Anjing pemburu rakun Inggeris Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu rakun Inggeris Amerika
Seekor anjing pemburu rakun Inggeris Amerika betina
Nama lainCoonhound Inggeris Amerika
Anjing pemburu rakun Inggeris
Coonhound Inggeris
Anjing pemburu rakun berbintik merah
Coonhound berbintik merah
Redtick coonhound
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat Berperkadaran dengan ketinggian
Tinggi Jantan 22–27 inci (56–69 cm)
Betina 21–25 inci (53–64 cm)
Bulu Pendek hingga sederhana
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu rakun Inggeris Amerika atau coonhound Inggeris Amerika,[a] juga dirujuk sebagai anjing pemburu rakun Inggeris atau coonhound Inggeris atau anjing pemburu rakun berbintik merah, coonhound berbintik merah, atau redtick coonhound,[1] ialah satu baka anjing pemburu rakun yang berasal dari Amerika Syarikat Selatan dan biasanya dibiakbakakan di sana. Ia diturunkan dari hound pemburu, terutamanya anjing pemburu rubah, yang dibawa ke Amerika oleh peneroka semasa abad ke-17 dan abad ke-18.[2] Pengiktirafan pertama baka ini datang daripada United Kennel Club pada tahun 1905 sebagai English Fox dan Coonhound ("anjing pemburu rubah and rakun Inggeris").[3] Pengiktirafan lanjut telah diberikan dalam beberapa tahun terkini oleh American Kennel Club, mula-mula dalam Khidmat Ternakan Asasi dan pada tahun 2011 sebagai anggota sepenuhnya beriktiraf dalam kumpulan hound.[4]

Baka ini bersaiz sederhana dan lapis bulunya kebanyakannya terdapat dalam tiga jenis: bintik merah, bintik biru, dan corak bintik triwarna. Anjing pemburu rakun Inggeris mempunyai dorongan pemangsa tinggi dan, walaupun ia biasanya digunakan dalam pemburuan rakun, ia juga mahir dalam treeing.[4] Baka ini pada umumnya sihat, namun kadang-kadang terdedah kepada kembung.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Keleluhuran baka ini dapat dijejak kembali kepada anjing pemburu rubah yang dibawa ke Amerika Syarikat oleh peneroka Eropah pada abad ke-17 dan abad ke-18.[5] Ia mengongsi keleluhuran bersama dengan semua anjing pemburu rakun lain, kecuali anjing pemburu Plott.[6] Baka ini dikembangkan daripada anjing pemburu Virginia yang dikembangkan sepanjang tempohnya daripada anjing yang diimport ke Amerika Syarikat oleh Robert Brooke, Thomas Walker, dan Presiden Amerika Syarikat pertama , George Washington.[7] Rupa bumi di Virginia adalah jauh lebih kasar daripada kebiasaan anjing. Maka, ia dibiakbakakan sepanjang tempohnya untuk menyesuaikan diri terhadap keadaan baharu dengan lebih baik.[5] Ia digunakan secara tradisional untuk memburu rakun pada waktu malam dan rubah merah Amerika pada siang hari.[8] United Kennel Club (UKC) pertama kali mengiktirafnya pada tahun 1905 sebagai English Fox and Coonhound ("anjing pemburu rubah dan rakun Inggeris").[5]

Treeing Walker coonhound diiktiraf secara terpisah oleh UKC pada tahun 1945, lalu memisahkannya daripada baka English Fox dan Coonhound. Pada tahun berikutnya, anjing pemburu rakun berbintik biru juga telah terpisah kepada baka yang sepenuhnya berbeza.[5]

Anjing pemburu rakun Inggeris diterima ke dalam Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club sebagai American English Coonhound ("anjing pemburu rakun Inggeris Amerika") pada tahun 1995.[9] Pada 1 Januari 2010, ia dipindahkan ke dalam Kelas Lain-lain.[10] Ikutan pengiktirafan baka ini oleh AKC dalam kumpulan hound pada 30 Jun 2011 sebagai baka ke-171,[9] anjing pemburu rakun Inggeris Amerika menjadi layak untuk bertanding dalam National Dog Show pada tahun 2011, diikuti oleh kelayakannya untuk Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club dan Kejuaraan Kebangsaan AKC buat kali pertama pada tahun 2012.[11][12][13]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing pemburu rakun Inggeris berbintik merah

Anjing pemburu rakun Inggeris jantan berukuran setinggi 22–27 inci (56–69 cm) pada paras kelasa, dengan betina yang lebih kecil sedikit pada 21–25 inci (53–64 cm). Berat anjing pemburu rakun patut berperkadaran dengan ketinggian anjing.[5]

