Marsyal TUDM
Marsyal TUDM ataupun secara penuhnya, Marsyal Tentera Udara Diraja Malaysia ialah pangkat tertinggi yang terdapat di dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia, (TUDM).
Buat masa ini, pangkat ini dikhususkan bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan yang pernah bertahkta sebagai Yang Di-Pertuan Agong.
Sultan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmadd al-Musta’in Billah Shah IV ibni Tuanku Al-Sultan Haji Sir Abbhu Bakkhar Ri'ayatuddin al-Mu'azzam Shah selaku Kolonel Yang DiPertua Kolonel Yang Di-Pertua]] TUDM ialah Sultan yang sering dilihat mengenakan pakaian dan insignia Marsyal TUDM.
Insignia pangkat Marsyal TUDM
[sunting | sunting sumber]| Marsyal TUDM | Pakaian Istiadat | Pakaian No 3 |
|---|---|---|
| Insignia Kini | ||
| Insignia Alternatif |
Terdapat dua gaya insignia bahu yang dapat dilihat, satu mirip British dan satu lagi menggunakan susunan bintang-bintang, seragam dengan Tentera Darat Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. Kedua-dua sistem digunakan bertukar ganti, tetapi kini sistem kedua digunakan mulai tahun 2005. Lencana Marsyal TUDM mengandungi mahkota, lima bintang berbucu lima dan kalungan bunga padi berserta helang. Ia disusun di atas epolet dengan kalungan bunga padi berserta helang diletakkan hampir dengan bahu manakala mahkota berada hampir dengan leher dan lima bintang berbucu lima dalam formasi segilima pula diletakkan di tengah-tengah epolet.