AV-8 Harrier II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
AV-8B Harrier II
US Navy 030407-N-9977R-001 An AV-8B Harrier from the 24th Marine Expeditionary Unit (24th MEU) Air Combat Element (ACE).jpg
Pesawat AV-8B+ Harrier II Plus di atas kapal penyerang amfibia USS Nassau
Peranan Pesawat penyerang V/STOL
Pengeluar McDonnell Douglas / British Aerospace
Boeing / BAE Systems
Penerbangan sulung 9 November 1978 (YAV-8B)
Mula digunakan 12 Januari 1985 (AV-8B)
Jun 1993 (AV-8B+)
Pengguna utama Kor Marin Amerika Syarikat
Tentera Laut Sepanyol
Tentera Laut Itali
Dikeluarkan AV-8B/B+: 1981-2003[1]
Kos seunit AS$ 6.7 juta (AV-8A)
AS$ 30-35 juta pada 1997 (Harrier II Plus)[2]
Dibangunkan dari Hawker Siddeley Harrier
BAE Sea Harrier
Kelainan BAE Harrier II

McDonnell Douglas AV-8B Harrier II merupakan keluarga generasi kedua pesawat jet V/STOL pelbagai peranan pada akhir kurun ke-20. Firma British Aerospace bergabung kembali ke dalam projek ini pada awal 1980-an, dan telah diuruskan oleh Boeing/BAE Systems sejak tahun 1990-an.

Dibangunkan berdasarkan pesawat Hawker Siddeley Harrier, pesawat ini berperanan utama sebagai pesawat serangan ringan atau pelbagai peranan, kebiasaannya dioperasikan daripada kapal pengangkut pesawat kecil dan kapal penyerang amfibia. Pelbagai versi pesawat ini digunakan oleh negara-negara NATO, termasuk United Kingdom, Sepanyol, Itali, dan Amerika Syarikat.

Pesawat ini dikenali sebagai AV-8B Harrier II dalam perkhidmatan Kor Marin Amerika Syarikat dan Harrier GR7/GR9 dalam perkhidmatan British. Walaupun ia berkongsi angka penandaan yang sama dengan pesawat AV-8A/C Harrier yang terdahulu, AV-8B Harrier II secara ekstensif telah dibangunkan semula oleh McDonnell Douglas. Pesawat AV-8A adalah merupakan pesawat Hawker Siddeley Harrier GR.1A generasi awal yang dibekalkan kepada Kor Marin A.S. Model-model pesawat ini sering kali dipanggil sebagai "Harrier Jump Jet".

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Kor Marin Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Tentera Laut Itali[sunting | sunting sumber]

Tentera Laut Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Dua buah pesawat EAV-8B Harrier II Plus di atas kapal pengangkut pesawat Príncipe de Asturias

Pengguna antarabangsa pertama, Sepanyol mula memesan 12 buah pesawat AV-8S Matador pada bulan Mac 1983.[3] diberi designasi sebagai VA-2 Matador II oleh Tentera Laut Sepanyol (Armada Española), versi ini dikenali sebaai EAV-8B oleh McDonnell Douglas.[4] Latihan untuk juruterbang dilakukan di Amerika Syarikat. Pada 6 Oktober 1987, 3 buah pesawat pertama Matador II telah diserahkan di Stesen Tentera Laut Rota.[4] Pesawat baru ini dicat dengan 2 tona skema warna kelabu, sama dengan pesawat milik Tentera Laut A.S. Penghantaran terakhir dilakukan pada tahun 1988.[4]

