Pilihan raya negeri Malaysia 2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan Raya Negeri-negeri Malaysia 2023

← 2022 12 Ogos 2023

6 daripada 13 Dewan Undangan Negeri (DUN)
245 daripada 600 kerusi

     Negeri pilihan raya
     tiada pilihan raya

Pilihan raya negeri-negeri Malaysia 2023 diadakan di Selangor, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang berikutan tamat sesi penggal.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri di Malaysia secara tradisinya diadakan bersama pilihan raya umum. Walau bagaimanapun, negeri boleh secara bebas membubarkan perhimpunan mereka sendiri. Oleh itu, semasa pilihan raya umum sebelumnya pada 2022, hanya tiga negeri, Perlis, Perak dan Pahang yang membubarkan DUN mereka dan mengadakan pilihan raya negeri mereka secara serentak, manakala empat negeri lagi, Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor mengadakan pilihan raya negeri mereka lebih awal sebelum 2022 berikutan krisis politik yang sedang berlaku pada masa itu, dan hanya tinggal enam negeri lagi yang memilih untuk tidak membubarkan perhimpunan mereka pada masa pilihan raya umum.[1][2][3][4]

Parti bertanding[sunting | sunting sumber]

Pakatan Harapan-Barisan Nasional[sunting | sunting sumber]

PRN ini ialah pilihan raya utama pertama yang ditandingi oleh "kerajaan perpaduan" antaran Pakatan Harapan (PH) diketuai Anwar Ibrahim dengan Barisan Nasional (BN). Semua parti komponen PH – Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) – bertanding, manakala bagi BN, hanya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu sahaja yang mengambil bahagian, dengan dua komponen lain, Persatuan Cina Malaysia dan Kongres India Malaysia tidak bertanding.[5] Seramai 137 orang calon bertanding untuk Pakatan Harapan, manakala 108 orang calon bertanding untuk Barisan Nasional[6].

Perikatan Nasional[sunting | sunting sumber]

Pembangkang peringkat nasional, Perikatan Nasional bertanding sebagai lawan utama PH-BN dalam PRN. Calon-calon Perikatan Nasional akan menggunakan lambang gabungan tersebut bagi Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan; dan lambang Parti Islam Se-Malaysia bagi Terengganu dan Kelantan[7]. Seramai 168 orang calon memakai lambang Perikatan Nasional, manakala 77 orang memakai lambang PAS[6].

MUDA-PSM[sunting | sunting sumber]

Satu lagi parti komponen kerajaan perpaduan, Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), bertindak untuk bertanding secara terpisah dengan PH-BN atas dakwaan tidak diiktiraf oleh PH.[8] Sebaliknya, pada 15 Julai, MUDA menandatangani kerjasama bersama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM).[9] MUDA telah menghantar 19 orang calon di 4 buah negeri, manakala PSM seramai 4 orang di Serlangor[6].

Parti lain[sunting | sunting sumber]

Parti Hijau Malaysia[10] & Parti Pejuang Tanah Air[11] dijangka menyertai pilihan raya di Selangor. Walau bagaimanapun, kedua-dua parti tidak menghantar calon.

Parti Rakyat Malaysia telah menghantar 13 orang calon di Pulau Pinang (5 orang) dan Selangor (8 orang). Sebuah lagi parti, Parti Utama Rakyat menghantar seorang calonnya di Selangor[6].

Komposisi[sunting | sunting sumber]

Bilangan kerusi
Negeri Jumlah PH + BN ± PN ± MUDA + PSM ± Lain-lain ± Kerusi kosong ±
Keputusan pilihan raya lepas (mengikut negeri)
Kedah 36 16 20 n/a n/a n/a
Kelantan 45 8 37 n/a n/a n/a
Terengganu 32 10 22 n/a n/a n/a
Penang 40 37 3 n/a n/a n/a
Selangor 56 49 7 n/a n/a n/a
Negeri Sembilan 36 36 0 n/a n/a n/a
Jumlah 245 156 89 n/a n/a n/a
Semasa pembubaran
Kedah 36 12 4 20 0 2 2 2 2
Kelantan 45 7 1 37 0 0 1 1
Terengganu 32 10 22 0 0 0
Penang 40 35 2 1 2 0 0 4 4
Selangor 56 45 4 5 2 0 3 + 2 5 1 1
Negeri Sembilan 36 36 0 0 0 0
Jumlah 245 145 11 86 3 0 7 7 8 8

Tarikh penting[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Mula penggal Tamat penggal Tarikh terakhir mungkin PRN Tarikh pembubaran[n 1][12] Tarikh pencalonan Tarikh pengundian awal Tarikh pengundian Ruj
Selangor Selangor 26 Jun 2018 26 Jun 2023 26 Ogos 2023 23 Jun 2023 29 Julai 2023 8 Ogos 2023 12 Ogos 2023 [13]
Kelantan Kelantan 28 Jun 2018 28 Jun 2023 28 Ogos 2023 22 Jun 2023 [14]
Terengganu Terengganu 1 Julai 2018 1 Julai 2023 1 September 2023 28 Jun 2023
Negeri Sembilan Negeri Sembilan 2 Julai 2018 2 Julai 2023 2 September 2023 30 Jun 2023 [15]
Kedah Kedah 4 Julai 2018 4 Julai 2023 4 September 2023 28 Jun 2023 [16]
Pulau Pinang Pulau Pinang 2 Ogos 2018 2 Ogos 2023 2 Oktober 2023 28 Jun 2023 [17]

Latar belakang mengikut negeri[sunting | sunting sumber]

