Éder Citadin Martins

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Éder
Eder Citadin.jpg
Éder bersama Sampdoria pada 2012
Maklumat peribadi
Nama penuh Éder Citadin Martins[1]
Tarikh lahir (1986-11-15) 15 November 1986 (umur 35)
Tempat lahir Lauro Müller, Brazil
Ketinggian 1.79 m (5 ka 10 in)[2]
Posisi permainan Penyerang, sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Jiangsu Suning
Nombor 9
Kerjaya remaja
2003–2005 Criciúma
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2005 Criciúma 20 (5)
2006–2007 Empoli 5 (0)
2008–2009 Frosinone 52 (20)
2009–2012 Empoli 40 (27)
2010–2011Brescia (pinjam) 35 (6)
2011–2012Cesena (pinjam) 17 (2)
2012Sampdoria (pinjam) 19 (5)
2012–2016 Sampdoria 112 (40)
2016Internazionale (pinjam) 14 (1)
2016–2018 Internazionale 62 (11)
2018– Jiangsu Suning 40 (23)
Pasukan kebangsaan
2015– Itali 26 (6)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:26, 30 Januari 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 November 2017

Éder Citadin Martins (lahir 15 November 1986), atau hanya dikenali sebagai Éder (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈɛdɛʁ]; sebutan bahasa Itali: [ˈɛ:der][3]), merupakan pemain bola sepak profesional yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab China, Jiangsu Suning dan pasukan kebangsaan Itali. Dilahirkan di Brazil dan mempunyai keturunan Itali, beliau berpindah ke Itali pada usia yang awal. Beliau banyak menghabiskan kariernya di Itali dari tahun 2006 hingga 2018.

Beliau memulakan kariernya bersama kelab Brazil, Criciúma dan berpindah ke kelab Itali, Empoli pada Januari 2006. Beliau kemudiannya beraksi untuk Sampdoria dan Inter Milan. Pada tahun 2018, beliau berpindah ke kelab kembar Inter Milan, Jiangsu Suning.

Éder telah dilahirkan di Brazil tetapi beliau layak untuk mewakili Itali kerana memiliki pasport Itali serta beliau telah menetap selama lebih daripada dua tahun di Itali.[4] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Itali pada Mac 2015 dan menjaringkan dua gol pada kempen kelayakan UEFA Euro 2016. Beliau juga terpilih untuk menyertai skuad Itali yang mengambil bahagian dalam kejohanan akhir itu.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Éder memegang dua kerakyatan iaitu Brazil dan Itali kerana moyangnya, Battista Righetto berasal dari Nove yang terletak di Wilayah Vicenza. Nama beliau bersempena dengan bintang penyerang Brazil ketika kejohanan Piala Dunia 1982, Éder Aleixo de Assis.[5]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Éder telah memulakan kariernya di Criciúma Esporte Clube. Beliua melakukan kemunculan sulungnya untuk dalam saingan Campeonato Brasileiro Série A pada 19 Disember 2004 dengan beraksi sebagia pemain gantian pada separuh masa kedua ketika menentang Coritiba yang berakhir dengan keputusan seri 3-3.

Éder telah ditawarkan untuk menyertai pasukan utama menjelang musim 2005. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 30 Januari pada tahun itu dalam aksi Campeonato Catarinense menentang Joinville yang berakhir dengan kekalahan 3-2. Beliau menamatkan kempen kejohanan itu dengan menjaringkan tiga gol dalam sepuluh perlawanan. Beliau juga telah menjaringkan gol dalam aksi sulungnya dalam Campeonato Brasileiro Série B semasa menentang São Raimundo-AM pada 26 April yang tamat dengan kemenangan 2-0.

Ketika usia 19 tahun, beliau telah menjaringkan lima gol dalam 19 perlawanan liga sebelum beliau disambar oleh kelab Itali, Empoli.

