Fara Hezel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fara Hezel
Nama lahirNurfaraazira binti Yusri
Juga dikenali sebagai
Fara Hazel, Aziera Yusri
Kelahiran (1996-05-08) 8 Mei 1996 (umur 23)
Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2016–kini
Syarikat rakaman
Aries Music

Nurfaraazira binti Yusri (lahir 8 Mei 1996) atau lebih dikenali sebagai Fara Hezel (kadangkala dieja Fara Hazel) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta program Big Stage[1] dan kakak kepada penyanyi Aiman Tino.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bakat beliau mula dikesan ketika berusia tiga tahun, namun rezeki lebih berpihak kepada adiknya, Aiman.[3] Fara menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Sissy Imann, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Andi Bernadee dan Wani Kayrie. Nasib tidak menyebelahi beliau, apabila menjadi peserta pertama tersingkir.[4][5][6][7]

Persembahan Big Stage[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan Big Stage 2018
Konsert Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 "Setiaku Pasti" Dirinya sendiri Kekal
Minggu 2 "Cinta Tersimpul Rapi" Anis Suraya Tersingkir

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Fara lahir dan membesar di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Beliau menamatkan pengajian Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak pada 7 Oktober 2018.[8]

Beliau sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan pelakon Erry Putra, namun hubungan mereka berakhir kerana tidak direstui keluarga.[9]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2017
"Setiaku Pasti"
2018
"Rindu Dalam Benci"
Duet bersama Wany Hasrita
"Ku Pasrah"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  • Cikgu Pencen (2019)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hanisah Selamat (27 Ogos 2018). Fara Hezel tak serik mencuba Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2018.
  2. ^ Farhana Ab Rahman (3 Julai 2017). Fara Hezel tak mahu tumpang populariti Aiman Tino Berita Harian. Dicapai pada 3 Julai 2017.
  3. ^ Norhayati Nordin (19 Ogos 2018). Bukan lagi 'kakak Aiman' Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2018.
  4. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  5. ^ Amri Hassan (13 Ogos 2018). Big Stage: Jadi Peserta Pertama Tersingkir, Fara Hezel Terkilan Kerana ..... Astro Gempak. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  6. ^ Ifqdar Rahman (12 Ogos 2018). Fara Hezel mangsa pertama penyingkiran Big Stage 2018 Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  7. ^ Ifqdar Rahman (13 Ogos 2018). Fara Hezel elak jadi mangsa penyingkiran pertama Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  8. ^ Zaidi Mohamad (7 Oktober 2018). Saya berjaya berkat doa ibu, bapa - Fara Hezel Berita Harian. Dicapai pada 7 Oktober 2018.
  9. ^ Muhamad Fairoz Azizan (22 Mei 2018). Keluarga tak restu cinta Erry Putra, Fara Hezel Berita Harian. Dicapai pada 22 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]