Shahruddin Md Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Datuk Dr.

Shahruddin Md Salleh

PMW (WP); KMN; PhD
Shahruddin Md Salleh.png
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sri Gading, Johor
Memegang jawatan
10 Mei 2018
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Abdul Aziz Kaprawi (UMNO - BN)
Majoriti3,288 (2018)
Timbalan Menteri Kerja Raya
Dalam jawatan
9 Mac 2020 – 4 Jun 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
MenteriYang Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Didahului olehYang Berhormat Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir
Digantikan olehEddin Syazlee Shith
Kawasan pilihan rayaSri Gading
Timbalan Menteri Wilayah
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
MenteriPakatan-harapan-logo.jpg Parti Amanah Negara Flag.svg Khalid Abdul Samad
Didahului olehBarisan Nasional.png Ppplogo.gif Loga Bala Mohan Jaganathan
Digantikan olehYang Berhormat Dato' Sri Dr. Edmund Santhara Kumar Ramanaidu
Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Dalam jawatan
7 September 2016 – 27 September 2018
PresidenPakatan-harapan-logo.jpg Bendera BERSATU.svg Tan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehPakatan-harapan-logo.jpg Bendera BERSATU.svg Marzuki Yahya
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Jorak
Dalam jawatan
28 April 2008 – 6 April 2018
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Samat Aripin
Digantikan olehPAS logo.svg Najib Lep (Bukit Pasir (kawasan negeri)
Kawasan pilihan rayaJorak
Butiran peribadi
Lahir (1956-05-15) 15 Mei 1956 (umur 64)
KerakyatanMalaysia
Parti politikUMNO (Malaysia).svg UMNO (sehingga 2016)
Bendera BERSATU.svg PPBM (2016 – 19 Julai 2020)
BEBAS (19 Julai 2020 – 7 Ogos 2020)
PPTA Party Logo.svg PPTN (7 Ogos 2020 – kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional.png BN (sehingga 2016)
Pakatan Harapan Logo.svg PH (2016-2020)
Logo Perikatan Nasional.svg PN (Feb 2020-Jun 2020)
PasanganDatin Sharifah Junaidah Sheikh Aljunid[1]
PekerjaanAhli politik
AnugerahP.M.W & K.M.N

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh[2] ialah seorang ahli politik Malaysia dari Ahli Parlimen Sri Gading yang menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Wilayah (2018–2020) dan Timbalan Menteri Kerja Raya (Mac–Jun 2020) Malaysia. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan juga merupakan mantan Ahli Dewan Negeri Johor bagi kawasan Jorak di Muar. Beliau kini diletakkan di blok bebas bersama-sama ahli parlimen Bebas yang lain merupakan bekas ahli BERSATU.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Institut Terjemahan & Buku Malaysia pada tahun 2010 sehinggalah dipecat pada November 2016[3] oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Mahdzir Khalid kerana menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Setiausaha Agung.

Pada 2 Julai 2018, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Wilayah.[4] Pada 24 Februari 2020 sejurus selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia, tugas-tugas anggota pentadbiran negara dihentikan pada hari yang sama.[5][6]

Pada 9 Mac 2020, beliau antara yang diumumkan dilantik dalam Kabinet Malaysia 2020 sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.[7][8]

Pada hari Jumaat 29 Mei, beliau dan Mohd Redzuan Md Yusof (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dilaporkan mahu mengadakan sidang media berkenaan kedudukan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan peletakan jawatan dalam Kabinet Malaysia. Keesokan harinya pula, beliau menyatakan bahawa khabar angin mengenai keputusan beliau untuk meninggalkan gabungan Perikatan Nasional (PN) adalah tidak benar.[9] Namun tiga hari kemudian pada hari Selasa 2 Jun, beliau yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyatakan ketersediaannya meninggalkan PN lalu kembali kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) andai dapat menjamin parti tersebut "kuat dan terus hidup".[10][11]

Pada hari Khamis 4 Jun, beliau mengumumkan peltakan jawatan beliau sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuat kuasa serta-merta. Peletakan jawatan beliau adalah kerana menyertai kerajaan PN dikatakannya "kurang tepat".[12][13]