Selangor[sunting | sunting sumber]

Kelantan[sunting | sunting sumber]

Terengganu[sunting | sunting sumber]

Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Kedah[sunting | sunting sumber]

Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Isu dan cabaran[sunting | sunting sumber]

Logistik[sunting | sunting sumber]

Rancangan pemilihan PRN pada sekitar pertengahan Ogos menjadi kebimbangan dalam warga mahasiswa oleh kerana percanggahan dengan sesi peperiksaan akhir di sebilangan universiti yang memberi cabaran logistik pelajar untuk mengundi.[18] Di Kelantan, pihak kerajaan negeri memberikan perkhidmatan angkutan bas percuma untuk menyelesaikan hal ini.[19] Sementara itu, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi memiliki pertimbangan untuk memberi tempoh cuti khas kepada institusi terjejas.[20]

Provokasi dan ancaman keganasan[sunting | sunting sumber]

Sebelum tempoh kempen, beberapa pemain utama PRN seperti Lim Guan Eng dan Abdul Hadi Awang disiasat atas ucapan-ucapan berunsur provokatif.[21][22] Pada 11 Julai, laporan polis dibuat oleh pihak DAP terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man dan pihak terkait disebabkan oleh dakwaan berita palsu terhadap Guang Eng.[23]

Pihak polis mengenal pasti kawasan-kawasan "titik panas" potensi keganasan politik di semua negeri terlibat, dan memiliki rancangan untuk mengerahkan pasukan tempatan serta induk.[24]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Minggu ketiga atau keempat Jun 2023

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "No early elections for PAS-held states, says party vice-president". Free Malaysia Today. 6 June 2022. Dicapai pada 6 June 2022.
  2. ^ "GE15: Penang, Selangor and Negri not dissolving state assemblies this year, says Anwar". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 October 2022.
  3. ^ "GE15: Penang, S'gor, Negri assemblies will not dissolve, says Pakatan presidential council". Nation. The Star. 15 October 2022. Dicapai pada 15 October 2022.
  4. ^ Hassan, Hazlin (14 October 2022). "Malaysia's PAS says its three state assemblies won't be dissolved for elections". The Straits Times. Dicapai pada 16 October 2022.
  5. ^ "MCA, MIC to skip state elections". Malaysiakini. 2023-07-05. Dicapai pada 2023-07-07.
  6. ^ a b c d "570 calon bertanding PRN, satu lawan satu di 180 kerusi". www.utusanborneo.com.my. 2023-07-29. Dicapai pada 2023-07-29.
  7. ^ "PRN: Calon PN guna logo Pas di Kelantan, Terengganu". Sinar Harian. 18 Mei 2023. Dicapai pada 26 Julai 2023.
  8. ^ "MUDA to contest state polls alone after 'left hanging' by Pakatan Harapan: Syed Saddiq". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-07-07.
  9. ^ Essa Abu Yamin (15 Julai 2023). "MUDA kerjasama dengan PSM hadapi PRN". Berita Harian. Dicapai pada 16 Julai 2023.
  10. ^ Sufian, Puteri Aisya (2023-01-27). "Green Party touts 'secret weapon' for Selangor polls". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-01-30.
  11. ^ TAHIR, MOHD IZZATUL IZUAN (2023-07-04). "Pejuang Selangor timbang letak calon PRN". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-07-26.
  12. ^ Bernama (2023-05-08). "Rundingan kerusi: Anwar serah pada kebijaksanaan pimpinan negeri". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-05-08.
  13. ^ "Sultan Selangor perkenan bubar Dun Selangor 23 Jun". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2023-06-19. Dicapai pada 2023-06-19.
  14. ^ "DUN Kelantan bubar 22 Jun". Malaysiakini. 2023-06-14. Dicapai pada 2023-06-14.
  15. ^ HAMZAH, NOR AINNA (2023-06-07). "DUN Negeri Sembilan bubar 30 Jun - Aminuddin". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-06-11.
  16. ^ "Kedah cadang bubar DUN 28 Jun". Malaysiakini. 2023-06-15. Dicapai pada 2023-06-15.
  17. ^ ROSLI, SYAJARATULHUDA MOHD (2023-06-08). "Pulau Pinang bubar DUN 28 Jun ini". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-06-11.
  18. ^ Zareen Humairah Sejahan (9 Julai 2023). "PRN: Masalah pengangkutan halang mahasiswa pulang mengundi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Julai 2023.
  19. ^ "PAS mahu negeri terlibat PRN ikut Kelantan sedia bas percuma". Free Malaysia Today. 7 Julai 2023. Dicapai pada 12 Julai 2023.
  20. ^ Muhamad Aimy Ahmad (6 Julai 2023). "KPT bincang keperluan cuti khas PRN untuk pelajar IPT". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Julai 2023.
  21. ^ Hakim Rahman (9 Julai 2023). "Isu 3R: Polis sahkan siasat Guan Eng". Astro Awani. Dicapai pada 12 Julai 2023.
  22. ^ Afiezy Azaman (10 Julai 2023). "Sentuh isu 3R, polis sahkan sedang siasat Hadi Awang". Astro Awani. Dicapai pada 12 Julai 2023.
  23. ^ Safina Ramli (11 Julai 2023). "Laporan polis dibuat terhadap Tuan Ibrahim, Afnan Hamimi dan Harakah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Julai 2023.
  24. ^ "PRN: Polis kenal pasti 66 kawasan panas di Terengganu". Harian Metro. 6 Julai 2023. Dicapai pada 12 Julai 2023.