Bologna F.C. 1909

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bologna
Bolognafc.png
Nama penuh Bologna Football Club 1909 S.p.A.
Gelaran I Rossoblu (Merah-Biru)
I Veltri (The Greyhounds)
Diasaskan 3 Oktober 1909 (1909-10-03) (109 tahun yang lalu) (Bologna FC)
Stadium Stadio Renato Dall'Ara
Bologna, Itali
(Muatan: 38,279)
Pemilik BFC 1909 Lux Spv S.A.
Presiden Joey Saputo
Ketua jurulatih Roberto Donadoni
Liga Serie A
2016-17 Serie A, ke-15
Tapak sesawang Laman kelab
tuan rumah
tempat lawan
ketiga
Musim terkini

Bologna Football Club 1909, ataupun hanya disebut Bologna, merupakan sebuah kelab bola sepak Itali yang berpusat di Bologna, Emilia-Romagna, Itali. Kelab ini dibentuk pada 1909 (ditubuhkan semula pada 1993). Nama samaran bagi kelab ini ialah rossoblu oleh kerana mereka beraksi dengan memakai jersi berjalur merah biru selain warna-warna tersebut merupakan warna rasmi bagi bandar Bologna.

Bologna antara kelab asal yang beraksi di Serie A pada 1929. Sepanjang sejarahnya, kelab ini telah meraih tujuh kejuaraan liga Itali, membuatkan mereka kelab keenam paling cemerlang dalam sejarah liga.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembentukan kelab Bologna Football Club' telah diatur oleh Emilio Arnstein, orang Austria yang berminat dengan sukan bola sepak ketika menuntut di sebuah universiti di Vienna dan Prague. Beliau dan abangnya juga sebelum ini telah menubuh kelab bola sepak lain, Black Star di Austria.

Kelab ini telah ditubuhkan pada 3 Oktober 1909 di bandar yang terletak di bahagian utara Itali, Bologna. Setelah pembentukannya, Carlo Sandoni menjadi penaja dan pengurus kelab, Louis Rauch dari Switzerland menjadi presiden, bangsawan Guido Della Valle menjadi naib-presiden, Enrico Penaglia merupakan setiausaha manakala Sergio Lampronti menjadi juruwang dan Emilio Arnstein dan Leone Vincenzi dilantik menjadi anggota majlis.

Pada 20 Mac 1910, Bologna bermain pada perlawanan pertamanya menentang Virtus, yang memakai jersi putih. Bologna menang dan membelasah pasukan lawan 9-1. Pada musim-musim awal, mereka banyak beraksi di liga daerah dan di bawah kapten Arrigo Gradi, Bologna memenangi liga dan memperoleh kenaikan liga yang dinamakan Group Veneto-Emiliano. Mereka menghabiskan empat musim di liga itu dan Bologna tidak pernah menamatkan musim di bawah tempat kelima dan yang hanya di atas sahaja. Bologna sekali gus memasuki Liga Utara sebelum kesemua liga bola sepak di Itali ditunda akibat Perang Dunia Pertama yang telah tercetus.

Era kejuaraan[sunting | sunting sumber]

Skuad Bologna yang meraih scudetto terakhir pada musim 1963–64.

Selepas Perang Dunia Pertama, Bologna mula menjadi sebuah kelab cemerlang. Mereka melangkah ke peringkat separuh akhir buat pertama kali dalam kejohanan liga utara Itali pada musim 1919–20 dan pada musim berikutnya, mereka mara ke peringkat akhir Liga Utara sebelum kecundang 2–1 kepada Pro Vercelli. Mereka mengulang kembali kekecewaan dengan hanya selaku naib juara pada musim 1923-24 selepas tewas kepada juara, Genoa.