Pada 19 Julai 2020, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan keputusan memecat Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Sharuddin Mat Salleh daripada keahlian parti itu. Tindakan tersebut di ambil ekoran beliau mengeluarkan notis pemakluman pertukaran kedudukan kerusi beliau di Dewan Rakyat daripada blok kerajaan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat. Berikutan itu, beliau menegaskan keahlian Sharuddin telah terhenti serta-merta menurut fasa 12.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu.[14]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Johor: N8 Jorak P143 Pagoh[15][16][17][18][19]
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
2008 Shahruddin Md Salleh (UMNO) 10,097 63.21% Othman Hashim (PAS) 5,493 34.39% 15,974 4,604 75.48%
2013 Shahruddin Md Salleh (UMNO) 12,663 57.43% Nor Hayati Bachok (PAS) 8,937 40.53% 22,049 3,726 87.10%
Parlimen Malaysia: P149 Sri Gading, Johor[16][20][21]
Tahun Kerajaan Undian Peratusan Pembangkang Undian Peratusan Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
2018 Shahruddin Md Salleh (PPBM) 21,511 48.58% Abd Aziz Kaprawi (UMNO) 18,223 41.15% 45,193 3,288 86.71%
M. Ash'ari Sidon (PAS) 4,548 10.27%

Anugerah[sunting | sunting sumber]

 Malaysia

  • MY Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (Defender of the Realm) - SMN.svg Kesatria Mangku Negara (KMN)

 Wilayah Persekutuan

  • MY-FED Darjah Mahkota Wilayah - Knight Commander - PMW.svg Panglima Mahkota Wilayah (PMW) - Datuk

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Timbalan Menteri dan pasangan
  2. ^ "Maklumat Ahli Parlimen". Portal Rasmi Parlimen Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  3. ^ Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dipecat sebagai pengerusi ITBM Malaysian Review 24 Oktober 2017
  4. ^ "13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri angkat sumpah". BH Online. 2 Julai 2020. Diarkib daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  5. ^ "Semua jawatan menteri Kabinet, timbalan menteri dan setiausaha politik dihentikan". Astro Awani. 24 Februari 2020. Diarkib daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  6. ^ Kementerian Wilayah Persekutuan [kw_seriwilayah] (25 Februari 2020). "Seluruh warga kerja Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi juga mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YB Tuan Haji Khalid Bin Abdul Samad dan YB Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh atas budi dan jasa selama menerajui KWP dan agensi. #kwpmalaysia" (Tweet). Diarkib daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020 – melalui Twitter.
  7. ^ "Fadillah ketuai semula Kementerian Kerja Raya". BH Online. 9 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  8. ^ "Pengumuman Pembentukan Kabinet Baharu Kerajaan". Pejabat Perdana Menteri Malaysia. 9 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  9. ^ Yusmizal Dolah Aling (31 Mei 2020). "'Saya jumpa negarawan, pengasas parti' - Shahruddin". myMetro. Diarkib daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  10. ^ Zulhisham Isahak (2 Jun 2020). "'Saya sedia tinggalkan PN demi survival Bersatu'". Sinar Online. Diarkib daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  11. ^ Zulhisham Isahak (2 Jun 2020). "Nasihat Ketua Armada Sri Gading buat Shahruddin..." Sinar Online. Diarkib daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  12. ^ "Timbalan Menteri Kerja Raya letak jawatan". Astro Awani. 4 Jun 2020. Diarkib daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  13. ^ Mohd Anwar Patho Rohman (4 Jun 2020). "Shahruddin letak jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya". BH Online. Foto oleh Essa Abu Yamin. Diarkib daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  14. ^ Bersatu pecat Ahli Parlimen Sri Gading, Sinar Harian, Dicapai pada 19 Julai 2020
  15. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 14 April 2010. Percentage figures based on total turnout, including votes for third parties. Results before Malaysian General Election, 1986 unavailable.
  16. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 Malaysian general election.
  17. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  18. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkib daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  19. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 October 2014.
  20. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link) Percentage figures based on total turnout.
  21. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 25 Mac 2020. Percentage figures based on total turnout.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]