Treeing feist

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Treeing feist
Nama lainMountain treeing feist
American treeing feist
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat 12–30 paun (5.4–13.6 kg)
Tinggi 12–18 inci (30–46 cm)
Bulu Pendek
Warna Sebarang warna atau corak warna
Anjing (Canis lupus familiaris)
Mountain feist
Anjing (Canis lupus familiaris)

Treeing feist ialah satu baka feist dari Amerika Syarikat Tenggara. Treeing feist[a] dan mountain feist,[b] yang pada asalnya dianggap sebagai satu baka tunggal, kini diiktiraf secara berasingan oleh United Kennel Club. Feist, yang pada asalnya dibiakbakakan untuk memburu tupai, dipisahkan kepada beberapa baka, kerap disilangkan dengan terier tikus. Beberapa orang pembiak baka Appalachia memilih feist hitam dan memperkecil anjing tersebut melalui pembiakbakaan untuk tree, mengelilingi, dan mengutip tupai.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke-19, sejenis anjing kecil berkembang di kawasan pergunungan di Amerika Syarikat Tenggara. Anjing ini, yang digunakan untuk memburu buruan kecil, dibiakbakakan daripada terier dan hound.[1][2] Anjing ini kemudian dikenali sebagai treeing feist; feist ialah terbitan daripada fist dan merupakan istilah yang digunakan di Amerika Selatan untuk anjing garang kecil. Perkataan treeing merujuk gaya perburuan yang melibatkan pengejaran buruan ke atas pokok dan penunjukan kepada pemburu pokok yang telah dipanjat oleh buruan tersebut.[1] Kedua-dua baka treeing feist dan mountain feist digunakan untuk memburu buruan kecil, khususnya tupai dan rodensia, serta rakun, oposum, arnab, dan untuk menggarah burung.[2]

Pada abad ke-20, anjing ini menjadi semakin jarang dan pada awal tahun 1980-an sekumpulan penggemar bersatu untuk mencegah kepupusannya.[1] Pada tahun 1984, Mountain Feist Association dibentuk; pada tahun 1985, ini digantikan oleh American Treeing Feist Association dan ini disertai oleh Mountain Feist Breeder's Club pada tahun 1986, Mountain Treeing Feist Organization pada tahun 1992, dan Traditional Treeing Feist Club pada tahun 1999.[1] Pada tahun 1998, United Kennel Club mengiktiraf treeing feist sebagai baka.[3] Pada tahun 2015, mereka mengiktiraf mountain feist sebagai baka terpisah.[4]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua baka diperihalkan sebagai anjing kecil, aktif, berjaga-jaga; baka-baka ini mempunyai lapis bulu pendek dan padat yang terdapat dengan sebarang warna, gabungan warna, atau corak warna. Baka-baka ini biasanya mempunyai telinga mencucuk walaupun telinga separa menucuk adalah lazim dan ekor dapat dipotong pada sebarang panjang atau dibiarkan utuh.[1][2]

Pada asalnya, baka-baka ini terdapat dengan julat saiz sangat luas, mana-mana dalam lingkungan ketinggian 10–22 inci (25–56 cm) dan lingkungan berat 10–35 paun (4.5–15.9 kg).[1][2] Piawaian baka United Kennel Club untuk kedua-dua baka membatasi ini kepada ketinggian 12–18 inci (30–46 cm) dan berat 12–30 paun (5.4–13.6 kg).[3][4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: تريئيڠ فاءيس
  2. ^ Jawi: ماءونتن فاءيس

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 229–231. ISBN 1-57076-219-8.
  2. ^ a b c d Mehus-Roe, Kristin (2005). The original dog bible: the definitive source for all things dog (dalam bahasa Inggeris). Irvine, California, Amerika Syarikat: Bow Tie Press. m/s. 349–350. ISBN 1-931993-34-3.
  3. ^ a b "Treeing Feist". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 2020. Dicapai pada 2 April 2024.
  4. ^ a b "Mountain Feist". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 2015. Dicapai pada 2 April 2024.