Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33
PenghargaanPelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio, pelawak
PenajaBerita Harian
TV3
Tarikh13 November 2020
LokasiAxiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
NegaraMalaysia
Pengacara
Anugerah pertama1987
Kini dipegang olehHaqiem Rusli (Bintang Paling Popular 2020)[2]
Laman web rasmiwww.abpbh.com.my
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3
  • ← ke-32
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33
  • ke-34 →

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 ialah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke-33 oleh Berita Harian. Tema yang dipilih untuk edisi kali ini ialah #ABPBHKITA2020, diadakan dalam budaya norma baharu berikutan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. ABPBH 33 diadakan pada 13 November 2020 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di TV3.[3] Buat pertama kali dalam sejarah ABPBH, acara kemuncak anugerah ini akan diadakan secara langsung menerusi aplikasi TikTok.[4][5]

Penyampai dan penghibur[sunting | sunting sumber]

Penyampai[sunting | sunting sumber]

Nama Menyampaikan
Tabah Sazwan Othman Suara latar
Shaheizy Sam Artis Baharu Wanita Popular, Artis Baharu Lelaki Popular, dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
Wany Hasrita Penyampai Radio Popular dan Pengacara TV Popular
Zul Ariffin Artis Versatil Popular dan Artis Komedi Popular
Ramlah Ram Penyanyi Wanita Popular Xiaomi dan Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi
Kategori Online Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom Popular, Artis Kontroversi Popular, dan FC FANtastik Popular
Saiful Apek Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular
Siti Nordiana Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular
Nabila Huda
AC Mizal
Saidon Idris
Ahmad Zaini Kamaruzzaman
Shamshul Azree Samshir
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Rosyam Nor Bintang Paling Popular

Penghibur[sunting | sunting sumber]

Nama Mempersembahkan
Mohamad Sharhan Syazwan Mohd Ashri Pengarah muzik
Khir Rahman
Joey Daud
Nora Danish
Kaka Azraff
Liza Abdullah
Man
Syamsul Yusof
Sketsa Kita Jaga Kita
"Satu Kalimah"
Zynakal
YonnyBoii
Azlan Typewriter
"Sakit"
"Kelabu"
"Jangan Khianati Aku"
Aina Abdul
Indah Ruhaila
Lan Solo
Tomok
"Terlanjur Cinta"
"Boneka"
"X Missing U"
YonnyBoii
Shalma Eliana
"Xiaomi For Me!"
DOLLA "Lovesick Girls"
Syamel "Salahku"
Elly Mazlein
Faizal Tahir
Zizi Kirana
"4 Dara"
Ernie Zakri
Hafiz Suip
Tribute untuk Francissca Peter
"Aku Hanya Pendatang"
"Sekadar di Pinggiran"
"Kehebatan Cinta"
Azlina Aziz
Liza Aziz
Noki K-Clique
"Wajah Siapa di Hatimu"
"Pengorbanan"
"Bermula Cerita"
Naim Daniel
Ismail Izzani
Man Keedal
"Adakah Kau Menungguku"
"Sembah"

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Undian awal bagi ABPBH 32 bermula pada 7 Oktober 2020 di laman web rasmi ABPBH dan boleh dilakukan secara percuma, pakej langganan digital BH dan undian menerusi Xiaomi.[6][7] Terdapat perbezaan dalam proses undian di mana peminat perlu memilih calon Top 20 yang bakal bersaing dan akan ditentukan pada malam kemuncak ABPBH 33.[8] Tema yang dipilih bagi edisi ke-33 anugerah ini ialah #ABPBHKITA2020.[4][9][10]

ABPBH edisi kali ini akan dianjurkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia serta mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.[11] Menurut Pengarang Kumpulan BH merangkap penaung ABPBH 33, Saidon Idris dalam satu kenyataan yang dikeluarkan:

"Tema #ABPBHKITA2020 menggambarkan situasi yang sedang kita alami sekarang iaitu norma baharu dalam kehidupan. Kini, kitalah yang menjadi petugas barisan hadapan untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19. BH sebagai pihak penganjur dan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran ABPBH pada tahun ini memainkan peranan yang sangat penting untuk ‘kita jaga diri kita’. Matlamat ABPBH dalam setiap penganjurannya akan memastikan terselit mesej berguna dalam tema yang diangkat. Kami di BH akan memastikan legasi acara anugerah ini terus terpelihara serta lebih gemilang setiap tahun walau dalam apa situasi yang dihadapi,".[4]

Sebanyak 13 kategori utama yang bakal dipertandingkan iaitu Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Versatil Popular, Artis Komedi Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular.[4]

Turut dipertandingkan ialah lima kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom, Artis Kontroversi Popular dan FC FANtastik Popular.[4]

Buat pertama kali dalam sejarah penganjuran ABPBH, majlis anugerah telah dilancarkan secara maya[12] dan akan diadakan secara langsung menerusi aplikasi TikTok.[13]