Bologna menjadi juara Liga Utara buat pertama kali pada musim 1924-25 dengan menewaskan Genoa CFC selepas mengharungi lima perlawanan akhir untuk merebut trofi kejohanan itu. Bologna kemudian mara ke perlawanan akhir buat Liga Kebangsaan sebelum menang 6-0 ke atas kelab dari selatan Itali, S.S. Alba-Audace Roma. Perlawanan akhir menentang kelab gergasi dari Liguria itu dicemari dengan masalah rusuhan orang ramai. Beberapa musim kemudian, Bologna dinobatkan sebagai juara Liga Kebangsaan Itali buat kali kedua pada musim 1928–29 lalu membolehkan ia bertapak di bola sepak Itali dan membina sebuah legasi apabila kejohanan ini adalah kali terakhir dipertandingkan dengan menggunakan format lama dan Serie A diatur pada musim berikutnya.

Kejuaraan Scudetto yang dirangkul Bologna sebanyak empat kali sebelum Perang Dunia Pertama iaitu pada musim 1935–36, 1936–37, 1938–39 dan 1940–41.

Selepas Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Selepas Perang Dunia Kedua, Bologna kurang bertuah. Sepanjang dekad 1950 dan 1960, kelab ini amnya menamatkan musim antara tempat keempat, kelima dan keenam di liga sehingga ia berjaya merampas kejuaraan liga semula pada musim 1963–64. Kejuaraan "Scudetto" ini merupakan kali terakhir diraih Bologna dan menjadikannya koleksi trofi liga ketujuh. Selain itu, Bologna juga diberi tiket ke Piala Eropah 1964–65 (kini Liga Juara-Juara) tetapi disingkirkan pada pusingan utama menentang Anderlecht.

Selepas itu, Bologna tidak menempuhi tempoh atau masa kemerosotan atau tidak bertuah, mereka berjaya meraih Coppa Italia sebanyak dua kali pada era 1970an. Trofi Coppa Italia kedua Bologna dipertikaikan ketika menentang Palermo. Perlawanan menjadi sengit apabila kedudukan seri 1-1 sebelum penentuan penalti diadakan bagi menentukan pemenang sebelum Bologna merekodkan kejuaraan Coppa Italia keduanya dengan menang 4-3 pada penentuan penalti.

Tersungkur dan mundur[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan musim 1981–82, kelab ini mula tersungkur. Pertamanya, mereka disingkirkan dari Serie A selepas bergelut untuk selamat dari zon penyingkiran bersama-sama dengan Cagliari dan Genoa. Mereka telah tersingkir dua kali berturut-turut apabila tersingkir sekali lagi kali ini ke Serie C1 (divisyen ketiga Itali). Mereka berjaya melepaskan diri dari Serie C1 pada tahun seterusnya dan kembali ke Serie A semula pada musim 1988–89 selepas empat tahun berjuang untuk meninggalkan Serie B.

Giuseppe Savoldi telah menjaringkan 140 gol ketika menyarung jersi rossoblu.

Mereka tidak kekal lama apabila tersingkir ke Serie B pada 1991 dan kembali semula ke Serie C1 pada 1993. Tiga tahun kemudian, mereka melangkah ke Serie A. Pada tahun 1998, Bolgna merasai pengalaman beraksi di Eropah dengan memenangi Piala Intertoto UEFA dan beraksi di Piala UEFA. Bologna kekal di Serie A sehingga kempen untuk musim 2004–05 sebelum tewas kepada Parma pada pusingan play-off.

Walaupun kehilangan beberapa tonggak utama, Bologna dijangka akan mencabar kenaikan ke Serie A pada kempen 2005–06. Walaupun itu objektifnya, Bologna menunjukkan prestasi hambar menyebabkan pemecatan jurulatih berpengalaman, Renzo Ulivieri dan digantikan oleh bekas pertahanan Internazionale, Andrea Mandorlini.

Pada masa ini, Bologna telah dijual oleh Giuseppe Gazzoni Frascara kepada Alfredo Cazzola, seorang usahawan tempatan. Mardorlini tidak mampu membawa Bologna menduduki tempat teratas Serie B lalu dipecat pada 5 Mac 2006. Ulivieri dilantik semula menjadi jurulatih pasukan yang telah dipecat beberapa bulan sebelumnya. Bologna menamatkan kempen Serie B pada musim 2005-06 di temat kelapan. Pada musim berikutnya, Bologna menghabiskan musim di tempat ketujuh dan terdapat perbalahan antara pengerusi Cazzola dan ketua jurulatih Ulivieri, lalu jurulatih Bologna dipecat serta merta pada 14 April 2007 dan digantikan oleh bekas pembantu jurulatih, Luca Cecconi. Untuk 2007–08, Bologna telah dikemudi oleh Daniele Arrigoni, yang membantu rossoblù meninggalkan divisyen kedua Itali itu apabila menamatkan musim di tangga kedua liga.

