Surah Al-Lahab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
  Sura 111 of the Qur'an  
سورة لهب
Al-Lahab
Gejolak Api

Teks Arab · Translations


Sura111.pdf
Pengklasifikasian Makkiyah
Nama surah alternatif سورة المسد‎
Nama-nama surah lain Al-Masad
Kedudukan surah Juz' 30
Struktur 5 ayat, 29 words, 81 letters

Surah Al-Lahab (Bahasa Arab: سورة اللهب‎) adalah surat ke-111 dalam Al-Quran. Surat ini terdiri atas 5 ayat, termasuk golongan surah Makkiyah, diturunkan sesudah Surah Al-Fath. Nama Al-Lahab diambil dari kata Al-Lahab yang terdapat pada ayat ketiga surat ini yang ertinya gejolak api, dan merujuk pada Abu Lahab. Surat ini juga dinamakan Surah Al-Masad ( سورة المسد, sabut).

Surah ini diturunkan selepas Nabi Muhammad s.a.w. memulakan dakwah secara terbuka kepada semua penduduk Makkah dengan memanggil mereka berhimpun di Bukit Safa, sekitar tahun 613 M. Abu Lahab dengan segera mengutuk baginda.[1]

Isi kandungan[sunting | sunting sumber]

Cerita Abu Lahab dan isterinya, Ummu Jamil yang menentang Nabi Muhammad s.a.w. Keduanya akan celaka dan masuk neraka. Harta Abu Lahab, tidak berguna untuk keselamatannya demikian pula segala usaha-usahanya yang dilakukan di dunia dan dia bersama isterinya akan binasa di dalam neraka selama-lamanya.

Terjemahan ayat[sunting | sunting sumber]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

  1. تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.
  2. مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.
  3. سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.
  4. وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar.
  5. فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ Yang di lehernya ada tali dari sabut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "Open Preaching". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. ms. 82–83. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Surah Sebelumnya:
Surah An-Nasr
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Ikhlas
Surah 111