Asid fosfoenolpiruvik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Asid fosfoenolpiruvik
Nama
Nama IUPAC pilihan
Asid 2-(fosfonooksi)prop-2-enoik
Nama lain
Asid fosfoenolpiruvik, PEP
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ChEBI
ChemSpider
DrugBank
ECHA InfoCard 100.004.830
KEGG
UNII
  • InChI=1S/C3H5O6P/c1-2(3(4)5)9-10(6,7)8/h1H2,(H,4,5)(H2,6,7,8) ☑Y
    Key: DTBNBXWJWCWCIK-UHFFFAOYSA-N ☑Y
  • O=C(O)C(OP(=O)(O)O)=C
Sifat
C3H5O6P
Jisim molar 168.042
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Fosfoenolpiruvat (2-fosfoenolpiruvat, PEP) ialah sebuah asid karboksilik terbitan enol piruvat dan fosfat. Ia wujud sebagai anion. PEP ialah satu bahan perantara penting dalam biokimia. Ia memiliki fosfat tenaga tertinggi (−61.9 kJ/mol) yang ditemui dalam organisma, dan terlibat dalam glikolisis dan glukoneogenesis. Dalam tumbuhan, ia juga terlibat dalam biosintesis pelbagai sebatian aromatik, dan penetapan karbon; dalam bakteria, ia juga digunakan sebagai sumber tenaga bagi sistem fosfotransferase.[1][2]

Glikolisis[sunting | sunting sumber]

PEP terbentuk melalui tindakan enzim enolase terhadap asid 2-fosfogliserik. Metabolisme PEP menjadi asid piruvik oleh piruvat kinase (PK) menjana adenosina trifosfat (ATP) melalui pemfosforilan tahap substrat. ATP ialah antara bahan kimia tenaga terutama dalam sel.

2-fosfo-D-gliserat Enolase fosfoenolpiruvat Piruvat kinase piruvat
   
H2O ADP ATP
H2O
   

Glukoneogenesis[sunting | sunting sumber]

PEP terbentuk daripada penyahkarboksilan oksaloasetat dan hidrolisis satu molekul guanosina trifosfat. Tindakan balas ini dimangkinkan oleh enzim fosfoenolpiruvat karboksikinase (PEPCK). Tindak balas ini ialah tindak balas langkah pengehad kadar dalam glukoneogenesis:[3]

GTP + oksaloasetat → GDP + fosfoenolpiruvat + CO2

Dalam tumbuhan[sunting | sunting sumber]

PEP mungkin digunakan dalam sintesis korismat melalui laluan syikimat.[4] Korismat kemudiannya dapat dimetabolismekan menjadi asid amino (fenilalanina, triptofan dan tirosina) serta sebatian aromatik lain. Langkah pertama adalah ketika fosfoenolpiruvat dan eritrosa-4-fosfat bertindak balas lalu membentuk 3-deoksi-D-arabinoheptulosonat-7-fosfat (DAHP) dalam tindak balas dimangkinkan DAHP sintase.

Biosintesis DAHP daripada fosfoenolpiruvat dan eritrosa-4-fosfat

Selain itu, dalam tumbuhan C4, PEP berfungsi sebagai substrat penting dalam penetapan karbon. Persamaan kimia seperti yang dimangkinkan oleh fosfoenolpiruvat karboksilase (PEP karboksilase) ialah:

PEP + HCO
3
→ oksaloasetat

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Berg, Jeremy M.; Tymoczko, Stryer (2002). Biochemistry (ed. 5th). New York: W.H. Freeman and Company. ISBN 0-7167-3051-0.
  2. ^ Nelson, D. L.; Cox, M. M. "Lehninger, Principles of Biochemistry" 3rd Ed. Worth Publishing: New York, 2000. ISBN 1-57259-153-6.
  3. ^ "InterPro: IPR008209 Phosphoenolpyruvate carboxykinase, GTP-utilising". Dicapai pada 2007-08-17.
  4. ^ "BioCarta - Charting Pathways of Life". Dicapai pada 2007-08-17.