Kembali ke Serie A[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas 2008, Cazzola telah bersetuju untuk menjual kelab ini kepada konsortium Amerika tetapi dibatalkan pada penghujungnya berikutan tidak mencapai persefahaman di kedua-dua belah pihak tetapi Cazzola akhirnya melengkapkan penjualan kelab ini kepada Francesca Menarini sekali gus menjadikannya wanita kedua menjadi pengerusi kelab Serie A. Arrigoni telah disahkan sebagai ketua jurulatih baru dan memulakan musim dengan cemerlang apabila mengecewakan Milan 2-1 di San Siro. Pada minggu-minggu seterusnya, Bologna bergelut di Serie A dengan mengalami lapan kekalahan dalam sembilan perlawanan. Selepas tewas memalukan 5-1 kepada Cagliari, Daniele Arrigoni dipecat serta merta pada 3 November 2008 dan Siniša Mihajlović dilantik sebagai jurulatih rossoblù baru.

Pada 14 April 2009, Giuseppe Papadopulo telah dilantik sebagai pengurus baru dan dengan cemerlangnya, berjaya membimbing Bologna mengelakkan penyingkiran ke Serie B pada hari terakhir musim. Pada musim 2009–10, Bologna beraksi di Serie A buat kali ke-65 dan berjaya melepaskan diri dari zon penyingkiran walaupun menghadapi isu masalah kewangan di bawah ketua jurulatih baharu, Franco Colomba.

Pada Jun 2010, keluarga Menarini yang merupakan pemilik kelab ini pada masa itu telah menjual keseluruhan kelab ini kepada usahawan dari Sardinia, Sergio Porcedda. Franco Colomba dipecat sebaik sahaja sebelum permulaan musim 2010–11 pada 29 Ogos 2010 walaupun berjaya menyelamatkan kelab dari zon penyingkiran pada musim sebelumnya. Presiden kelab, Sergio Porcedda berkata beliau berbuat demikian kerana "beliau [Colomba] adalah was-was buat pasukan ini."

Konsortium "Bologna 2010"[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Disember 2010, konsortium Bologna 2010 yang diketuai oleh pengurus bank, Giovanni Consorte dan ahli perniagaan kopi, Massimo Zanetti memiliki kelab ini dari Sergio Porcedda selepas Porcedda gagal untuk membayar gaji kepada kelab ketika tempohnya pemilikannya dan meletakkan Bologna di jurang pembankrapan. Syarikat itu juga berhutang dengan ajen Leonardo Corsi ketika perpindahan pemain Andrea Raggi. Zanetti juga menjadi pengerusi kelab yang baharu selain pemuzik terkena Itali dan penyokong setia Bologna, Gianni Morandi dilantik sebagai presiden kehormat.

Pada 21 Januari 2011, Presiden Massimo Zanetti dan CEO Luca Baraldi meletak jawatan hanya selepas 28 hari memegang jawatan masing-masing oleh kerana tiada persefahaman dengan rakan-rakan peribadi dan kewangan lain. Untuk 76 hari, Marco Pavignani menjawat jawatan sebagai presiden Bologna.

Sejak 7 April 2011, selepas peletakan jawatan Pavignani dan telah membayar 2.5 juta euro dari pertamabahan modal, presiden baru Bologna ialah Albano Guaraldi, pemegang saham "Bologna 2010" kedua terbesar dengan 17% daripada kuota di belakang Zanetti.

