Ahmad Shah Hussein Tambakau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Ahmad Shah.
YBhg Datuk
Ahmad Shah Datuk Hussein Tambakau
PGDK, BSK (Sab)
Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
Memegang jawatan
20 Julai 2018
MenteriMohammadin Ketapi
Didahului olehNg Yen Yen
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
Dalam jawatan
1983–1986
Didahului olehMuhyiddin Yassin
Digantikan olehZulhasnan Rafique
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Keningau, Sabah
Dalam jawatan
1982–1986
Didahului olehStephen Robert Evans
Digantikan olehJoseph Pairin Kitingan
Butiran peribadi
Parti politikPKR (2013-kini)
BERJAYA (-1991)
PasanganDatin Jeanette Tambakau
Anak-anakKaiyeesha Tambakau
PekerjaanAhli politik

Yang Berbahagia Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau adalah Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia[1] yang telah dilantik pada 20 Julai 2018[2] lalu. Beliau juga adalah mantan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan[3] dan mantan Ahli Parlimen Keningau, Sabah.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Keningau, Sabah untuk satu penggal dari 1982-1986 lalu. Kemudian, beliau telah digantikan oleh Joseph Pairin Kitingan yang memenangi kerusi tersebut pada tahun 1986.

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau telah bertanding di kerusi DUN Bingkor, Sabah atas tiket PKR yang ketika itu dalam Pakatan Rakyat.[4] Dalam pertandingan 4 penjuru tersebut, beliau telah tewas dan kerusi tersebut telah dimenangi oleh Jeffrey Kitingan, adik kepada Joseph Pairin Kitingan.

Selepas politik[sunting | sunting sumber]

Setelah Pakatan Harapan memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohammadin Ketapi telah melantik beliau sebagai Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).[5]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah anak kepada Datuk Hussein Tambakau dari Sabah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]