Surah Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam


Surah Ibrahim (سورة إبراهيم) adalah surah ke-14 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri atas 52 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah kerana diturunkan di Makkah sebelum Hijrah. Dinamakan Ibrahim kerana surah ini mengandungi doa Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayat 35 sampai dengan 41. Isi doa ini ialah : permohonan agar keturunannya mendirikan solat, dijauhkan dari menyembah berhala-berhala dan agar Makkah dan daerah sekitarnya menjadi daerah yang aman dan makmur. Doa Nabi Ibrahim AS ini telah diperkenankan oleh Allah SWT sebagaimana telah terbukti keamanannya sejak dahulu sampai sekarang. Doa tersebut dipanjatkan beliau ke hadirat Allah SWT sesudah selesai membina Kaabah bersama puteranya Ismail, di dataran tanah Makkah yang tandus.

Isi kandungan[sunting | sunting sumber]

  1. Keimanan: Al Quran adalah pembimbing manusia ke jalan Allah; segala sesuatu dalam alam ini kepunyaan Allah; keingkaran manusia terhadap Allah tidaklah mengurangi kesempurnaan-Nya; nabi-nabi membawa mukjizat atas keizinan Allah semata-mata; Allah kuasa mematikan manusia dan membangkitkannya kembali dalam bentuk baru; ilmu Allah meliputi yang lahir dan yang batin.
  2. Hukum-hukum: Perintah mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian harta baik secara rahasia maupun secara terang-terangan.
  3. Kisah-kisah: Kisah Nabi Musa a.s. dengan kaumnya, serta kisah para rasul zaman dahulu.
  4. Dan lain-lain: Sebabnya rasul-rasul diutuskan dengan bahasa kaumnya sendiri; perumpamaan tentang perbuatan dan perkataan yang hak dengan yang batil; kejadian langit dan bumi mengandungi hikmah-hikmah; pelbagai nikmat Allah kepada manusia dan janji Allah kepada hamba-hamba yang mensyukuriNya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Ar-Ra’d
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Hijr
Surah 14