Phuket
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Ibu kota | Bandar Phuket |
| Gabernor | Niran Kanlayanamit (sejak November 2006) |
| Keluasan | 543.0 km2 Tangga ke-75th |
| Jumlah Penduduk |
287,587 (2004) Tangga ke-68th |
| Kepadatan Penduduk |
529.63/km2 Tangga ke-6th |
| ISO 3166-2 | TH-83 |
Pulau Phuket (atau wilayah Phuket) ialah salah satu wilayah di selatan Thailand. Dahulu dikenali sebagai pulau Talang. Talang ialah sejenis ikan, dalam bahasa Melayu. Sememangnya ramai orang Melayu di pulau Phuket. Ini termasuklah keturunan Mahsuri yang berhijrah ke sini.
Jiran yang berdekatan ialah Phang Nga dan Krabi, tetapi Phuket merupakan sebuah pulau tanpa sebarang sempadan. Pulau ini dihubungi melalui kapal terbang. Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket terletak di selatan pulau ini. Phuket sempena nama 'bukit' dalam bahasa Melayu. Sebelum dipanggil Talang, orang Melayu di sini memanggilnya 'Telong' yang bermaksud tanjung. Bentuk Phuket dari satelit memang seperti sebuah tanjung atau semenanjung yang terjuntai-juntai.
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah
Phuket pernah diserang oleh tentera Burma (Myanmar) pada 1785. Tetapi Kapten Francis Light dari Syarikat Hindia Timur Inggeris telah menghantar mesej kepada pemerintah di sana bahawa Burma akan menyerang. Semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn (Rama V), Phuket menjadi pusat pemerintahan wilayah selatan Thailand dan mengeluarkan bijih timah.
[sunting] Ekonomi
Perlombongan bijih timah merupakan kegiatan utama ekonomi Phuket semenjak abad ke-16 yang menyaksikan penglibatan orang Cina dalam perlombongan. Kebanyakan dari mereka adalah dari suku Hakka dan pengaruh mereka dapat dilihat dalam budaya dan makanan masyarakat Phuket. Dengan kejatuhan harga bijih timah, kegiatan perlombongan tidak lagi dilakukan sehingga hari ini.
Ekonomi pulau ini sekarang dipacu oleh ladang getah dan pelancongan yang menarik ramai penyelam untuk datang ke Phuket setiap tahun. Selain dari itu, ramai pelancong lelaki dan perempuan juga datang ke Phuket kerana tarikan aktiviti waktu malam seperti kelab malam, bar dan pelacuran.
Semenjak 1980an, pantai-pantai di Phuket terutamanya di sebelah barat dibangunkan menjadi pusat pelancongan. Ini termasuk Patong, Karon dan Kata sebagai salah satu destinasi popular. Walau pun dilanda tsunami pada tahun 2004, Phuket dapat dibangunkan kembali.
[sunting] Tsunami
Phuket dan kawasan berdekatannya dilanda ombak besar atau tsunami pada 26 Desember 2004 yang menyebabkan kerosakan besar. Dianggarkan 250 orang terkorban di Phuket termasuk pelancong asing. Boleh dikatakan semua pantai utama Phuket di barat terutama Kamala, Patong, Karon dan Kata mengalami kerosakan teruk. Kerosakan dapat diperbaiki semula pada Februari 2005 dan pelancongan kembali rancak di Phuket.
[sunting] Pautan luar