Frosinone[sunting | sunting sumber]

Éder telah menyertai Frosinone melalui rundingan pemilikan bersama yang bernilai 600,000 euro[6] pada Jun 2008 selepas beliau dipinjamkan ke kelab itu pada separuh kedua musim 2007-08.[7]

Kembali ke Empoli[sunting | sunting sumber]

Empoli membawa masuk Éder semula ke Frosinone pada Jun 2009 dengan nilai perpindahan sebanyak 2.42 juta euro selepas mempamerkan prestasi cemerlang di Serie B.[8] Beliau telah menjaringkan empat gol Serie B pada 13 April 2010 yang mana dua daripada jaringan tersebut terhasil melalui tendangan penalti. Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 5-2 memihak kepada Empoli menewaskan Salernitana.[9] Beliau mengakhiri kempen bagi musim 2009-10 dengan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak liga iaitu sebanyak 27 gol dihasilkan.[10]

Dipinjam ke Brescia & Cesena[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Ogos 2010, Éder telah menandatangani kontrak selama 4+1 tahun bersama kelab pendatang baru Serie A, Brescia[11] lalu menandakan bahawa Éder perlu menyertai Brescia secara pinjaman buat tahun pertama. Brescia seterusnya mendedahkan laporan kewangan mereka yang dilaporkan nilai pinjaman itu sebanyak 1.8 juta euro .[12][13]

Éder hanya menjaringkan enam gol untuk Brescia. Pada 13 Julai 2011, beliau telah berpindah ke Cesena dari Empoli dengan rundingan sementara yang bernilai 2.2 juta euro (kemudiannya Sampdoria menuntut pampasan).[14][15]

Sampdoria[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Januari 2012, Éder telah berpindah ke Sampdoria secara pinjaman melalui perpindahan yang bernilai 1.1 juta euro.[14][16] Beliau menyumbat jaringan sulungnya untuk kelab pada 21 April 2012 ketika seri 1-1 menentang Vicenza.[17] Pada 3 Julai 2012, Sampdoria telah membawa masuk Éder secara tetap melalui perpindahan yang menelan kos sebanyak 3 juta euro, Beliau telah menandatangani kontrak selama empat tahun untuk melengkapkan perpindahannya dari Empoli sekali gus menyaksikan Sampdoria telah menghabiskan 4.1 juta euro secara keseluruhannya. Sementara itu, pihak Empoli pula memperoleh 7 juta euro dari tahun 2010 hingga 2012.[18][19][20]

Internazionale[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Januari 2016, Éder telah menyertai Inter secara pinjaman selama satu tahun setengah melalui perpindahan bernilai 1.2 juta euro. Beliau boleh berpindah ke kelab itu secara tetap selepas beberapa syarat tertentu dipenuhi.[21] Beliau telah menandatangani kontrak dengan kelab itu sehingga tahun 2020 dan beliau dilaporkan menerima gaji sebanyak 1.5 juta euro pada setiap tahun.[22][23] Beliau telah diperkenalkan kepada media pada hari yang sama apabila beliau diberikan jersi nombor 23. Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak perlu memikirkan berkali-kali untuk menyertai Inter.[24] Beliau melakukan kemunculan sulungnya pada 31 Januari ketika pasukannya tewas 3-0 kepada musuh seteru Milan dalam pertembungan Derby della Madonnina.[25]

