Ular laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hydrophiinae
Ular laut berperut kuning, Pelamis platurus
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Subfilum: Vertebrata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Suborder: Serpentes
Famili: Elapidae
Subfamili: Hydrophiinae
Smith, 1926
taburan ular laut bertanda warna hijau limau

Hydrophiinae (ular laut) merupakan sebuah subkeluarga ular Elapidae yang menduduki persekitaran laut sepanjang hayat. Biarpun berevolusi dari leluhur daratan, namun kebanyakannya cukup menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam air sepenuhnya dan tidak dapat bergerak di atas darat kecuali genus Laticauda yang masih memelihara ciri-ciri leluhurnya dengan pergerakan darat yang terbatas. Ular laut ditemui di perairan tepi pantai yang panas dari Lautan Hindi hingga Pasifik.

Kesemuanya memiliki ekor seakan dayung dan kebanyakannya memiliki badan yang mampat di sisian seakan-akan belut. Tidak seperti ikan, ular laut tiada insang dan mesti kerap timbul di permukaan untuk bernafas. Ular laut adalah antara vertebrat penafas udara yang paling akuatik.[1] Dalam kalangan kumpulan ini terdapat antara jenis ular yang paling berbisa daripada semua ular. Ada yang berangin baik dan hanya mematuk apabila diancam, dan ada juga yang jauh lebih ganas. Kini, 17 genus telah dikenal pasti sebagai ular laut yang terdiri daripada 62 spesies.[2][3]


Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Asalnya, ular laut dianggap sebagai keluarga Hydrophiidae yang bersatu dan berasingan, kemudian dipecahkan kepada dua subfamili, iaitu: Hydrophiinae atau ular laut sejati (kini 16 genus dengan 57 spesies), dan Laticaudinae atau krait laut yang lebih primitif (satu genus, Laticauda, dengan lima spesies). Akhirnya, setelah menjadi jelas betapa rapatnya ular laut dengan Elapidae, keadaan taksonomi menjadi kurang jitu takrifnya. Sesetengah ahli taksonomi membalas dengan mengalihkan ular laut ke Elapidae untuk mewujudkan subkeluarga Elapinae, Hydrophiinae dan Laticaudinae, tetapi Laticaudinae boleh digugurkan jika Laticauda digolongkan dalam Hydrophiinae. Belum ada sesiapa lagi yang dapat mengaitkan hubungan-hubungan filogenetik antara pelbagai subkumpulan elapid dengan cukup meyakinkan, maka keadaannya masih tidak jelas. Oleh itu, yang lain pula memilih sama ada untuk terus mengusahakan susunan lama atas sebab praktik semata-mata ataupun menggumpalkan semua genus sekali ke dalam Elapidae tanpa sebarang pemecahan taksnomi untuk mencerminkan kerja yang masih perlu diusahakan.[2][3][4][5]

Genus[2][3] Pengarang takson[2] Spesies[2] Subsp.*[2] Taburan geografi[3]
Acalyptophis Boulenger, 1896 1 0 Teluk Thailand, Laut China Selatan, Selat Taiwan, dan pantai Guangdong, Indonesia, Filipina, New Guinea, New Caledonia, Australia (Wilayah Utara, Queensland, Australia Barat)
Aipysurus Lacépède, 1804 7 1 Laut Timor, Laut China Selatan, Teluk Thailand, dan pantai Australia (Wilayah Utara, Queensland, Australia Barat), New Caledonia, Kepulauan Loyalty, selatan New Guinea, Indonesia, barat Malaysia dan Vietnam
Astrotia Fischer, 1855 1 0 kawasan pantai dari barat India dan Sri Lanka melalui Teluk Thailand hingga Laut China Selatan, barat Malaysia, Indonesia, ke timur hingga New Guinea, pantai timur dan utara Australia, Filipina
Emydocephalus Krefft, 1869 2 0 pantai Timor (Laut Indonesia), New Caledonia, Australia (Wilayah Utara, Queensland, Australia Barat), dan laut Asia Tenggara sepanjang pantai China, Taiwan, Jepun, dan Kepulauan Ryukyu
Enhydrina Gray, 1849 2 0 di Teluk Parsi (Oman, Emiriah Arab Bersatu, dsb.), ke selatan hingga Seychelles dan Madagascar,

Asia Tenggara (Pakistan, India, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Vietnam), Australia (Wilayah Utara, Queensland, Australia Barat), New Guinea dan Papua New Guinea

Ephalophis M.A. Smith, 1931 1 0 barat laut Australia
Hydrelaps Boulenger, 1896 1 0 utara Australia, selatan New Guinea
Hydrophis Latreille in Sonnini & Latreille, 1801 34 3 Perairan Indo-Australia dan Asia Tenggara.[6]
Kerilia Gray, 1849 1 0 Perairan Asia Tenggara[6]
Kolpophis M.A. Smith, 1926 1 0 Lautan Hindi[6]
Lapemis Gray, 1835 2 0 Teluk Parsi hingga Lautan Hindi, Laut China Selatan, Kepulauan Indo-Australia dan barat Lautan Pasifik[6]
Laticauda Laurenti, 1768 5 0 Perairan Asia Tenggara dan Indo-Australia
Parahydrophis Burger & Natsuno, 1974 1 0 utara Australia, selatan New Guinea
Parapistocalamus Roux, 1934 1 0 Pulau Bougainville, Kepulauan Solomon
Pelamis Daudin, 1803 1 0 Lautan Hindi dan Pasifik
Praescutata Wall, 1921 1 0 dari Teluk Parsi hingga Lautan Hindi, Laut China Selatan, dan ke timur laut hingga kawasan pantai Fujian dan Selat Taiwan
Thalassophis P. Schmidt, 1852 1 0 Laut China Selatan (Malaysia, Teluk Thailand), Lautan Hindi (Sumatra, Jawa, Borneo)

*) Tidak termasuk subspesies nominat


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Parker HW, Grandison AGC. 1977. Snakes – a natural history. Second Edition. British Museum (Natural History) and Cornell University Press. 108 pp. 16 plates. LCCCN 76-54625. ISBN 0-8014-1095-9 (cloth), ISBN 0-8014-9164-9 (paper).
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Elapidae (TSN 174348). Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. Diperolehi pada 7 August 2007.
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 Elapidae at the New Reptile Database. Accessed 12 August 2007.
  4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Dit33 tidak disediakan
  5. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Meh87 tidak disediakan
  6. 6.0 6.1 6.2 6.3 The Hydrophiidae at Cyberlizard's home pages. Accessed 12 August 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]