Cicak-Man

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cicak-Man
Cicakman Poster.jpg
Pengarah Yusry KRU
Penerbit Johan Lucas
Pengarang Yusry KRU
Meor Shariman
Lakonan Saiful Apek
Fasha Sandha
Aznil Nawawi
Yasmin Hani
Yusry KRU
Jalaluddin Hassan
AC Mizal
Adlin Aman Ramlie
Pengedar KRU Films Sdn Bhd
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM1.7 juta
Pulangan kasar RM6.7 juta[1]
Laman web rasmi

Rujukan Sinema Malaysia

Cicak-Man ialah filem terbitan KRU Films yang merupakan percubaan daripada pengarah yang berbakat Yusry KRU untuk melahirkan adiwira Malaysia. Ia berkisar di sebuah bandaraya ciptaan Metrofulus. Genre filem ini ialah komedi-aksi dan cereka sains. Pengarah filem ini telah mendapat pujian pelbagai pihak atas usaha dan hasil yang diberikan dan dikatakan sebagai satu evolusi bagi industri perfileman Malaysia.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Cicak-Man mengisahkan seorang anak muda, Hairi (Saiful Apek), secara tidak sengaja menelan seekor cicak yang sedang dalam proses ujikaji di makmal. Dia dan rakan karibnya, Danny (Yusry), bekerja di syarikat milik Profesor Klon (Aznil Nawawi), di Bandar Metrofulus. Akibat kejadian itu, Hairi dapat merasa perubahan dalam dirinya. Dia mula bersikap seperti seekor cicak yang berupaya memanjat dinding, luka yang cepat sembuh dan cekap menggunakan lidahnya yang panjang.

Profesor Klon pernah membuat ujikaji ke atas Gingerboys (AC Mizal dan Adlin Aman Ramlie). Walaubagaimanapun, ujikajinya itu gagal. Akibatnya Gingerboys menjadi cacat dan mahu menuntut balasan daripada Profesor Klon. Untuk menenangkan Gingerboys yang berhasrat membunuhnya itu, Profesor Klon telah mencadangkan mereka menyertai misi Profesor Klon menakluki Metrofulus. Gingerboys bersetuju tanpa mengesyaki Profesor Klon hanya mahu mengambil kesempatan atas kebolehan mereka.

Pada waktu yang sama, Hairi dan Danny mula mengesyaki kegiatan jahat Profesor Klon dan konconya. Setiap kali Bandar Metrofulus ditimpa penyakit, Profesor Klon hadir bersama penawar. Dalam cubaan jahat untuk merampas kuasa bandar berkenaan, Profesor Klon menculik lima orang menteri Metrofulus dan cuba menukarkan mereka dengan klon ciptaannya. Hairi dan Danny mendapat tahu muslihat itu, lalu berusaha untuk menghalang.

Cicak-Man

Hairi juga meminati setiausaha Profesor Klon, Tania (Fasha Sandha), tetapi dia malu untuk meluahkan rasa cintanya. Dalam satu kejadian, dia menyelamatkan Tania dari cengkaman Ginger Boys. Begitupun, Tania menyangka Danny yang sebenarnya berselindung di sebalik topeng sang cicak.

Ujikaji Danny membuktikan kebolehan Hairi menjadi cicak akhirnya mendatangkan musibah kepada diri sendiri. Sel manusia Hairi akan berkurangan dan terus menjadi seekor cicak. Danny meneruskan pencarian antidot untuk Cicak-Man sementara Hairi/Cicak-Man menyelamatkan Metrofulus.

Profesor Klon menyangkakan bahawa Cicak-Man ialah Danny setelah Gingerboys menyelongkar rumah Tania dan membaca beberapa catatan Tania mengenai Cicak-Man yang disangkainya Danny. Setelah Profesor Klon menculik Danny, barulah Profesor Klon menyedari bahawa Hairi lah Cicak-Man sebenar.

Cicak-Man yang semakin tenat perlu menyelamatkan Danny dari Profesor Klon namun tidak berjaya. Profesor Klon menyuntik separuh antidot untuk Cicak-Man yang berjaya disiapkan oleh Danny sebelum ini pada Danny. Akibatnya, Danny menjadi lemah dan akhirnya mati. Walaubagaimanapun, Cicak-Man berjaya menyuntik antidot yang selebihnya dan menjadi kuat semula. Setelah menewaskan Gingerboys, Cicak-Man perlu berhadapan dengan klon beliau yang dicipta oleh Profesor Klon. Terbuktilah yang original lebih baik dari yang klon apabila Cicak-Man berjaya menewaskan klon ciptaan Profesor Klon.

Cicak-Man yang dikehendaki polis kerana disalah sangka mencabul Presiden Ramlan dan disalah sangka melakukan jenayah lain melarikan diri sebaik sahaja polis Metrofulus tiba. Profesor Klon dipenjarakan setelah didapati melakukan jenayah.

