Surah Al-Muzammil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Surah Al-Muzzammil (Arab: سورة المزّمّل) ialah surah ke-73 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah, terdiri atas 20 ayat. Dinamakan Al Muzzammil yang bererti "orang yang berselimut" diambil dari kata Al Muzzammil yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Yang dimaksud dengan orang yang berselimut ialah Nabi Muhammad s.a.w.

Isi kandungan[sunting | sunting sumber]

  • Petunjuk-petunjuk yang harus dilakukan oleh Rasullulah s.a.w. untuk menguatkan rohani guna persiapan menerima wahyu, iaitu
  1. dengan bangun di malam hari untuk Solat Sunat Tahajjud,
  2. membaca al-Quran dengan tartil;
  3. bertasbih
  4. dan bertahmid
  • Perintah bersabar terhadap celaan orang-orang yang mendustakan Rasul
  • Umat Islam diperintahkan untuk
  1. Solat Sunat Tahajjud,
  2. berjihad di jalan Allah,
  3. membaca al-Quran,
  4. mendirikan solat,
  5. menunaikan zakat,
  6. membelanjakan harta di jalan Allah
  7. dan memohon ampunan kepada Allah.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Jin
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Muddathir
Surah 73