Ujian juruterbang oleh pihak BAe di atas kapal pengangkut pesawat Príncipe de Asturias diluluskan untuk operasi pada bulan Julai 1989. Kapal ini yang mengantikan Dédalo pada era Perang Dunia II, mempunyai cerun lompatan ski sebanyak 12°.[3][4] Mengikut rancangan asal, unit pertama yang akan menggunakan pesawat ini adalah 8a Escuadrilla. Unit ini kemudian dibubarkan pada 24 Oktober 1986, setelah pesawat AV-8S Matador dijual kepada Thailand.[4] Sebaliknya, 9a Escuadrilla ditubuhkan pada 29 September 1987, bagi menjadi sebahagian daripada Kumpulan Udara Pembawa Alpha dan menggunakan pesawat EAV-8B.[4]

Pada Mac 1993, di bawah perjanjian persefahaman tiga pihak di antara Amerika Syarikat, Itali, dan Sepanyol pada September 1990, 8 buah pesawat EAV-8B Plus Matador telah dipesan, bersama-sama dengan pesawat latihan dua tempat duduk TAV-8B.[3][4] Penghantaran pesawat ini mula dilakukan pada tahun 1996.[3] Pada 11 Mei 2000, Boeing dan NAVAIR memuktamadkan sebuah kontrak untuk mengeluarkan semula pesawat EAV-8B Sepannyol kepada standard Plus. Boeing mengatakan bahawa perjanjian ini perlu untuk mengeluar semula dua buah pesawat EAV-8B, dengan pilihan untuk tambahan 7 buah pesawat;[5] sumber-sumber lain mengatakan jumlah kesemua pesawat adalah 11 buah.[3] Pengeluaran semula ini membolehkan pesawat ini membawa 4 buah peluru berpandu AIM-120 AMRAAM, meningkatkan kepekaan situassi juruterbang dengan pemasangan radar dan avionik baru, serta menukar kepada enjin baru.[3][5] Akhirnya, 5 buah pesawat telah diubah suai, dengan unit terakhir diserahkan pada 5 Disember 2003.[6]

Pesawat EAV-8B Sepanyol juga menyertai operasi menguatkuasa Zon Larangan Terbang di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu di Bosnia dan Herzegovina].[3] Sepanyol tidak menghantar kapal pengangkut pesawatnya untuk menyertai Perang Iraq pada tahun 2003, sebaliknya mengaturgerak pesawat F/A-18 dan pesawat lain ke Turki bagi mempertahankan negara ini dari sebarang potensi serangan Iraq.[7] Bermula pada 2007, Sepanyol mula mencari penganti bagi pesawat Harrier II dengan pilihan terdekat adalah F-35B.[8][9] Walaubagaimanapun, pada bulan Mei 2014 kerajaan Sepanyol telah mengumumkan ia memutuskan untuk memanjangkan hayat khidmat pesawat ini hingga selepas tahun 2025 di sebabkan kekangan dana untuk membeli pesawat gantian.[10]

Berikutan pelucutan tauliah kapal pengangkut Príncipe de Asturias pada Februari 2013,[11] satu-satunya platform bagi pesawat Harrier Sepanyol boleh beroperasi adalah dari kapal serangan amfibia Juan Carlos.[12]

Spesifikasi (AV-8B+ Harrier II Plus)[sunting | sunting sumber]

Orthographic projection of the AV-8B Harrier II.
AV-8 Harrier II sedang diisi minyak oleh KC-10 Extender.

Data dari Norden,[13] Aerospaceweb.org[14]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 46 kaki 4 in (14.12 m)
  • Rentang sayap: 30 kaki 4 in (9.25 m)
  • Tinggi: 11 kaki 8 in (3.55 m)
  • Sayap luas: 243.4 kaki² (22.61 m²)
  • Aerofoil: airfoil superkritical
  • Berat kosong: 13,968 lb (6,340 kg)
  • Berat berisi: 22,950 lb (10,410 kg)
  • Berat berlepas maksimum:
    • Beroleng: 31,000 lb (14,100 kg)
    • Menegak: 20,755 lb (9,415 kg)
  • Loji kuasa:Rolls-Royce F402-RR-408 (Mk 105) turbofan tujahan vektor, 23,500 lbf (105 kN)