Selepas melakukan penampilan pertamanya untuk Inter dalam perlawanan persahabatan bagi musim 2016–17 pada 14 Ogos, pilihan Inter untuk membawa masuknya secara tetap telah disahkan.[26] Pada 28 Januari 2017, Éder telah menyambut penampilannya ke-200 di Serie A dengan menjaringkan gol pada aksi menewaskan Pescara 3-0.[27][28] Pada 14 Mei 2017, Éder beraksi sebagai pemain gantian sebelum menjaringkan gol untuk pasukannya tetapi perlawanan itu berakhir dengan kekalahan Inter kepada Sassuolo 1-2.[29] Beliau juga memanfaatkan keadaan pasukan yang kehilangan Mauro Icardi akibat kecederaan dalam dua perlawanan liga terakhir dengan menjaringkan gol ketika menentang Lazio[30] serta menyumbat dua gol semasa menentang Udinese sekali gus merekodkan jumlah jaringannya pada aksi liga kepada lapan gol.[31] Rekod ini juga menjadikan Éder sebagai pemain Inter pertama yang menjaringkan gol dalam tiga perlawanan Serie A berturut-turut sejak November 2015.[32] Beliau menamatkan musim sulungnya di Inter dengan beraksi dalam 40 perlawanan pada semua kejohanan termasuk 33 perlawanan Serie A, enam perlawanan Liga Europa manakala sepuluh jaringan telah dihasilkan iaitu lapan gol dicetak pada aksi Serie A manakala dua jaringan lagi dijaringkan pada saingan Liga Europa.

Pada 2 November 2017, Éder telah melanjutkan kontraknya bersama Inter sehingga Jun 2021.[33] Hanya pada tiga hari kemudian, beliau beraksi sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol pertamanya pada musim 2017-18 semasa menentang Torino yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 bagi memastikan Inter mengekalkan rekod tanpa kalah.[34] Éder dapat beraksi sebagai kesebelasan utama Inter buat pertama kali pada musim 2017-18 hasil ketiadaan Icardi yang mengalami kecederaan ketika menentang Crotone dengan menjaringkan gol tandukan menarik dalam permainan yang berakhir dengan kedudukan seri 1-1 pada Februari 2018.[35] Seterusnya, beliau juga beraksi termasuk dalam barisan kesebelasan utama pasukan semasa menentang Bologna dan beliau membantu pasukannya untuk meraih kemenangan 2-1 melalui jaringannya hanya selepas 90 saat perlawanan bermula.[36][37][38]

Jiangsu Suning[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Julai 2018, Éder telah menyertai kelab China, Jiangsu Suning dalam perpindahan yang dilaporkan sebanyak 5.5 juta euro.[39]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Éder memegang dua kerakyatan iaitu Brazil dan Itali menjadikannya layak untuk mewakili kedua-dua negara itu. Beliau layak mewakili pasukan kebangsaan Itali melalui kerakyatan Itali yang diperolehnya selepas menetap selama lebih daripada dua tahun di Itali. Beliau juga layak memperoleh kerakyatan Itali kerana moyangnya, Battista Righetto berasal dari Nove di Veneto.[40]

Sebelum ini, beliau telah disenaraikan ke dalam skuad sementara Brazil yang menghadapi Sukan Olimpik 2008. Namun, beliau tidak mendapat tempat dalam senarai akhir pemain yang dikendalikan oleh jurulatih Dunga.

Éder mula memilih untuk mewakili pasukan Itali ketika di bawah kendalian Antonio Conte selepas mempamerkan prestasi cemerlang bersama Sampdoria pada musim 2014-15.

Terdapat kontroversi yang menyelubungi Éder dan Franco Vázquez yang telah dipanggil oleh jurulatih Conte kerana masing-masing pemain itu dilahirkan di Brazil dan Argentina. Berucap dalam satu pertemuan Serie A pada 23 Mac 2015, pengurus Inter Roberto Mancini mengulas; "Pasukan kebangsaan Itali perlu dianggotai oleh orang Itali. Pemain Itali berhak beraksi untuk pasukan kebangsaan apabila seseorang yang tidak dilahirkan di Itali walaupun asal keluarganya. Saya rasakan mereka tidak layak." Conte kemudiannya mengeluarkan respon; "Jika Mauro Camoranesi [yang dilahirkan di Argentina] boleh membantu Itali menjuarai Piala Dunia 2006, mengapa tidak Éder dan Franco Vázquez membantu Azzurri untuk menjuarai Kejohanan Eropah pada tahun depan?"[41]

