Angkara Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Angkara Cinta
Genre
Berdasarkan daripada
Tayong Dalawa oleh ABS-CBN
Ditulis oleh
  • Amor Rizan
  • Rehal Nuharis
  • Dayang Kartinah Said
  • Akmal Nahar
PengarahHadith Omar
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Angkara" oleh Siti Nordiana
Lagu penutup"Angkara" oleh Siti Nordiana
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod115
Penerbitan
PenerbitMichael Ang
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Juita Viden
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal2 November 2020 – 9 April 2021

Angkara Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Hadith Omar, dibintangi oleh Wanna Ali, Meerqeen dan Hun Haqeem. Diadaptasi dari telenovela Filipina, Tayong Dalawa ("Hanya Kita Berdua") terbitan ABS-CBN, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara Astro Prima bermula 2 November 2020 sehingga 9 April 2021.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Menceritakan tentang dua susuk yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan. Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan.

Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama. Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama.

Mariani (ibu Haqeem) dan Razlan bernikah di sempadan dan Razlan melarikan diri ketik Mariani mengandungkan Haqeem. Razlan rupanya berkahwin dengan Indah dan mendapat seorang anak, Luqman. Razlan dilarang oleh ibunya untuk kembali kepada Mariani dan membuat cerita yang Mariani sudah keguguran.

Akhirnya, setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik satu bapa. Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Apatah lagi, Indah tidak selesa dengan kehadiran Mariani dalam hidup mereka.

Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira. Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu?

Apakah Indah akan berdiam diri? Tidak mungkin dia akan membenarkan Razlan membawa Mariani ke dalam hidup mereka. Apatah lagi, ia melibatkan harta kekayaan mereka yang mungkin akan turut dinikmati Mariani dan Haqeem kelak. Bagaimana Adira mahu memilih cinta hatinya? Antara Luqman dan Haqeem, siapa yang berjaya memiliki Adira?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Watak pembantu[sunting | sunting sumber]

Watak kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

  • Nur Auni Zahra sebagai Adira (kecil)
  • Syed Irfan sebagai Luqman (kecil)
  • Gen Darwish sebagai Haqeem (kecil)

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Menurut pengarah Hadith, Angkara Cinta dianggarkan berbaki dalam lebih kurang 100 hari lagi selepas ditambah 45 episod menjadikan jumlah keseluruhan 115 episod. "Kalau ikutkan drama ini cuma 70 episod, tapi ditambah menjadi 115 episod. Penggambaran untuk 70 episod sudah selesai dengan mengambil masa 167 hari. Jadi, apabila bertambah 45 episod, ia memakan masa lebih kurang 100 hari lagi".[2][3][4]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Vandalisme tapak arkeologi[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2021, pasukan penerbitan drama ini dikesan melakukan pencerobohan haram dan vandalisme di Gua Matsoorat, sebuah gua serta tapak arkeologi tumpuan di kawasan Gunung Lang, Ipoh, Perak.[5] Penemuan oleh pihak pengawas kawasan menemui kerosakan ketara di gua tersebut, termasuk patahnya sebuah fosil haiwan herbivor prasejarah, contengan di dinding gua yang memiliki lukisan-lukisan prasejarah dan pembuangan sampah secara sesuka hati.[6][7] Kru produksi Angkara Cinta mengaku bertanggungjawab ke atas vandalisme dan memohon maaf serta bersedia membayar ganti rugi atas kerosakan yang berlaku.[5]

Susulan kejadian ini, kerajaan negeri Perak melalui Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri ketika ini sedang berbincang dan meneliti dengan pihak bertanggungjawab untuk menentukan kos tuntutan ganti rugi.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Angkara Cinta". MyInfoTaip. 1 November 2020. Dicapai pada 2 November 2020.
  2. ^ PKP: Produksi drama Angkara Cinta 'sangkut' di Ipoh Harian Metro. Dicapai 22 Januari 2021.
  3. ^ "Drama adaptasi 'Angkara Cinta' disambung 45 episod". Astro Mediaroom. 8 Februari 2021. Dicapai pada 30 Mac 2021.
  4. ^ "Drama adaptasi Angkara Cinta disambung 45 episod lagi". Utusan Borneo. 10 Februari 2021. Dicapai pada 30 Mac 2021.
  5. ^ a b Bunyan, John (27 Mac 2021). "Authorities confirm Gua Matsoorat's intrusion which damaged fossil, says 'discussed' matter with alleged perpetrator". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mac 2021.
  6. ^ Loh, Ivan (18 Mac 2021). "Fossil teeth in Gua Matsoorat found damaged after video crew visits cave". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mac 2021.
  7. ^ Salleh, Zaki (26 Mac 2021). "Syarikat produksi rosakkan fosil Gua Matsoorat". Kosmo!. Dicapai pada 27 Mac 2021.
  8. ^ "Kerosakan Gua Matsoorat, Perak tuntut ganti rugi". Berita Harian. 1 April 2021. Dicapai pada 2 April 2021.