Jalaluddin Alias
Jalaluddin Alias SMW (Wilayah Persekutuan); DPNS (Negeri Sembilan); PGDK (Sabah); DNS; JP | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan | |
Menyandang jawatan 24 Ogos 2023 | |
Portfolio |
|
Menteri Besar | Aminuddin Harun |
Kawasan pilihan raya | Pertang |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Portfolio | Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan |
Menteri Besar | Mohamad Hasan |
Kawasan pilihan raya | Pertang |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Pertang | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Noor Azmi Yusof |
Majoriti |
|
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Didahului oleh | Razak Mansor |
Digantikan oleh | Noor Azmi Yusof |
Majoriti |
|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Jelebu | |
Menyandang jawatan 16 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Zainudin Ismail |
Majoriti | 8,125 (2022) 2,045 (2018) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Klawang | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Shamsul Bahari @ Ramli Mat |
Digantikan oleh | Yunus Rahmat |
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Shahidan Kassim |
Didahului oleh | Edmund Santhara Kumar Ramanaidu |
Digantikan oleh | jawatan dihapuskan |
Jawatan dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | |
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Negeri Sembilan | |
Menyandang jawatan 22 Mac 2023 | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Mohamad Hassan |
Ahli Majlis Tertinggi | |
Menyandang jawatan 2018 | |
Pengerusi UDA Holdings Berhad | |
Dalam jawatan 2020–2021 | |
Didahului oleh | Hisham Hamdan |
Digantikan oleh | Norliza Abdul Rahim |
Maklumat peribadi | |
Lahir | (1963-09-05) 5 September 1963 (umur 61) Jelebu |
Parti politik | |
Pasangan | Datin Seri Hajah Maziah Haji Mohd Nor |
Pekerjaan | Ahli politik |
Yang Berhormat Datuk Seri Haji Jalaluddin Haji Alias (lahir 05 September 1963) ialah seorang ahli politik Malaysia dari BN-UMNO. Beliau kini berkhidmat sebagai EXCO Kanan Negeri Sembilan, ADUN Pertang dan Ahli Parlimen Jelebu. Di peringkat parti beliau merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan menggantikan Mohamad Hassan dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu[1].
Politik
[sunting | sunting sumber]Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004 (PRU-11) beliau bertanding di DUN Klawang dan menang di DUN tersebut mengalahkan calon PAS dengan majoriti 1,308 undi.
Beliau bagaimanapun tidak dicalonkan pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 (PRU-12).
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 (PRU-13), beliau bertanding di DUN Pertang dan berjaya mengalahkan calon daripada PKR dengan majoriti 2,163 undi. Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Dato' Seri Mohamad Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu. Portfolio yang dipegangnya ialah EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar.
Semasa Pilihan raya umum Malaysia 2018 (PRU-14) beliau bertanding di parlimen Jelebu. Beliau berjaya mengekalkan kerusi itu dengan mengalahkan calon daripada parti PH-AMANAH dan calon PAS sebanyak majoriti 2,045 undi. Beliau berkhidmat sebagai ahli parlimen pembangkang dari tahun 2018-2020
Semasa kerajaan Perikatan Nasional (Gabungan PN,BN,GPS,PBS,BEBAS) mengambil alih kerajaan, beliau dilantik menjadi Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA). Sebuah syarikat berkaitan kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MDAC).
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Parlimen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Jelebu | Jalaluddin Alias | BN (UMNO) | 21,805 | Zulkefly Mohamad Omar | PH (AMANAH) | 13,680 | 8,215 |
Zaharuddin Baba Samion | PN (BERSATU) | 9,596 | ||||||
Ahmad Fakhri | GTA (PUTRA) | 253 | ||||||
2018 | Jalaluddin Alias | BN (UMNO) | 19,062 | Mustafa Ab Kadir | PH (AMANAH) | 17,017 | 2,045 | |
Norman Ipin | PAS | 2,878 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
[sunting | sunting sumber]Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | Pertang | Jalaluddin Alias | BN (UMNO) | 5,634 | Amirudin Hassan | PN (PAS) | 2,844 | 2,790 |
2013 | Jalaluddin Alias | BN (UMNO) | 5,090 | Muhamad Syamwill Mertadza | PKR | 2,927 | 2,163 | |
2004 | Klawang | Jalaluddin Alias | BN (UMNO) | 3,555 | Jaaman Abu | PAS | 2,247 | 1,308 |
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Wilayah Persekutuan
- Darjah Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.) - Datuk Seri (2021)
- Negeri Sembilan
- Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.) - Dato' (2014)
- Sabah
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.) - Dato' (2007)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
|
Parti komponen Barisan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
- Kelahiran 1963
- Orang hidup
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-11
- Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-15