Pada musim 2013–14, Bologna tersingkir sekali lagi ke Serie B dan dan juga terdapat beberapa masalah kewangan yang melibatkan kelab dan pemiliknya, Albano Guaraldi, yang jauh dikritik oleh penyokong pasukan selepas membuat beberapa keputusan kontroversi termasuk penjualan tonggak utama kelab, Alessandro Diamanti ke kelab China, Guangzhou Evergrande. Ketua jurulatih baharu, Luis Diego López dilantik untuk menghadapi musim baharu manakala presiden Guaraldi dengan jelasnya menyatakan keinginanny untuk menjual Bologna ke mana-mana pemilik lain. Satu kumpulan dari Amerika Utara yang diketuai Joe Tacopina, Alex Rodriguez dan melibatkan ahli perniagaan Kanada, Joey Saputo (pemilik Montreal Impact) menyatakan keinginnya untuk memiliki Bologna dan diikuti tawaran lain yang dibuat oleh bekas pengerusi, Massimo Zanetti. Pada 15 Oktober 2014, lembaga pengarah mengesahkan penjualan kelab kepada Tacopina, yang kemudian menjadi pengerusi dan presiden baru Bologna.

Konsortium "BFC 1909 Lux Spv"[sunting | sunting sumber]

Di bawah pemilik baharu, BFC 1909 Lux Spv S.A.[1] Luxamburg sebagai syarikat pegangan pengantara. Bologna mengesahkan mereka kembali semula ke Serie A pada tahun 2015.

Stadium[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Stadio Renato Dall'Ara

Gelanggang rasmi Bologna ialah Stadio Renato Dall'Ara. Dall'Ara merupakan binaan sukan terbesar di Bologna dan nama asal stadium ini diambil dari bekas presiden kelab, Renato Dall'Ara yang meninggal tiga hari sebelum Bologna memperoleh Scudetto. Stadium ini mampu memuatkan 38,279 kapasiti.Curva Bulgarelli, tempat duduk di dalam stadium untuk ultras Bologna. Nama ultras itu diambil dari pemain Giacomo Bulgarelli, yang meninggal pada 21 Februari 2009.

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad semasa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 3 September 2016 [2]
No. Posisi Pemain
1 Brazil GK Angelo da Costa
2 Hungary MF Ádám Nagy
3 Costa Rica DF Giancarlo González
4 Sweden DF Emil Krafth
5 Chile MF Erick Pulgar
6 Perancis DF Sebastian De Maio
7 Croatia FW Bruno Petković
8 Algeria MF Saphir Taïder
9 Itali FW Simone Verdi
10 Itali FW Mattia Destro
11 Republik Czech FW Ladislav Krejčí
12 Itali MF Lorenzo Crisetig
14 Itali FW Federico Di Francesco
15 Senegal DF Ibrahima Mbaye
16 Itali MF Andrea Poli
No. Posisi Pemain
17 Colombia MF Juan Manuel Valencia
18 Sweden DF Filip Helander
19 Uruguay FW Felipe Avenatti (dipinjam dari Sportivo Luqueño)
20 Itali DF Domenico Maietta
21 Uruguay MF César Falletti
24 Argentina FW Rodrigo Palacio
25 Itali DF Adam Masina
29 Itali GK Antonio Santurro
30 Nigeria FW Orji Okwonkwo
33 Mali DF Cheick Keita (dipinjam dari Birmingham City)
34 Itali GK Federico Ravaglia
35 Yunani DF Vasilis Torosidis
77 Ghana MF Godfred Donsah
83 Itali GK Antonio Mirante (kapten)

Dipinjam[sunting | sunting sumber]

No. Posisi Pemain
Itali GK Filippo Perucchini (di Lecce hingga 30 Jun 2018)[3]
Senegal GK Mouhamadou Sarr (di Prato hingga 30 Jun 2018)[4]
Romania DF Deian Boldor (di Montreal Impact hingga 30 Jun 2018)[5]
Itali DF Alex Ferrari (di Verona hingga 30 Jun 2018)[6]
Yunani DF Marios Oikonomou (di SPAL hingga 30 Jun 2018)[7]
Itali MF Luca Rizzo (di SPAL hingga 30 Jun 2018)
No. Posisi Pemain
Switzerland MF Blerim Džemaili (di Montreal Impact hingga 31 Disember 2017)
Itali MF Lorenzo Musto (di Renate hingga 30 Jun 2018)[8]
Hungary MF Bálint Vécsei (di Lugano hingga 30 Jun 2018)
Itali FW Filippo Falco (di Perugia hingga 30 Jun 2018)[9]
Itali FW Andrea Vassallo (di Carrarese hingga 30 Jun 2018)