Tania yang menyangkakan Danny merupakan Cicak-Man terus bersedih dengan kematiannya. Hairi pula sudah berjanji tidak akan muncul sebagai Cicak-Man dan membiarkan Danny mati sebagai wira di mata Tania. Dalam pada itu, Profesor Klon yang ditangkap bukanlah Profesor Klon yang sebenar tapi hanya klon beliau sendiri.

Bandar Metrofulus[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Metrofulus

Seluruh Metrofulus dibina menggunakan CGI. Metrofulus diketuai oleh seorang presiden iaitu Presiden Ramlan. Pentadbiran Metrofulus turut dibantu oleh 5 orang menteri yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Metrofulus. Klon Technologies yang diterajui oleh Profesor Klon memonopoli khidmat sains dan perubatan di Metrofulus.

Pelakon dan watak[sunting | sunting sumber]

Penampilan kameo[sunting | sunting sumber]

Di sebalik filem[sunting | sunting sumber]

Teknik penggambaran dan penghasilan filem[sunting | sunting sumber]

Penggambaran dilakukan menggunakan true-HD (definisi-tinggi) dan kegunaan CGI yang meluas, termasuklah hampir 40% daripada penggambaran dilakukan pada layar-hijau atau Green Screen. Penggambaran dijalankan, menggunakan kamera Definisi-Tinggi Sony F900 CineAlta, Cicak-Man adalah satu projek perintis bagi pengeluaran filem Malaysia dengan menggunakan motion control, lagak ngeri & pasukan-pasukan tali-temali lengkap dan pakaian yang direkabentuk. Dengan jumlah masa produksi melingkungi 36-hari, ia adalah unik sebagai melihat bagaimana Bandar Metrofulus telah dicipta dengan begitu terperinci.

15 hari penggambaran telah dperuntukkan untuk penggambaran dalam studio, di mana pereka-pereka set telah mencipta 5 set saiz sebenar untuk penggambaran dalam dan luar studio, semua penggambaran di lakukan dengan layar hijau. untuk lokasi luar, pelakon-pelakon berpakaian dengan satu tema,iaitu pakaian musim sejuk, selaras dengan mencipta iklim sejuk Bandar Metrofulus.

9 bulan penuh telah diperuntukkan untuk pasca produksi dan kesan visual dengan hampir 500 penggambaran vfx. Pasukan kesan visual yang diketuai oleh Pengarah Yusry Abdul Halim, telah berjaya mewujudkan pemandangan Bandar Metrofulus dalam 3D juga tambahan elemen CGI seperti animasi karakter, set digital tambahan dan ketidak-kelihatan wayar. Lebih 90% kerja-kerja rotoscoping dan compositing dilakukan di dalam KRU Films, juga bagi skor muzik dan kesan audio. Proses pemindahan kine telah dilakukan di Bangkok, Thailand di mana Cicak-Man telah selesai dalam bentuk Dolby Digital.[3]

Senarai runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Kulit album runut bunyi Cicak-Man
  1. The Times - Cicakman
  2. Spider - Telinga ke Tulang
  3. Pretty Ugly - Diari Seorang Lelaki
  4. Ezlynn - Menunggumu
  5. Aznil Nawawi - Profesor Klon
  6. Yusry - Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi
  7. Dr. Kronik - Bukan Ilusi
  8. Syuga - Dialah Aku
  9. [[Yusry KRU & Melly Goeslow) - Dibius Cinta

Cipta sejarah[sunting | sunting sumber]

  • Filem ini merupakan filem pertama Malaysia berasaskan adiwira.
  • Kutipan tiket sebanyak RM350,000 untuk hari pertama tayangan.
  • Kutipan kasar RM3.5 juta dalam masa 10 hari tayangan.
  • Kutipan keseluruhan di Malaysia berjumlah RM 5.2 juta.
  • Penggunaan imej janaan komputer (CGI) paling banyak dalam industri filem Malaysia.
  • Penonton terdiri daripada pelbagai bangsa walaupun selalunya filem-filem Melayu hanya ditonton oleh orang Melayu.[4]
  • Filem ini menyindir kualiti cakera padat cetak rompak dengan menggunakan klon sebagai simbol benda yang dicetak rompak.
  • Semasa membebaskan menteri yang telah diklon,Cicak-Man bertanyakan soalan yang lucu, berbunyi "Original ke Spicy?" melambangkan perisa ayam KFC yang terdapat di Malaysia.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Filem Cicak-Man ini telah pun mendapat penghargaan dari pelbagai pihak atas usaha yang dilakukan oleh pengarahnya sebelum ia ditayangkan. Antara yang memuji beliau ialah Datuk Yusof Haslam. David Teo sebagai penerbit dan juga Ketua Pegawai Esekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG) juga menganggap Cicak-Man sebagai satu keajaiban dengan sambutan dan kelainan yang ditonjolkan dalam industri perfileman Malaysia. Selain pembikin filem, bekas Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim juga memuji karya yang dihasilkan Yusry dan KRU.[5]

