Surah Al-Zalzalah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam


Surah Al-Zalzalah (سورة الزلزلة) adalah surat ke-99 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 8 ayat dan tergolong pada surat Madaniyah. Surat ini diturunkan setelah Surah An-Nisaa’. Nama Az Zalzalah diambil dari kata Zilzaal yang bererti 'goncangan' dan terdapat pada ayat pertama surat ini.

Isi Kandungan[sunting | sunting sumber]

Isi Kandungan menceritakan kejadian pada hari kiamat di mana bumi digoncangkan dan manusia bertanya-tanya mengenai kejadian saat itu. Dan janji bahawa setiap kebaikan dan kejahatan walau sekecil apapun akan mendapatkan perhitungan.

Terjemahan ayat[sunting | sunting sumber]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

  1. إِذَا زُلْزِلَتِ الأرْضُ زِلْزَالَهَا Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat),
  2. وَأَخْرَجَتِ الأرْضُ أَثْقَالَهَا dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya,
  3. وَقَالَ الإنْسَانُ مَا لَهَا dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?",
  4. يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا pada hari itu bumi menceritakan beritanya,
  5. بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.
  6. يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.
  7. فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya.
  8. وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Baiyinah
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-‘Aadiyaat
Surah 99