Pengarang hiburan BH, Shamsul Azree mengumumkan dalam rancangan Melodi pada 1 November 2020 bahawa ABPBH ke-33 akan diadakan secara maya tanpa peminat dan kelab peminat bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.[14]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Sehari sebelum penganjuran, ABPBH ke-33 menjadi subjek kecaman apabila Parti Islam SeMalaysia (PAS) cawangan Kedah yang menggesa agar anugerah itu dibatalkan penganjurannya kerana pihak PAS mengambil kira situasi terkini pandemik COVID-19 dan kekangan ekonomi. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut mengemukakan pembatalan anugerah itu. Meskipun cadangan pembatalan itu, ABPBH ke-33 tetap diadakan seperti yang dijadualkan.[15][16][17] Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaacob dilaporkan berkata ABPBH 33 tidak tersenarai dalam aktiviti terlarang semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).[18]

Shahiezy Sam yang memenangi Bintang Paling Popular sebanyak 3 kali, dikecam akibat budi bicara beliau dan pemakaian vape tatkala menyampaikan anugerah pada siaran langsung. Rata-rata netizen menggesa Kementerian Kesihatan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap adik ipar ahli politik Sabah, Bung Mokhtar Radin.

Calon[sunting | sunting sumber]

Catatan: Senarai calon Top 20 diumumkan pada 2 November 2020.[19] Nama pemenang ditebalkan.[20]

Kategori utama[sunting | sunting sumber]

Artis Baharu Lelaki Popular Artis Baharu Wanita Popular Penyanyi Lelaki Popular Penyanyi Wanita Popular
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular Pelakon Filem Lelaki Popular Pelakon Filem Wanita Popular Pelakon TV Lelaki Popular
Pelakon TV Wanita Popular Artis Versatil Popular Artis Komedi Popular Pengacara TV Popular
Penyampai Radio Popular

Kategori dalam talian[sunting | sunting sumber]

Gandingan Serasi Drama Popular Gandingan Serasi Filem Popular Lagu Paling Boom Popular
Artis Kontroversi Popular FC FANtastik Popular
  • adamleenizers
  • alifsatarofficialfc
  • arasquadrasmi
  • cmsecretfans
  • djlinfollowers
  • emanizers_thenizers
  • wlfs4eva
  • fattastic_squad
  • feekryers
  • fl88rwers
  • intanadmirers
  • officially_izzuezerss
  • janna_nicker
  • 302family
  • khaibaharempire
  • mawarians_official
  • radinrangers
  • sherryliciousfc
  • sitinordianafc
  • teamsgs
  • sweetqisminizers
  • wanyhasnizers
  • ztf_official
  • sitizoner

Rakan dan penaja rasmi[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "AC, Nabila gegar ABPBH 33". Berita Harian. 8 November 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
  2. ^ "Haqiem Rusli rangkul trofi Bintang Paling Popular ABPBH 33". Berita Harian. 13 November 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
  3. ^ "[FULL] Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 33 #ABPBHKITA2020". Dicapai pada 2020-11-17.
  4. ^ a b c d e Wartawan HM (7 Oktober 2020). "ABPBH 33 dalam norma baharu". Harian Metro. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
  5. ^ "Anugerah Bintang Popular Berita Harian kembali untuk edisi ke-33 November ini". Kopiplanet. 7 Oktober 2020. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
  6. ^ Budiey (7 Oktober 2020). "Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-33 dalam budaya norma baharu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
  7. ^ Zaidi Mohamad (10 Oktober 2020). "ABPBH 33 platform perkenal produk". Berita Harian. Dicapai pada 19 Oktober 2020 – melalui MSN News.
  8. ^ "Undian ABPBH 33 bermula hari ini". Berita Harian. 7 Oktober 2020. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
  9. ^ "#Showbiz: ABPBH33 returns with new norm" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 7 Oktober 2020. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
  10. ^ "ABPBH back in new norm #ABPBHKITA2020 theme" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 8 Oktober 2020. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
  11. ^ "Calon ABPBH ajak patuhi SOP". Berita Harian. 10 Oktober 2020. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
  12. ^ "ABPBH cipta sejarah". Anugerah Bintang Popular Berita Harian. 6 Oktober 2020. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
  13. ^ "Norma Baharu ABPBH 33 dengan anugerah khas buat peminat". Anugerah Bintang Popular Berita Harian. 9 Oktober 2020. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
  14. ^ Budiey (2 November 2020). "ABPBH 33 diadakan secara virtual tanpa kehadiran peminat dan kelab peminat". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 6 November 2020.
  15. ^ "PAS gesa batal Anugerah Bintang Popular". Harakah. 12 November 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
  16. ^ Nozina Yahya (12 November 2020). "Yadim gesa ABPBH dibatalkan". Sinar Harian. Dicapai pada 14 November 2020.
  17. ^ "Walau banyak pihak desak batal, ABPBH tetap dijayakan". Malaysiakini. 14 November 2020. Dicapai pada 20 November 2020.
  18. ^ Ramieza Wahid (12 November 2020). "Ismail Sabri: Anugerah Bintang Popular bukan aktiviti terlarang". Malaysiakini. Dicapai pada 20 November 2020.
  19. ^ "Kejutan ABPBH 33 diumum esok". Harian Metro. 1 November 2020. Dicapai pada 13 November 2020.
  20. ^ "Keputusan senarai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33". Iluminasi. 13 November 2020. Dicapai pada 14 November 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]