Senarai presiden[sunting | sunting sumber]

Bologna telah mempunyai beberapa presiden sepanjang sejarahnya dan sesetengah daripadanya merupakan pemilik kelab ini dan lain-lain ialah presiden kehormat. Di bawah memaparkan senarai lengkap presiden Bologna dari tahun 1909 sehingga ke hari ini.

 
Nama Tempoh
Louis Rauch 1909–10
Pio Borghesani 1910
Emilio Arnstein 1910
Domenico Gori 1910–12
Rodolfo Minelli 1912–15
Arturo Gazzoni (Presiden kehormat) 1916–18
Rodolfo Minelli 1918–19
Cesare Medica 1919–21
Angelo Sbarberi 1921–22
Antonio Turri 1922
Ruggero Murè (Presiden kehormat) 1923
Enrico Masetti 1923–25
Paolo Graziani 1925–28
Gianni Bonaveri 1928–34
Renato Dall'Ara 1934–64
Luigi Goldoni 1964–68
Raimondo Venturi 1968–70
 
Nama Tempoh
Filippo Montanari 1970–72
Luciano Conti 1972–79
Tommaso Fabbretti 1979–83
Giuseppe Brizzi 1983–85
Luigi "Gino" Corioni 1985–91
Piero Gnudi 1991–93
Giuseppe Gazzoni Frascara 1993–02
Renato Cipollini 2002–05
Alfredo Cazzola 2005–08
Francesca Menarini 2008–10
Sergio Porcedda 2010
Massimo Zanetti 2010–11
Marco Pavignani 2011
Albano Guaraldi 2011–14
Joe Tacopina 2014–15
Joey Saputo 2015–kini

Senarai pengurus kelab[sunting | sunting sumber]

Bologna telah mempunyai ramai pengurus dan pelatih kelab dan sesetengah musim, mereka mempunyai pengurus sementara. Di sini senarai kronologi pengurus Bologna dari tahun 1920 dan seterusnya.

 
Nama Tempoh
Hermann Felsner 1920–31
Gyula Lelovics 1931–32
József Nagy 1932
Achille Gama 1932–33
Suruhanjaya Teknikal
Pietro Genovesi
Bernardo Perin
Angelo Schiavio
1933–34
Lajos Kovács 1934
Árpád Weisz 1934–38
Hermann Felsner 1938–42
Mario Montesanto 1942–43
Alexander Popovic 1945–46
Suruhanjaya Teknikal
Pietro Genovesi
Angelo Schiavio
1946
József Viola 1946–47
Gyula Lelovics 1947–48
Tony Cargnelli 1948–49
Edmund Crawford 1950–51
Raffaele Sansone 1951
Giuseppe Galluzzi 1951–52
Gyula Lelovics 1952
Giuseppe Viani 1952–56
Aldo Campatelli 1956–57
Ljubo Benčić 1957
György Sárosi 1957–58
Alfredo Foni 1958–59
Federico Allasio 1959–61
Fulvio Bernardini 1961–65
 
Nama Tempoh
Manlio Scopigno 1965
Luis Carniglia 1965–68
Giuseppe Viani 1968
Cesarino Cervellati 1968–69
Oronzo Pugliese 1969
Edmondo Fabbri 1969–72
Oronzo Pugliese
Cesarino Cervellati
1972
Bruno Pesaola 1972–76
Gustavo Giagnoni 1976–77
Cesarino Cervellati 1977
Bruno Pesaola 1977–79
Marino Perani 1979
Cesarino Cervellati 1979
Marino Perani 1979–80
Luigi Radice 1980–81
Tarcisio Burgnich 1981–82
Francesco Liguori 1982
Alfredo Magni 1982
Paolo Carosi 1982–83
Cesarino Cervellati 1983
Giancarlo Cadè 1983–84
Nello Santin 1984
Bruno Pace 1984–85
Carlo Mazzone 1985–86
Vincenzo Guerini 1 Jul 1986 – 4 May 1987
Giovan Battista Fabbri 1987
Luigi Maifredi 1 Jul 1987 – 30 Jun 1990
Francesco Scoglio 1990
 
