Anjing gembala Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing gembala Inggeris
TricolorEnglishShepherdDog.jpg
Anjing gembala Inggeris triwarna
Nama lain Collie ladang
Negara asal Amerika Syarikat
Ciri
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Inggeris (Bahasa Inggeris: English shepherd dog) ialah satu baka anjing pekerja serba guna daripada jurai keturunan collie, dikembangkan di Amerika Syarikat daripada anjing ladang dibawa oleh peneroka Inggeris dan Scotland pada abad ke-17 sehingga ke-19 sebelum pedigri penggemar menjadi popular pada sekitar hujung abad ke-19. Peladang sara diri menghargai baka ini kerana keserbagunaannya dan bukan kerana pengakuran tegas terhadap piawaian penampilan.

Anjing gembala Inggeris ialah anjing ladang serba guna yang sangat cerdik, digunakan sebagai anjing gembala, penjaga haiwan ternakan, anjing pengawal ladang, anjing pemburu, pembasmi vermin dan teman kanak-kanak. Anjing gembala Inggeris tidak dibiakbakakan khas untuk bekerja dengan satu jenis haiwan ternakan seperti yang dilakukan oleh sesetengah anjing gembala baru-baru ini. Anjing gembala Inggeris dibiakbakakan untuk melakukan banyak tufasan di ladang terpelbagai kecil dari abad ke-17 sehingga awal abad ke-20 yang mempunyai beberapa jenis haiwan ternakan termasuk lembu, biri-biri, babi, kambing, dan unggas. Ia mungkin pernah menjadi baka paling am di Amerika Syarikat semasa abad ke-19 dan awal abad ke-20.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]