Surah Al-Kahfi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam


Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab:Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan keutamaan membaca surat ini.

Isi kandungan[sunting | sunting sumber]

  1. Keimanan: Kekuasaan Allah SWT untuk memberi nikmat kehidupan pada manusia melebihi biasa: dasar-dasar tauhid serta keadilan Allah tidak berubah untuk selama-lamanya; kalimah-kalimah Allah sangatlah luas meliputi segala sesuatu sehingga manusia tidak sanggup untuk menulisnya. Kepastian mengenai datangnya hari kebangkitan; Al Quran adalah kitab suci yang isinya bersih daripada sebarang penyelewengan dan kepalsuan.
  2. Hukum-Hukum: Dasar hukum wakalah (berwakil); larangan membangunkan tempat ibadah di atas kubur; hukum membaca "Insya Allah", perbuatan salah yang dilakukan kerana lupa adalah dimaafkan; keizinan merosak suatu barang untuk menghindarkan bahaya yang lebih besar.
  3. Kisah-Kisah: Cerita Ashhabul Kahfi; cerita dua orang lelaki yang seorang kafir dan yang lainnya mukmin; cerita Nabi Musa AS dengan Khidhir AS; cerita Zulkarnain dengan Ya'juj dan Ma'juj.
  4. Dan lain-lain: Beberapa pelajaran yang dapat diambil dari cerita-cerita dalam surah ini antara ialah mengenai kekuatan iman terhadap Allah S.W.T serta ibadah yang ikhlas kepadaNya; kesungguhan seseorang dalam mencari guru (ilmu) adab sopan-santun antara murid dengan guru; dan beberapa contoh tentang cara memimpin dan memerintah rakyat,\ serta perjuangan untuk mencapai kebahagiaan rakyat dan negara.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Israa’
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Maryam
Surah 18