Surah As-Sajdah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Surah As-Sajdah (سورة السجدة) adalah surat ke-32 dalam Al Qur'an, kitab suci agama Islam. Surat ini terdiri atas 30 ayat dan termasuk golongan surat Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Al-Mu’minun. Dinamakan As Sajdah berhubung pada surat ini terdapat ayat sajdah (sujud), iaitu ayat yang kelima belas.

Isi kandungan[sunting | sunting sumber]

  1. Keimanan: Menyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu benar-benar seorang rasul dan menjelaskan bahawa kepada musyrik Mekah belum pernah diutus seorang rasulpun sebelumnya; menegaskan bahawa Allah Maha Esa, bahawa Dia-lah yang menguasai alam semesta dan Dia-lah yang mengaturnya dengan aturan yang paling sempurna; menyatakan bahawa hari berbangkit benar-benar akan terjadi.
  2. Hukum: Anjuran melakukan sembahyang malam (tahajjud dan witir).
  3. Dan lain-lain: Keterangan mengenai kejadian manusia di dalam rahim dan fasa-fasa yang dilaluinya sampai ia menjadi manusia; penjelasan bagaimana keadaan orang-orang mukmin di dunia dan nikmat serta pahala-pahala yang disediakan Allah bagi mereka di akhirat; kehinaan yang menimpa orang-orang kafir di akhirat dan mereka pada waktu itu meminta supaya dikembalikan saja ke dunia untuk bertaubat dan berbuat kebaikan, tetapi keinginan ini ditolak; keingkaran kaum musyrik terhadap hari berbangkit dan mereka menganggap bahawa hal itu adalah mustahil.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Mukaddimah terjemahan Al-Quran versi Depag Republik Indonesia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Luqman
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Ahzab
Surah 32