Pada 28 Mac 2015, Éder melakukan penampilan sulungnya untuk Itali dengan menggantikan Simone Zaza pada minit ke-58 permainan pada aksi kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Bulgaria. Beliau kemudiannya menjarinkan gol penyamaan Itali 2-2 pada minit ke-84.[42] Beliau beraksi sebagai kesebelasan utama Itali buat pertama kali pada tiga hari kemudian ketika menentang England yang berakhir dengan keputusan seri 1-1. Beliau seterusnya digantikan oleh pemain oriundo lain, Vázquez pada minit ke-61 minutes.[43] Pada 10 Oktober 2015, Éder menjaringkan gol pembukaan perlawanan semasa menentang Azerbaijan yang tamat dengan kemenangan 3-1. Kemenangan itu telah mengesahkan kelayakan Itali ke kejohanan UEFA Euro 2016.[44] Pada 31 Mei 2016, beliau telah disenaraikan ke dalam skuad 23 orang pemain Itali oleh jurulatih Conte untuk terbang ke Euro 2016.[45] Pada 17 Jun, beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan kedua peringkat kumpulan kejohanan menentang Sweden sekali gus mengesahkan tempat Itali ke pusingan kalah-mati[46] di samping dinobatkan sebagai "Pemain Terbaik Perlawanan" oleh UEFA.[47]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 30 November 2019[48][49]
Kelab Musim Liga Piala[a] Benua Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Brazil Criciúma 2004 1 0 0 0 1 0
2005 19 5 0 0 10[b] 3 29 8
Jumlah 20 5 0 0 10 3 30 8
Itali Empoli 2005–06 0 0 0 0 0 0
2006–07 5 0 4 0 9 0
2007–08 0 0 0 0 1[c] 0 1 0
Itali Frosinone 2007–08 19 6 0 0 19 6
2008–09 33 14 1 0 34 14
Jumlah 52 20 1 0 53 20
Itali Empoli 2009–10 40 27 2 0 42 27
Jumlah di Empoli 45 27 6 0 1 0 52 27
Itali Brescia 2010–11 35 6 1 0 36 6
Itali Cesena 2011–12 17 2 2 0 19 2
Itali Sampdoria 2011–12 19 5 0 0 19 5
2012–13 30 7 0 0 30 7
2013–14 33 12 1 0 34 12
2014–15 30 9 1 3 31 12
2015–16 19 12 0 0 2[d] 1 21 13
Jumlah 131 45 2 3 2 1 135 49
Itali Internazionale 2015–16 14 1 1 0 15 1
2016–17 33 8 1 0 6[d] 2 40 10
2017–18 29 3 2 0 31 3
Jumlah 76 12 4 0 6 2 86 14
Republik Rakyat China Jiangsu Suning 2018 16 11 0 0 16 11
2019 24 12 1 0 25 12
Jumlah 40 23 1 0 41 23
Jumlah kerjaya 414 139 17 3 9 3 10 3 450 149
  1. ^ Termasuk Coppa Italia dan Piala FA China.
  2. ^ Penampilan di Campeonato Catarinense.
  3. ^ Penampilan di Piala UEFA.
  4. ^ a b Penampilan di Liga Europa UEFA

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 10 November 2017[50][51]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2015 8 2
2016 12 1
2017 6 3
Jumlah 26 6

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
28 Mac 2015 Sofia, Bulgaria  Bulgaria
2–2
2–2
Kelayakan UEFA Euro 2016
2
10 Oktober 2015 Baku, Azerbaijan  Azerbaijan
0–1
1–3
3
17 Jun 2016 Toulouse, Perancis  Sweden
1–0
1–0
UEFA Euro 2016
4
28 Mac 2017 Amsterdam, Belanda  Belanda
0–1
1–2
Persahabatan
5
7 Jun 2017 Nice, Perancis  Uruguay
0–2
0–3
6
11 Jun 2017 Udine, Itali  Liechtenstein
3–0
5–0
Kelayakan Piala Dunia 2018

