Jaafar Onn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jaafar Onn
Kelahiran
Jaafar Onn bin Awang

(1951-10-19)19 Oktober 1951
Meninggal dunia3 April 2024(2024-04-03) (umur 72)
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Al-Firdaus, Tanjung Gading, Tangkak, Johor
PekerjaanPelakon, penyanyi pengacara, pelawak
Tahun aktif1972–2024
Terkenal keranaWatak Cikgu Jaafar dalam drama Cili Padi
Anak-anakMohd Hanif Mohd Hashim (anak angkat)
SaudaraPutih Awang (kakak)

Jaafar Onn Awang (19 Oktober 1951 – 3 April 2024) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara televisyen Malaysia.[1][2][3]

Kerjaya

Jaafar Onn menjejakkan kaki ke bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 70-an bila beliau menyertai sebuah kumpulan tarian yang begitu terkenal di kaca TV pada masa itu. Dalam waktu yang sama, dengan bakat memasak dan mengandam yang ada juga, Jaafar Onn mengajar kaum ibu PERKEP di Jalan Pekeliling. Resepi Mi Bandung yang diajarnya telah membuka ruang luas untuk dia terus aktif menjadi tenaga pengajar selepas itu.

Dalam tahun 1972, Jaafar Onn dipelawa oleh pihak RTM untuk menyertai rancangan masakan yang diberi nama 'Dunia Wanita' yang dihoskan Datin Paduka Zaleha Ismail. Bermula dari situlah nama Jaafar Onn dikenali ramai sebagai tukang masak. Oleh kerana bakat yang begitu mendalam dalam bidang masakan, Jaafar Onn tidak pernah jemu menyertai kursus pendek yang disediakan syarikat swasta. Jaafar menyertai kursus membuat biskut, cara menghias kek dan puding. Tidak lupa juga menyertai kursus masakan barat dan timur. Juga pernah menyertai kursus membuat kuih nyonya dan masakan India.

Melangkah ke tahun 80-an, Jaafar Onn banyak menjadi tetamu undangan untuk memasak di dalam majalah dan tidak ketinggalan membuat demo masakan di kompleks membeli belah. Tetapi selepas itu, barulah diketahui bakat seni Jaafar Onn bukan sahaja sebagai tukang masak tetapi juga sebagai penyanyi dan juga pelakon. Datin Rosnani Jamil telah membawanya kedunia lakonan dalam telefilem pertama lakonannya yang berjudul Lagenda Lela Manja. Bermula dari situ, Jaafar Onn terus diundang membintangi banyak drama dan filem.

Jaafar Onn yang berbintang Libra ini juga suka kepada dunia tarian dan mempunyai kumpulan tarian sendiri. Maya Studio banyak membuat persembahan di majlis makan malam dan rancangan televisyen sekitar 80-an ke 90-an. Ramai juga artis kita yang dicungkil bakatnya dari Maya Studio seperti Liza Abdullah, Norlida Ahmad, Erma Fatima, Ziela Jalil dan Radhi Khalid.

10 tahun kemudian, dia terus beralih arah ke bidang nyanyian yang dibantu oleh penyanyi Salwa Abdul Rahman, Rohana Jalil, Azie, Lina Kamsan dan beberapa orang teman artis lainnya. Jaafar Onn juga pernah membuat album dan tidak dinafikan beliau mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Apapun yang dikecapinya kini, Jaafar Onn tetap percaya yang dorongan dari anak dan keluarga membuatkan dia dikenali hingga ke hari ini. [1]

Kehidupan peribadi

Beliau berasal dari Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Abdullah Sungai Mati, Muar. Dan kemudiannya meneruskan pengajian di Sekolah Lanjutan St. Andrew Jalan Saleh Muar.

Merupakan anak ketiga dari tiga orang adik beradik. Anak bongsu yang manja ini begitu rapat dengan ibunya Puan Basahriah Sidin. Sering mengikuti ibunya ke majlis perkahwinan atau gotong royong kenduri kendara. Dan dari sinilah membuatkan Jaafar Onn minat memasak dan menghias pelamin begitu juga dengan gubahan bunga.[2]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1990 Part-Time Filem pertama
1992 XX Ray Profesor Amin Tidak dinamakan
1993 Tarik-Tarik[4] Pin
1995 Putera Bendahara
Penyu Cappolla
Sama Tak Serupa Johan Kedi
1996 Suami, Isteri dan .....? Bos
1997 Gemerlapan Encik Rashid
Baginda Cikgu Hassan
1998 Kembara
2002 Soalnya Siapa? Tok Kadi
2004 Aku No. 1
Bintang Hati Fazli
2005 Rock Pak Said
2006 Tipah Tertipu The Movie Pelanggan Kedai Karpet Penampilan khas
Salah Bapak
2009 Sifu & Tongga Pelayan Kedai Makan Penampilan khas
2010 2 Hati, Satu Jiwa Uncle Joe
2012 Azura Pensyarah Pelakon undangan
Jangan Pandang-Pandang Pensyarah
2013 Rock Oo! Pak Said
2021 18 Puasa di Kampong Pisang Tyson
2022 Kampung Latah The Mummy Cikgu Abba Filem terakhir

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1993–1998 Cili Padi Cikgu Jaafar TV3 Drama pertama
1995–1996 Sambal Bujang
2004 Sephia
2008 Sari Maya TV9 Pelakon undangan
2009 Chef Jo Chef Jo TV3
2010 Hotel Mania
2019 Voice Note Wan
2020 Pak Kodi 5G (Musim 2) Jaafar Pelakon undangan
2021 Yo Lah Tu! TV9
Single Terlalu Lama TV3
Oh My Hantaran Long Parang TV9 Pelakon undangan
2023 Presiden Kampung Morten Tok Ketua Tonton
Cik PA Tuan Ash Khalib TV3 Drama terakhir

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1980 Lagenda Lela Manja TV1 Telefilem pertama
1993 Cili Padi - Telefilem Cikgu Jaafar TV3
1994 Pengantin Popular
1995 Numero Uno Datuk Mahmud
2021 Ismadi Belum Mati Astro Citra
2023 Pontianak 100kg Haji Dollah Tonton
2023 Misteri Wak Leman TV Okey Telefilem terakhir

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1990 2+1 TV1 Pelakon undangan
2003 Cit Cat Azwan Peserta Rombongan Astro Ria
2012 Melatah Raya Artis Jemputan Astro Warna
2018 Di Balik Tawa Dirinya sendiri
2020 Sepahtu Reunion Live Kameo Episod: "Peluang Kedua"
2023 Sayang Ajar Masak 2 Artis Jemputan Astro Gempak bersama Aya Amiruddin

Rujukan

  1. ^ Oleh SHIDA YASIN, "Asam Pedas Jaafar Onn, Memang Ummpph..." Diarkibkan 2018-12-09 di Wayback Machine Kumpulan Media Karangkraf, Tarikh: 25 Mei 2017. Diambil 08 Disember 2018
  2. ^ Muhammad Amnan Hibrahim (17 Januari 2021). "Jaafar Onn belajar menjahit di kampung". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Jun 2021.
  3. ^ "Usia 60 tidak halang Jaafar Onn melaram sakan!". mStar Online. 29 Mac 2010. Dicapai pada 8 Jun 2017.
  4. ^ Oleh Huzz, "JANGAN PERMAINKAN SAYA" Diarkibkan 2018-12-09 di Wayback Machine URTV, 20 September 2018. Diambil 08 Disember 2018

Pautan luar