Tidak seperti baka anjing pemburu rakun lain, pelbagai pewarnaan dapat diterima untuk memenuhi piawaian baka anjing pemburu rakun Inggeris. Pewarnaan-pewarnaan yang diterima merupakan bintik merah, bintik biru, triwarna dengan bintik, merah dan putih, dan putih dan hitam. Ia dapat berwarna triwarna dengan bintik tetapi ini ialah syarat penyingkiran; syarat penyingkiran lain termasuk brindle dan warna padu dengan kurang daripada 10% bintik.[4] Variasi warna adalah lazim walaupun sesama anak anjing daripada perinduk sama anjing pemburu rakun Inggeris, yang menunjukkan paras tinggi kepelbagaian DNA pada baka ini. Lapis bulunya pendek dan kasar.[5]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu rakun Inggeris memerlukan senaman kerap untuk mengekalkan keadaan cergas tetapi pada umumnya sederhana apabila tidak memburu mangsa. Anjing pemburu rakun Inggeris biasanya merupakan anjing peliharaan rumah bagus. Ia mempunyai dorongan pemangsa tinggi dan akan mengejar haiwan kecil, termasuk haiwan peliharaan lain (contohnya, kucing), melainkan terlatih sebaliknya.[6] Oleh sebab itu, ia tidak selalu disyorkan untuk isi rumah yang mempunyai haiwan peliharaan kecil melainkan telah dibesarkan di sekeliling haiwan kecil. Ia pada umumnya baik dengan kanak-kanak dan cenderung untuk menjadi anjing sangat setia yang tidak sabar-sabar untuk menggembirakan pemiliknya.[6] Seperti kebanyakan anak anjing, anjing pemburu rakun Inggeris lebih muda dapat menjadi agak ingin tahu dan bersikap pemusnah dan pelatihan kepatuhan awal sangat disyorkan sekali dengan pemberian banyak perhatian dan senaman.[6]

Seperti semua anjing pemburu rakun, anjing pemburu rakun Inggeris pada umumnya ialah anjing bersifat baik hati dan sangat mudah bergaul. Kekeracakan atau agresi dianggap sebagai kecacatan menurut piawaian baka UKC.[3] Ia merupakan anjing peliharaan keluarga cemerlang, kerana ia telah dibiakbakakan untuk hidup bersama dengan mesra dalam kawanan, serta menjadi pemburu cekap. Anjing pemburu rakun Inggeris juga dapat menjadi anjing pengawas mencukupi, kerana penyuaraannya bercirikan bunyi raungan merdu dan meleret dan suara meledak putus-putus dan singkat yang tipikal bagi anjing jenis hound.[perlu rujukan]

Perburuan[sunting | sunting sumber]

Baka ini telah terbukti popular sesama pemburu rakun dan mempunyai hidung berkuasa yang membolehkannya menjejaki kedua-dua buruan kecil dan besar, termasuk rakun, kugar, dan beruang.[5] Salah satu jenis perburuan yang untuknya baka ini digunakan ialah treeing, iaitu apaibla anjing digunakan untuk memaksa haiwan memanjat ke atas pokok supaya dapat dikepung dan ditembak oleh pemburu.[5]

Walaupun terkenal kerana kebolehannya dalam jenis perburuan ini, ia dapat kehilangan keupayaannya untuk menjaga rentak sendiri dan, kadang-kadang, menjaga pendirian apabila percaya bahawa ia telah mengejar mangsanya ke atas pokok, walaupun belum.[5] Ia dapat mempunyai minda searah semasa perburuan dan mengabaikan hal lain, termasuk perintah. Terhadap kugar dan beruang, ia dapat menahan kedudukan buruan lebih besar sehingga pemburu tiba. Ia telah menjadi baka kegemaran dalam pemburuan rakun.[5]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu rakun Inggeris dapat menjadi terdedah kepada pemanasan berlebihan semasa pemburuan rakun semasa bulan-bulan musim panas di Amerika Syarikat Selatan.[5] Pembiak baka yang pakar mengenai baka ini menyaring bakal pasangan mereka untuk displasia pinggul dan siku, serta sebarang gangguan mata.[2] Seperti mana-mana baka anjing bertelinga terkelepai lain, anjing pemburu rakun Inggeris patut menjalani pemeriksaan telinga dengan kerap untuk memastikan pembentukan tahi telinga dan serpihan minimum. Saiz besar dan dada dalam juga menjadikannya rentan terhadap kembung, iaitu penyakit yang kadang-kadang mengancam nyawa.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو راکون ايڠݢريس اميريکا; کونهاءون ايڠݢريس اميريکا; bahasa Inggeris: American English coonhound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "American English Coonhound" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2024. "The breed was also known for a time as the Redtick Coonhound and, simply, the English Coonhound
  2. ^ a b c "American English Coonhound Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2024.
  3. ^ a b "Breed Standards: English Coonhound". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 1 Januari 2016. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  4. ^ a b c The new complete dog book : official breed standards and profiles for over 200 breeds (dalam bahasa Inggeris). Mount Joy, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Fox Chapel Publishing. 2017. m/s. 182–185. ISBN 978-1-62187-173-6. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  5. ^ a b c d e f g h i j k Smith, Steve (2002). The Encyclopedia of North American Sporting Dogs (dalam bahasa Inggeris). Minocqua, Wisconsin, Amerika Syarikat: Willow Creek Press. m/s. 200–201. ISBN 978-1-57223-501-4.
  6. ^ a b c d Palika, Liz (2007). The Howell Book of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 209. ISBN 978-0-470-00921-5.
  7. ^ "English Coonhound". United Kennel Club. 1 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2011. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  8. ^ "American English Coonhound History" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  9. ^ a b "American English Coonhound Did You Know?" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  10. ^ "News". Dog Fancy (dalam bahasa Inggeris). Fancy Publications. 40 (12): 95. Disember 2009. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  11. ^ "Six New Breeds Debut At Westminster 2012". Westminster Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2012. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  12. ^ "AKC/Eukanuba National Championship to Air on ABC Television Network February 4th". The Sacramento Bee (dalam bahasa Inggeris). 26 Januari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2012. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  13. ^ Newcomb, Tim (24 November 2011). "Say What? Xoloitzcuintli Highlights Thanksgiving's National-Dog-Show New Breeds". Time (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2024.