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Inter submit squad for UEL group stages". Inter Milan. 1 September 2016. Dicapai pada 21 May 2019.
  2. ^ "F.C. Internazionale - Sito Ufficiale - IT SQUADRA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-20. Dicapai pada 2020-07-02.
  3. ^ Often mispronounced as [eˈdɛr].
  4. ^ "FIFA STATUTES (August 2014)" (PDF). FIFA. August 2014. Dicapai pada 5 October 2016.
  5. ^ "Samp padrona del proprio destino, ma Eder avvisa i blucerchiati: "I playoff vanno ancora conquistati, dobbiamo mantere alta la guardia" - Goal.com". 4 May 2012.
  6. ^ Empoli F.C. SpA bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2009 (dalam bahasa Itali), PDF purchased from Italian CCIAA
  7. ^ "RISCATTATA LA COMPROPRIETA' DI EDER" (dalam bahasa Italian). Frosinone Calcio. 24 June 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2014. Dicapai pada 11 May 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "FROSINONE, PRIMI MOVIMENTI DI MERCATO" (dalam bahasa Italian). Frosinone Calcio. 26 June 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 July 2011. Dicapai pada 11 May 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Empoli vs. Salernitana 5 – 2". Soccerway. 13 April 2010. Dicapai pada 21 March 2019.
  10. ^ "Italy - Serie B Top Scorers". rsssf.com. RSSSF. Dicapai pada 2 April 2015.
  11. ^ "Ufficiale: Eder è un giocatore del Brescia". Brescia Calcio (dalam bahasa Italian). 20 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 August 2010. Dicapai pada 24 August 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ Brescia Calcio S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2011 (in Italian), PDF purchased from Italian C.C.I.A.A.
  13. ^ Empoli F.C. S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2011 (in Italian), PDF purchased from Italian C.C.I.A.A.
  14. ^ a b A.C. Cesena S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2012 (in Italian), PDF purchased from Italian C.C.I.A.A.
  15. ^ Empoli F.C. S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2012 (in Italian), PDF purchased from Italian C.C.I.A.A.
  16. ^ "Eder dal Cesena alla Sampdoria". sampdoria.it (dalam bahasa Italian). 24 January 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-13. Dicapai pada 29 January 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "Vicenza - Sampdoria 1-1" (dalam bahasa Italian). ilsecoloxix.it. 21 April 2012. Dicapai pada 29 January 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ U.C. Sampdoria S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2012 (in Italian), PDF purchased from Italian C.C.I.A.A.
  19. ^ Empoli F.C. S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2013 (in Italian), PDF purchased from Italian C.C.I.A.A.
  20. ^ "Eder Citadin Martins al Doria a titolo definitivo" [Eder Citadin Martins to Doria in a definitive deal] (dalam bahasa Italian). U.C. Sampdoria. 3 July 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2014. Dicapai pada 11 May 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ "Eder is an Inter player". inter.it. 29 January 2016. Dicapai pada 29 January 2016.
  22. ^ "Inter Beat Leicester City To Sampdoria Striker". Forza Italian Football. 29 January 2016. Dicapai pada 29 January 2016.
  23. ^ "Official: Inter sign Eder". Football Italia. 29 January 2016. Dicapai pada 29 January 2016.
  24. ^ "Eder: 'No doubts after Inter called'". inter.it. 29 January 2016. Dicapai pada 29 January 2016.
