Ahmad Fauzee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahmad Fauzee
Latar belakang
Nama lahirAhmad Fauzee bin Abdul Samad
Kelahiran (1952-03-29) 29 Mac 1952 (umur 72)
Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
GenrePop
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengarah
InstrumenVokal
Tahun aktif1980–kini
Syarikat rakaman
WEA Records Sdn. Bhd.
Pengkarya berkait
Azlina Aziz

Ahmad Fauzee (dilahirkan sebagai Ahmad Fauzee bin Abdul Samad; 29 Mac 1952) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengarah filem yang berasal dari Malaysia. Beliau pernah menghasilkan 12 buah album dan juga dua album duet bersama Azlina Aziz yang memuatkan lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan oleh Aziz Jaafar dan Normadiah.

Beliau juga pernah membintangi filem Red Haired Tumbler di Malaya hasil arahan Eddie Pak. Selain itu, beliau juga pernah mengarah filem buat pertama kalinya menerusi filem Kolej 56 yang dikeluarkan pada tahun 1989 di mana lakonan beliau menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-8. . Beliau pernah membikin semula filem Panggilan Pulau yang merupakan lakonan asal P. Ramlee, Normadiah, Nordin Ahmad, Yusof Latiff dan ramai lagi.

Ahmad Fauzee juga terkenal menerusi program popular RTM yang menampilkan pelbagai artis lain dalam nyanyian secara beramai-ramai seperti Uji Rashid dan Shah Rezza iaitu Mekar Sejambak pada pertengahan tahun 80an.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 29 Mac 1952 di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan pernah menuntut pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Beliau dilihat gemar menjayakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan budaya semasa di sekolah menengah. Beliau juga pernah bekerja di sebuah syarikat penerbangan dari Malaysia di samping aktif dalam bidang nyanyian.[1]

Beliau merupakan seorang peminat P. Ramlee dan pernah menganggotai kumpulan Pancasitara 3 setelah ditawarkan oleh syarikat rakaman Warnada. Beliau juga pernah merakamkan album dan mengambil keputusan untuk berhenti daripada pekerjaan asalnya pada tahun 1985.[2] Beliau terpaksa berhenti kerja kerana banyak menerima tawaran untuk membuat persembahan terutamanya daripada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk program Mekar Sejambak. Beliau telah berkahwin dengan Ayu Abdullah dan dikurniakan dua orang anak iaitu Ahmad Zidane dan Ahmad Zicran.[3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album duet[sunting | sunting sumber]

Album runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • Kolej 56 (1989)
  • Panggilan Pulau (1994)
  • Jimi Asmara (1995)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1989 Kolej 56 Rosman Filem pertama dan bertindak sebagai pengarah, penyanyi dan pelakon
1994 Red Haired Tumbler di Malaya Deen Mohd
1994 Panggilan Pulau Zulkifli Filem ini merupakan pembikinan semula hasil daripada filem Panggilan Pulau

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Gerak Khas (Musim 15) (Episod: "Agenda Rahsia") Samsuddin/Sam TV3 Beliau memegang watak sebagai Sam, seorang ketua kumpulan elit yang melakukan agenda jahat dengan menyebarkan fitnah di media sosial
2016 Dia Semanis Honey Tan Sri Aminuddin Astro Ria
Dia Semanis Honeymoon
7 Hari Mencintaiku Dato' Razman TV3 Bapa saudara kepada Sofi dan adik kepada Johari
2017 Hero Seorang Cinderella Tengku Ismadi Astro Ria Bapa kepada Tengku Ian

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Dia Semanis Honey Raya Tan Sri Aminuddin Astro Ria

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Dia Semanis Honey Muzika Tan Sri Aminuddin

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Penghargaan kepada Warner Music Diarkibkan 2009-11-30 di Wayback Machine Utusan Malaysia (29 November 2009). Dicapai pada 29 Jun 2010.
  2. ^ Dennis Chua (20 Januari 2017). The day Ahmad was forced to sing New Straits Times. Dicapai pada 29 Jun 2017.
  3. ^ Khadijah Ibrahim (15 Ogos 2007). "Ahmad Fauzee bikin filem lagi". Utusan Online. Dicapai pada 21 November 2012.[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]