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: Mach 0.89 (662 bsj, 1,070 km/j) pada aras laut
  • Jarak: 1,200 batu nautika (1,400 batu, 2,200 km)
  • Jejari bertempur: 300 batu nautika (556 km)
  • Jarak maksimum: 1,800 batu nautika (3,300 km)
  • Kadar kenaikan: 14,700 kaki/min (4,485 m/min)
  • Beban sayap: 94.29 lb/kaki² (460.4 kg/m²)

Persenjataan

  • Meriam: 1× 25 mm meriam GAU-12U "Equalizer" (pod kiri) dan 300 butir peluru (pod kanan) (konfigurasi A.S/Sepanyol/Itali)
  • Titik beban: 7 dengan 13,200 lb muatan persenjataan (STOVL), termasuk bom jatuhan bebas, bom rangkaian, kanister napalm, bom panduan laser, AGM-65 Maverick atau AGM-84 Harpoon, pod mensasar LITENING, sehingga 4x AIM-9 Sidewinder atau peluru berpandu inframerah yang sama saiz. Radar yang dipasang pada versi AV-8B+ boleh membawa sehingga 4x AIM-120 AMRAAM. Program tingkat upaya yang sedang dilakukan ke atas kerangka pesawat kini dengan perkakasan dan perisian persenjataan pintar berasaskan bus-1760 contohnya JDAM) muatan,

Avionik

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norden 2006, Appendix A.
  2. ^ Military aircraft prices
  3. ^ a b c d e f g Wilson 2000, p. 46.
  4. ^ a b c d e f g Eden 2004, p. 294.
  5. ^ a b Frost, Patricia (11 May 2000). "Boeing to Produce Remanufactured Harriers for Spanish Navy" (Siaran akhbar). Boeing. Diarkibkan daripada asal pada 23 January 2012. Dicapai 6 July 2011. 
  6. ^ Cook, Kathleen; LeMond-Holman, Ellen (5 December 2003). "Nations Pursue Joint Program Office to Manage Global Boeing Harrier II Fleet" (Siaran akhbar). Boeing. Diarkibkan daripada asal pada 14 September 2011. Dicapai 2 August 2011. 
  7. ^ Goodman, Al (18 March 2003). "Spain: No combat role in Iraq war". CNN. Diarkibkan daripada asal pada 30 August 2013. Dicapai 30 August 2013. 
  8. ^ Wolf, Jim (27 February 2009). "Lockheed says interest growing in F-35 fighter". Reuters. Diarkibkan daripada asal pada 4 July 2013. Dicapai 20 July 2011. 
  9. ^ Hoyle, Craig (20 July 2010). "Farnborough: Face the Facts with Steve O'Bryan". Flightglobal. Diarkibkan daripada asal pada 8 March 2012. Dicapai 31 October 2011. 
  10. ^ Ing, David (28 May 2014). "Spain to extend AV-8B Harrier service life". Jane's Defence Weekly. Surrey, UK: Jane's Information Group. 51 (27). ISSN 0265-3818. 
  11. ^ "España se queda sin el portaaviones Príncipe de Asturias". Tradición Digital (dalam bahasa Spanish). 6 February 2013. Diarkibkan daripada asal pada 21 December 2013. Dicapai 21 December 2013. 
  12. ^ "Landing Ships and Helicopter Docks: New Designs for Multiple Duties". Armada International. Bangkok, Thailand: Media Transasi. 1 August 2013. ISSN 0252-9793. Diarkibkan daripada asal pada 25 December 2013. Dicapai 25 December 2013. With the retirement of the 17,700-tonne Principe de Asturias carrier on February 2013, the Buque de Proyección Estratégica (BPE) or strategic projection ship Juan Carlos I will be Spain’s sole aircraft carrier. 
  13. ^ Norden 2006, Appendix C.
  14. ^ "AV-8B Harrier II". Aerospaceweb.org Aircraft Museum. Dicapai 2006-10-29. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]