Nama Tempoh
Luigi Radice 1990–91
Luigi Maifredi 1991
Nedo Sonetti 1991–92
Eugenio Bersellini 1992–93
Aldo Cerantola 1993
Romano Fogli 1993
Alberto Zaccheroni 1993
Edoardo Reja 8 Dis 1993 – 30 Jun 1994
Renzo Ulivieri 1994–98
Carlo Mazzone 1 Jul 1998 – 30 Jun 1999
Sergio Buso 1999
Francesco Guidolin 1 Jul 1999 – 30 Jun 2003
Carlo Mazzone 1 Jul 2003 – 30 Jun 2005
Renzo Ulivieri 2005
Andrea Mandorlini 9 Nov 2005 – 5 Mac 2006
Renzo Ulivieri 2006–07
Luca Cecconi 2007 – 30 Jun 2007
Daniele Arrigoni 1 Jul 2007 – 3 Nov 2008
Siniša Mihajlović 3 Nov 2008 – 14 Apr 2009
Giuseppe Papadopulo 14 Apr 2009 – 20 Okt 2009
Franco Colomba 21 Okt 2009 – 29 Ogs 2010
Paolo Magnani (interim) 29 Ogs 2010 – 31 Ogs 2010
Alberto Malesani 1 Sep 2010 – 26 Mei 2011
Pierpaolo Bisoli 26 Mei 2011 – 4 Okt 2011
Stefano Pioli 4 Okt 2011 – 8 Jan 2014
Davide Ballardini 8 Jan 2014 – 30 Jun 2014
Diego López 1 Jul 2014 – 4 Mei 2015
Delio Rossi 4 Mei 2015 – 28 Oct 2015
Roberto Donadoni 28 Okt 2015 –

Honours[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Bola Sepak Itali / Serie A

Coppa Italia

  • Juara (2): 1969–70, 1973–74

Piala Mitropa

Piala Intertoto UEFA

Penajaan[sunting | sunting sumber]

Pengeluar jersi[sunting | sunting sumber]

  • 1978–1979:Admiral
  • 1980–1982:Tepa Sport
  • 1982–1988:Ennere
  • 1988–1993:Uhlsport
  • 1993–1996:Errea
  • 1996–2000:Diadora
  • 2000–2001:Umbro
  • 2001–kini:Macron

Penaja rasmi[sunting | sunting sumber]

  • 1981–1982: Febal
  • 1982–1983: Pasta Bertagni
  • 1983–1984: Pasta Corticella
  • 1984–1985: Ebano
  • 1985–1986 :Idrolitina
  • 1986–1989: Segafredo
  • 1989–1992: Mercatone Uno
  • 1992–1993: Sinudyne
  • 1993–1994: Buona Natura
  • 1994–1997: Carisbo
  • 1997–2001: Granarolo
  • 2001–2004: Area Banca
  • 2004–2005: Amica Chips
  • 2005–2006: Europonteggi
  • Disember 2006: Motor Show
  • Januari–Mac 2007: Woolrich
  • Mac–Jun 2007: Volvo
  • Disember 2007 – Mac 2008: Joe Marmellata
  • April–Jun 2008: Carisbo
  • September 2008 – Jun 2009: Unipol
  • Ogos–September 2009: Cogei
  • Oktober–November 2009: Cerasarda
  • November 2009 – Jun 2010: BIGPoker.it
  • Oktober 2010 – Cerasarda
  • Oktober 2009 – Ceramica Serenissima
  • Ogos 2014 – Jun 2015: +energia
  • Ogos 2011 – Jun 2015: NGM
  • Sejak September 2015 – kini: FAAC – Illumia

Catatan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Bologna F.C. 1909

Templat:Pemenang Piala Intertoto UEFA