Produk[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini, Malaysia tidak pernah menghasilkan filem seperti Cicak-Man, tetapi apabila filem ini dihasilkan, pengedaran dan penjualan produk telah diambil perhatian selain dari tayangan di pawagam. Cicak-Man dijangka memperoleh RM10 juta daripada jualan tiket di pawagam, penjualan hak penyiaran ke beberapa negara, novel, cenderahati seperti kemeja-T[6], topi[7], gelas[8], pen, rantai kunci dan lencana butang[9]. KRU Films dalam perancangan menjual filem ini ke beberapa buah negara di Asia Barat seperti Mesir, Syiria dan Arab Saudi. Program Titian Budaya Malaysia-Republik Indonesia yang diadakan di Jakarta Convention Centre (JCC) selama tiga hari bermula 16 Disember 2006 pula telah membawa filem ini ke Indonesia. Ia telah membantu mempromosi nilai komersial pada filem ini apabila ditayangkan bermula 17 Disember 2006 bersama dengan 6 filem lain iaitu Pontianak Harum Sundal Malam 2, Gubra, Bilut, Castello, Buli dan Puteri Gunung Ledang. Mereka juga bercadang untuk menerbitkan rancangan bersiri Cicak-Man pada tahun 2007.

Perbandingan[sunting | sunting sumber]

Dalam pujian yang diberikan ada juga anntara penonton dan orang ramai yang mengkritik hebat filem ini. Mansor Putih dalam temuramah dengan Harian Metro menyifatkan ada kelainan dalam filem Cicak-Man, walau bagaimanapun mengatakan filem ini tiada pengisian iaitu tiada ‘jiwa’, nilai seni dan budaya.[10] Ada juga orang ramai cuba membandingkan Cicak-Man dengan Spiderman, Batman, Superman, Ultraman dan lain-lain superhero yang datang dari Hollywood. Namun sebelum tayangan dibuka kepada awam di Malaysia, pengarahnya Yusry telah memberitahu supaya tidak membandingkan Cicak-Man dengan watak superhero yang lain kerana bajetnya yang rendah hanya RM1.7 juta sahaja berbanding produksi Hollywood.

Jenaka Budaya Malaysia[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak jenaka dalam filem ini yang merujuk atau difahami mengikut budaya Malaysia. Contohnya apabila Hairi menjerit perkataan 'tahniah' untuk selindungkan perkataan 'Tania'.

Novel Cicak-Man[sunting | sunting sumber]

Kulit buku novel Cicak-Man.

Novel Cicak-Man ditulis oleh Meor Shariman telah diterbitkan oleh KRU Publications. Ia telah dijangka diterbitkan sebelum filem Cicak-Man ditayangkan, walaubagaimanapun filem Cicak-Man telah ditayangkan dahulu sebelum novelnya diterbitkan. Terdapat beberapa perbezaan antara cerita dalam novel dengan filem Cicak-Man.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Jenayah makin berleluasa di kota raya Metrofulus dan seorang master criminal, Profesor Klon, merancang untuk menakluki kota raya itu. Rancangan Prof Klon ialah menggantikan menteri-menteri utama dengan klon-klon ciptaannya. Namun, rancangan Prof Klon terbantut dengan kehadiran seorang superhero, Cicakman, yang tiba-tiba muncul untuk mencegah jenayah. Cicakman ialah Hairi, seorang pemuda yang selamba dan kurang kepercayaan pada diri sendiri. Teman rapat beliau ialah Danny, seorang pemuda macho yang digilai ramai gadis. Hairi yang sebenarnya baru dikurniakan kelebihan luarbiasa, bukan saja terpaksa membiasakan diri dengan kelebihan itu tetapi berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam merebut hati gadis bernama Tasha. Cicakman makin tertekan apabila warga Metrofulus menganggap beliau penjenayah. Lebih memeningkan kepalanya apabila Tasha mula jatuh cinta dengan Danny. Prof Klon yang tidak mahu rancangannya gagal, bekerjasama dengan dua penjenayah hebat – Ginger 1 dan Ginger 2, yang juga mempunyai kekuatan luarbiasa.[11]

Cicak Man 2[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Cicak Man 2

Cicak Man 2 yang bertajuk Planet Hitam merupakan sambungan filem Cicak Man yang dijangka disiarkan pada Disember 2008 oleh KRU Films. Filem ini mengisahkan bagaimana Profesor Klon menyusahkan warga Metrofulus dengan rancangan Planet Hitam.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]