Amirul Faqeem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amirul Faqeem
Kelahiran
Amirul Faqim bin Ahmad Zulkepre

(1990-10-13) 13 Oktober 1990 (umur 33)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Komunikasi Korporat
Pusat pendidikanUniversiti Selangor (UNISEL)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2007–kini
PasanganNatasya Rose (2022 hingga kini)

Amirul Faqim bin Ahmad Zulkepre[1] (lahir 13 Oktober 1990) atau lebih dikenali sebagai Amirul Faqeem merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.[2] Beliau dicungkil melalui Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) dan terkenal dengan watak lakonannya sebagai Fariz dalam drama Love You Mr. Arang.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya Amirul Faqeem dalam bidang lakonan bermula selepas beliau menjadi salah seorang finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) yang turut disertai oleh Syazuwan Hassan, Nafiz Muaz, Shuhanty Hanafiah dan Jaja Iliyes.[4] Selepas DFKL 2016 tamat, beliau ditawarkan berlakon dalam siri drama Bagaikan Kelip-Kelip yang bersiaran di TV9; melakonkan watak sebagai Sufiyan.

Beliau mula mencapai kemasyhuran menerusi gandingannya bersama Hanna Aqeela dalam drama adaptasi novel, Love You Mr. Arang yang bersiaran di TV3 yang mana beliau memegang watak sebagai Fariz.

Amirul berlakon dalam tiga drama TV dalam tahun 2018—bermula dengan Vila Ghazara, diikuti oleh Isteriku Mem Besar dan Terbaik Dariku.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Mariam Alisa Ustaz Haiqal TV3
Bagaikan Kelip-Kelip Sufiyan TV9 Dikreditkan sebagai Amirul Faqim
Love You Mr. Arang Fariz TV3
2017 Suamiku Paling Sweet Ikram
Nahu Rindu
Mencari Mel Dan Ayu TV1
2018 Vila Ghazara Azrel TV3
Isteriku Mem Besar Zain
Terbaik Dariku Aidil
2019 Plan Cinta Irsyad
2021 Sabarlah Duhai Hati Firdaus

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Baju Berkancing Peniti TV3
Hanya Aku
2017 Pengemis Itu Saudara Aku Iqbal
Sakit Hanif
2018 Azam Ameng
2019 Resort Berhantu Ikram Telefilem untuk DFKL 2019

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) Finalis

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Festival Kuala Lumpur 2017 kembali dengan tema #CeritaKita". Utusan Borneo (Sarawak). 23 Januari 2017. Dicapai pada 29 Ogos 2018 – melalui PressReader.
  2. ^ "Biodata Amirul Faqeem". Azhan.co. 12 Mac 2018. Dicapai pada 21 September 2018.
  3. ^ Ardini Sophia Sina (12 Februari 2017). "Amirul kian ligat". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 29 Ogos 2018.
  4. ^ Nurul Fadila Awaludin (9 Jun 2017). "Harapan wajah baharu penghias televisyen". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 29 Ogos 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]