Surah Al-Hijr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam


Surah Al Hijr (سورة الحجر) adalah surah ke-15 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 99 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. In disebabkan oleh surah ini diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Al Hijr adalah nama sebuah daerah pegunungan yang didiami oleh Kaum Tsamud pada zaman dahulu yang terletak di pinggir jalan antara Madinah dan Syam (Syria). Nama surah ini diambil daripada nama daerah pegunungan itu. Surah ini berkisar mengenai kaum Tsamud yang diceritakan pada ayat 80 sampai dengan 84 yang telah dibinasakan oleh Allah SWT, kerana tidak mempercayai Nabi Soleh a.s. dan berpaling daripada ayat-ayat Allah. Dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah kaum yang lain yang telah dibinasakan oleh Allah seperti kaum Luth A.S. dan kaum Syuaib A.S.. Secara kesimpulannya, pengajaran yang dapat diungkapkan ialah orang-orang yang menentang ajaran rasul-rasul akan mengalami kehancuran berdasarkan kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran.

Isi kandungan[sunting | sunting sumber]

  1. Keimanan: Kepastian nasib suatu bangsa hanya di tangan Allah; Allah menjamin kemurnian Al Quran sepanjang masa; alam malaikat (langit) sentiasa dipelihara daripada syaitan; kadar rezeki yang diberikan kepada manusia sesuai dengan hikmah kebijaksanaan Allah; Allah memelihara hambaNya yang mendapat taufiq dan Hidayah daripada godaan syaitan; Allah di samping bersifat pengampun dan penyayang juga mengazab orang-orang yang ingkar; manusia dihimpun pada hari kiamat.
  2. Hukum-hukum: Larangan terhadap homoseksual; kewajipan melakukan ibadah seumur hidup; larangan menginginkan harta orang kafir; perintah kepada Nabi Muhammad SAW agar melakukan dakwah secara terang-terangan; larangan berputus asa terhadap rahmat Allah.
  3. Kisah-kisah: Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya; Nabi Luth a.s. dengan kaumnya; kaum Syuaib dan kaum Soleh a.s. (Tsamud).
  4. Dan lain-lain: Kejadian-kejadian dalam alam ini menunjukkan kebesaran Allah; kejadian alam dan isinya mengandungi seribu satu hikmah; asal kejadian Nabi Adam a.s.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Ibrahim
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah An-Nahl
Surah 15