  25. ^ Richard Hall (1 February 2016). "Jeison Murillo, Stevan Jovetic falter in Inter's Derby Della Madonnina loss". ESPN FC. Dicapai pada 1 February 2016.
  26. ^ page 2 of Relazione sulla gestione (Management Report) of 2015–16 Consolidated financial report (bilancio consolidato) of Inter Milan Group (Gruppo F.C. Internazionale Milano S.p.A.), PDF purchased from C.C.I.A.A. (in Italian)
  27. ^ Ryan Benson (28 January 2017). "Inter 3-0 Pescara: Hosts up to fourth with seventh straight win". Goal.com. Dicapai pada 7 February 2017.
  28. ^ "Serie A Week 22: Did You Know?". Football Italia. 30 January 2017. Dicapai pada 7 January 2017.
  29. ^ Patric Ridge (29 May 2017). "Inter 1 Sassuolo 2: Vecchi unable to inspire lacklustre Nerazzurri". Goal.com. Dicapai pada 30 May 2017.
  30. ^ Nicholas McGee (21 May 2017). "Lazio 1 Inter 3: Vecchi's men fight back against nine-man hosts". Goal.com. Dicapai pada 30 May 2017.
  31. ^ "Inter 5 - 2 Udinese". Football Italia. 21 May 2017. Dicapai pada 30 May 2017.
  32. ^ "ALL YOU NEED TO KNOW ABOUT INTER V UDINESE". inter.it. 29 May 2017. Dicapai pada 30 May 2017.
  33. ^ "EDER RENEWS INTER CONTRACT UNTIL 2021!". inter.it. 2 November 2017. Dicapai pada 2 November 2017.
  34. ^ "Inter 1 Torino 1: Eder strikes to preserve unbeaten record". FourFourTwo.com. 5 November 2017. Dicapai pada 5 November 2017.
  35. ^ Ryan Benson (2 February 2018). "'Icardi is not available' - Inter without top scorer for Crotone clash, Spalletti confirms". Goal.com. Dicapai pada 14 February 2018.
  36. ^ "Inter Milan 1-1 Crotone". BBC Sport. 3 February 2018. Dicapai pada 14 February 2018.
  37. ^ "Inter ends 2-month winless streak by beating 9-man Bologna". Fox Sports. 11 February 2018. Dicapai pada 14 February 2018.
  38. ^ "INTER VS. BOLOGNA: ALL YOU NEED TO KNOW". inter.it. 12 February 2018. Dicapai pada 14 February 2018.
  39. ^ Datasport (13 July 2018). "Éder signed with Jiangsu Suning". Il Sole 24 Ore (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 13 July 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  40. ^ Campodonico, Alessandra (3 March 2015). "Eder, il bisnonno italiano e il passaporto tricolore" (dalam bahasa Italian). SampNews24. Dicapai pada 9 June 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  41. ^ "Antonio Conte defends use of foreign-born players on Italy squad". ESPN FC. 23 March 2015. Dicapai pada 29 January 2016.
  42. ^ "Bulgaria v Italy". Eurosport. 28 March 2015. Dicapai pada 28 March 2015.
  43. ^ "Italy 1–1 England". BBC Sport. 31 March 2015. Dicapai pada 31 March 2015.
  44. ^ "Azerbaijan 1-3 Italy". BBC Sport. 10 October 2015. Dicapai pada 10 October 2015.
  45. ^ "OFFICIAL: Italy squad for Euro 2016". Football Italia. 31 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-03. Dicapai pada 31 May 2016.
  46. ^ "Eder takes Sweden down". Football Italia. 17 June 2016. Dicapai pada 17 June 2016.
  47. ^ Saffer, Paul (17 June 2016). "Éder sparks ecstasy as Italy go through". UEFA.com. Union of European Football Associations. Dicapai pada 17 June 2016.
  48. ^ "Football : Eder". Football Database. Dicapai pada 29 March 2017.
  49. ^ "Italy - E. Martins - Profile with news, career statistics and history". Soccerway. Dicapai pada 29 March 2017.
  50. ^ (Inggeris) Profil Éder Martins di National-Football-Teams.com
  51. ^ "Eder - national football team player". EU-Football.info. Dicapai pada 29 March 2017.
  52. ^ name="Italy - Serie B Top Scorers"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Jiangsu Suning F.C.