol dan kini bermain untuk kelab Bayern Munich. Xabi Alonso terkenal dengan kebolehannya membuat hantaran tepat dan teknik permainan yang baik.

Dilahirkan pada 25 November 1981, Xabi Alonso di bawa oleh Rafael Benitez ke Liverpool. daripada Real Sociedad dengan harga belian £10.5 juta sebaik sahaja Rafael Benitez dilantik Pengurus baru Liverpool..

Xabi Alonso dianggap antara pemain midfield terbaik di dunia ketika ini, dan beraksi untuk Sepanyol dalam kejuaraan EURO 2004 di Portugal dan kejohanan Piala Dunia 2006 di Jerman. Kehandalannya menyebabkan khabar angin bahawa Real Madrid ingin mendapatkan pemain ini untuk bermain di bahawa Real Madrid. Ini disangkal oleh Liverpool dan Xabi Alonso sendiri. [1]

Karier[sunting | sunting sumber]

Real Sociedad[sunting | sunting sumber]

Bapanya, Miguel Angel Alonso menggalakkan Xabi Alonso menyertai pasukan muda Antiguoko untuk mendapatkan latihan dan pengalaman. Xabi ALonso bermain di Antiguiko selama 5 tahun. Dalam tahun 1999, Xabi menyertai pasukan remaja Real Sociedad. Xabi Alonso bermain dengan pasukan remaja di Real Sociedad dan mula beraksi dalam pasukan utama Real Sociedad dalam musim 1999-2000. Perlawanan pertama beliau untuk Real Sociedad adalah semasa melawan Logrones pada 1 Disember 1999 dalam satu perlawanan Copa del Rey. Xabi Alonso bermain 14 kali kesemuanya semasa musim tersebut.

Pada musim berikutnya, Xabi Alonso dipinjamkan kepada kelab SD Eibar untuk mendapatkan pengalaman bermain dalam kesebelasan utama. Selepas pertengahan musim tersebut, Xabi Alonso dipanggil pulnag oleh John Toshack ke Real Sociedad untuk cuba mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama di Real Sociedad.

John Toshack memberikan peluang kepada Xabi Alonso mencatat nama di Real Sociedad. Perlawanan pertama di bawah bimbingan John Toshack adalah semasa perlawanan menentang musuh ketat Athletico Madrid. Walaupun Real Sociedad tewas 1-0, Xabi Alonso bermain dengan baik dan terus diberikan peluang bermain dalam pasukan utama. Dengan cepat, Xabi Alonso berjaya menjadi pemain penting Real Sociedad dan menjaringkan 12 gol dalam musim tersebut. Real Sociedad mengakhiri musim di tangga kedua di belakang Real Madrid.

Menurut John Toshack, walaupun Xabi Alonso tidak sepantas pemain-pemain lain, dia mempunyai oak yang tajam dan kebolehan membuat hantaran tepat. Dalam satu perlawanan menentang Valencia C.F. semasa Rafael Benitez menjadi pengurus di kelab itu, Xabi Alonso bermain dengan cemerland berhadapan dengan Ruben Baraja dan David Albelda. Valencia tewas 2-0 pada hari itu. Rafael Benitez mengambil maklum kebolehan Xabi Alonso. [2] [3]

Liverpool[sunting | sunting sumber]

Musim 2004-2005[sunting | sunting sumber]

Xabi Alonso pergi ke Liverpool dalam bulan Ogos 2004, sejurus selepas Rafael Benitez mengambilalih jawatan pengurus. Xabi Alonso muncul pertama kali untuk Liverpool dalam perlawanan menentang Bolton Wanderers di Stadium Reebok pada 29 Ogos 2004, tetapi Liverpool tewas 1-0. Gol pertama Xabi Alonso untuk Liverpool dijaringkan semasa perlawanan menentang Fulham di Craven Cottage. Liverpool ketinggalan 2-0, dan Xabi Alonso masuk ke padang sebagai pemain gantian. Beliau mengambil sepakan percuma dan berjaya menjaringkan gol. Gol tersebut menyemarakkan semangat Liverpool dan Liverpool menang 4-2.

Walaupun baru berhijrah untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris, Xabi Alonso dapat menyesuaikan diri dengan cepat kepada rentak dan gaya permainan Liga Inggeris. Xabi Alonso mempersonakan penonton dengan hantarannya yang tepat dan kepelbagaian hantarannya. Dengan sekejap sahaja Xabi Alonso menjadi tonggak kesebelasan utama di Liverpool.

Xabi Alonso menjadi pemain tetap dalam pasukan Liverpool. Penyokong menyayangi beliau kerana keupayaannya membuat hantaran jauh yang tepat. Kehadiran Xabi Alonso di bahagian midfield Liverpool membolehkan Steven Gerrard bermain dalam posisi yang lebih menyerang dan membolehkan Liverpool memaksimumkan kebolehan Steven Gerrard. Walaupun bermain sebagai midfielder pertahanan, Xabi Alonso tidak segan silu mencuba sepakan jarak jauh ke arah gawang.

