Bingkor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bingkor
Pekan dan Mukim
Deretan Kedai Pekan Bingkor dan tamu Pekan Bingkor
Bendera Bingkor
Bendera
Lokasi bagi Bingkor
Negara  Malaysia
Negeri  Sabah
Bahagian Pedalaman
Laman web www.sabah.gov.my/md.kgu www.sabah.gov.my/pd.kgu

Bingkor adalah sebuah pekan kecil yang terletak di utara daerah Keningau. Ia terletak kira-kira 8 hingga 12 kilometer dari pusat bandar Keningau dan 48 kilometer dari daerah Tambunan. Majoriti penduduknya ialah dari kalangan masyarakat Dusun dan hampir keseluruhannya beragama Kristian yang berdenominasi Katolik, Sidang Injil Borneo Dan Gereja Yesus Benar. Terdapat juga beberapa penganut agama Islam dan denominasi Kristian yang lain serta yang masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka. Terdapat pembahagian kecil untuk sub-kaum Dusun di Pekan ini seperti kaum Dusun Gana dan Dusun Kuyau.

Bingkor juga dikenali dalam sejarahnya sebagai tempat asal Gunsanad, sang pahlawan Dusun.

Rumah Besar Sodomon merupakan mercu tanda Pekan Bingkor dan juga menjadi kebangaan rakyat Keningau khususnya

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat sekolah yang ada di sekitar pekan dan mukim ini seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor dan Sekolah Kebangsaan Bingkor. Di kawasan pekan ini, terdapat juga pusat keagamaan seperti Gereja dan Masjid. Sebagai contoh Gereja Katolik St. Mary's, Gereja Katolik St. James Bunsit (dalam pembinaan), Gereja Katolik St.John's Jaya Baru, Gereja Katolik St. Thomas Rasul Kuangoh, Gereja Katolik St.Markus Kampung Baru, Gereja St. Bernadette Binaong, Gereja Sidang Injil Borneo Tuntumulud dan Sandapak, Gereja Yesus Benar Tuntumulud dan Masjid Al-Hidayah Pekan Bingkor.

Kemudahan infrastruktur seperti yang terdapat di kawasan Pekan Bingkor ini juga ialah Gimnasium Rakyat, Pusat Internet, Pondok Polis, Tadika, Taska, Mahkamah Anak Negeri, Pejabat Urusetia N33 Bingkor, deretan kedai serta pasar tamu yang terletak di dalam kawasan Dewan Terbuka Pekan Bingkor.

Terdapat juga kemudahan kesihatan yang ada disediakan seperti Klinik Kesihatan Bingkor yang beroperasi seperti waktu pejabat. Terdapat juga Pejabat Koperasi Pembangunan Desa atau KPD di pekan ini.

Tempat Menarik[sunting | sunting sumber]

Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pengunjung ialah seperi Taman Rekreasi dan Sungai Bandukan, Keningau yang sentiasa riuh dengan kehadiran orang ramai kerana tarikan pemandangannya dan air sungainya yang cantik. Selain itu, terdapat kolam-kolam memancing yang semakin terkenal kerana penganjuran pertandingan-pertandingan memancing seperti Kolam Aki-Aki dan Kolam Si Daddy.

Kampung Sekitar[sunting | sunting sumber]

Antara kampung-kampung yang terdapat di sekitar pekan ini ialah Kampung Bingkor Lama dan Baru, Kampung Singgah Mata, Kampung Sasaei, Kampung Bungkaon, Kampung Sandapak, Kampung Tuntumulud, Kampung Bandukan Baru, Kampung Minansut, Kampung Buang Sayang, Kampung Antolob, Kampung Bunsit dan Kampung Bandukan Lama.

Terdapat juga beberapa di Kampung yang bernaung di bawah nama Mukim Bingkor seperti Kampung Kuangoh, Kampung Kumawanan, Kampung Berungis, Kampung Jaya Baru, Kampung Baru, Kampung Lipasu, Kampung Binaong dan sebagainya.

Mukim Bingkor meliputi satu kawasan yang besar dan yang mempengaruhi kepadatan dan jumlah penduduk di Daerah Keningau dan mukim ini khususnya.

Peneraju Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Pekan Bingkor merupakan naungan bagi Dewan Undangan Negeri N33 Bingkor dan di bawah jagaan Parlimen Keningau atau P180 Keningau bersama-sama dengan DUN Liawan dan Tambunan. Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR merupakan parti yang menerajui kepimpinan di kawasan ini setelah memenangi Pilihanraya Umum atau PRU-14 pada Mei 2018 yang lalu dengan jumlah pengundi keseluruhan sebanyak 4,552 daripada 9,480. Sebanyak 78.28 peratus warga N33 Bingkor telah keluar mengundi pada waktu itu.





Koordinat: 5°24′N 116°12′E / 5.400°N 116.200°E / 5.400; 116.200