Xabi Alonso mengalami patah pergelangan kaki akibat rebutan bola dengan Frank Lampard dalam perlawanan menentang Chelsea F.C. pada 1 Januari 2005. Liverpool tewas 1-0 hari itu, tetapi kerugian bakat Xabi Alonso kerana beliau tidak dapat bermain selama 3 setengah bulan. Xabi Alonso diturunkan bermain walaupun belum 100% sembuh dalam perlawanan kedua menentang Juventus di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara kerana Steven Gerrard mengalami kecederaan. Xabi Alonso bermain untuk keseluruhan 90 minit dan berjaya mendapatkan keputusan seri. Tetapi Xabi Alonso menerima kad kuning dan tidak dapat bermain menentang Chelsea di Anfield. Liverpool menang 1-0 hasil gol jaringan Luis Garcia.

Dalam perlawanan akhir menentang A.C. Milan, Xabi Alonso dan Steven Gerrard bersama-sama bertanggunjawab membangkitkan semangat lawan Liverpool dan berjaya menyamakan kedudukan pada tahap 3-3 walaupun ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama. Xabi Alonso menjaringkan gol ketiga melalui sepakan penalti– walaupun penalti itu ditampan keluar oleh Dida, Xabi Alonso menjaringkan gol apabila merembat masuk bola muntah. Xabi Alonso mendapat pingat Piala Juara-Juara Eropah dalam musim pertama beliau di Liverpool.

Musim 2005-2006[sunting | sunting sumber]

Pada 7 januari 2007, Xabi Alonso membantu Liverpool membalikkan keputusan semasa perlawanan Piala F.A. pusingan ke-3 menentang Luton Town. Liverpool ketinggalan 3-1 pada separuh masa pertama. Dalam separuh amsa kedua, Xabi Alonso membuat cubaan jarak jauh dan berjaya menjaringkan gol ketiga Liverpool dari jarak 40 meter, untuk menyamakan kedudukan. Xabi Alonso menjaringkan gol dalam minit-minit terakhir perlawanan yang dijaringkan daripada jarak 65 meter, iaitu jarak paling jauh dalam sejarah Liverpool seorang penyokong Liverpool musim itu telah membuat pertaruhan £200 bahawa Xabi Alonso akan menjaringkan gold daripada kawasan sendiri dalam musim tersebut. Peminat tersebut menang £25,000. [4]

Semasa membantu mencapai kemenangan 3-1 menentang Portsmouth F.C. pada 7 mei 2006, Xabi Alonso mendapat cedera di pergelangan kaki dan berkemungkinan besar tidak dapat bermain dalam perlawanan akhir Piala F.A. Xabi dapat sembuh awal dan dapat beraksi dalam separuh masa pertama menentang West Ham United.

Real Madrid[sunting | sunting sumber]

Musim 2009-2010[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Ogos 2009, Alonso melengkapkan perpindahannya ke Real Madrid dengan nilai £30 juta. Alasan beliau kerana tidak sehaluan dengan pengurus; Rafael Benitez walaupun Alonso sendiri tidak mahu meninggalkan Anfield; di mana kontraknya berlanjutan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2012.

Bayern Munich[sunting | sunting sumber]

Dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan, Bayern Munich merupakan destinasi karier terbaru Alonso; dengan kontrak selama 2 tahun yang berlaku pada 29 Ogos 2014. Sehari selepas itu, beliau telah membuat debut dalam Bundesliga menentang Schalke 04 dengan keputusan seri 1-1.

Pasukan Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Xabi Alonso ketika menentang England

Xabi Alonso dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan Sepanyol buat pertama kalinya dalam tahun 2003. Beliau menyarung jersi Kebangsaan buat pertama kalinya ketika berumur 21 tahun dalam perlawanan menentang Ecuador pada 30 April, 2003. Sepanyol menang 4-0.

Xabi Alonso terpilih menyertai dalam pasukan Sepanyol semasa EURO 2004 dan beraksi dalam dua permainan kumpulan , tetapi tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Xabi Alonso disenaraikan dalam pasukan Sepanyol untuk kejohanan Piala Dunia 2006 di Jerman. Beliau menjaringkan gol pertama negaranya dalam kejohanan tersebut dengan kemenangan 4-0 Sepanyol menentang Ukraine.

Wilayah Basque[sunting | sunting sumber]

Selain daripada Sepanyol, Alonso turut mewakili pasukan kebangsaan Wilayah Basque dan membuat penampilan pertama pada 29 Disember 2001. Ketika itu, Basque sedang menentang Ghana.

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Alonso dilahirkan pada 25 November 1981, di Tolosa yang terletak dalam wilayah Basque, Sepanyol.

Xabi Alonso adalah dari keluarga pemain bola sepak. Bapanya Miguel Angel Alonso adalah bintang bola sepak dengan FC Barcelona dan menang dua kejuaraan liga semasa bermain di Real Sociedad. Mikel Alonso, abang kepada Xabi Alonso, juga adalah seorang pemain midfield yang kini bermain untuk Real Sociedad. Jon, abangnya yang lain adalah seorang Pengadil.

Xabi bersahabat baik dengan Mikel Arteta, pemain midfield Everton F.C. Mereka berjiran di San Sebastian, Sepanyol. Zabi Alonso berpacaran dengan kekasih semasa kecil bernama Nagore.

Kejayaan Profesional[sunting | sunting sumber]

Flag of England (bordered).svg Liverpool[sunting | sunting sumber]

750px-Flag of Spain.svg-1-.png Sepanyol[sunting | sunting sumber]

  • 2008 Juara EURO 2008
  • 2010 Juara Piala Dunia
  • 2012 Juara EURO 2012