Pergi ke kandungan

Athena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Athena
Salinan marmar Yunani bertanda "Antiokhos" merupakan salinan pertama Phidias yang asalnya kurun pertama S.M.. kini berada di Acropolis
Salinan marmar Yunani bertanda "Antiokhos" merupakan salinan pertama Phidias yang asalnya kurun pertama S.M.. kini berada di Acropolis
Dewi kebijaksanaan, peperangan dan kemahiran[1]
Dewi penaung Athens[1]
KediamanGunung Olympus
SimbolBurung hantu
Ibu bapaZeus dan Metis
Adik beradikAres, Apollo, Artemis, Dionysus, Eileitheyia, Enyo, Eris, Rhadamanthus, Hephaestus, Herakles, Hermes, Persephone, Muse, Minos, Perseus, Hebe, Helen
Persamaan RomMinerva

Athena atau Athene ( Attic: Ἀθηνᾶ, Athēnā atau Ἀθηναία, Athēnaia; Epik: Ἀθηναίη, Athēnaiē; Ionik: Ἀθήνη, Athēnē; Dorik: Ἀθάνα, Athana; ), juga dirujuk sebagai Pallas Athena (Παλλάς Αθηνά), adalah dewi tamadun, kebijaksanaan, kekuatan, strategi, kemahiran, keadilan dan pertukangan dalam mitologi Yunani. DIa juga merupakan kawan yang bijaksana bagi pahlawan dan dewi pahlawan. Dia adalah perawan dan pelindung kota Athens yang turut dinamakan atau dikaitkan[2] sempenanya; warga-warga kota ini membina suatu binaan pemujaan ditempatkan khusus di kota ini iaitu Parthenon.[3]

Dewi ini sepadan dengan Minerva dalam kepercayaan Romawi.[3]

Asal-usul

[sunting | sunting sumber]

Pemujaan terhadap Athena sebagai pelindung kota Athena tampaknya telah ada sejak masa kuno dan sangat kental sehingga mitos-mitos kuno mengenai dirinya beradaptasi terhadap perubahan budaya. Filsuf Yunani, Plato (429–347 SM), mengaitkan dewi ini dengan dewi Libya, Neith, dewi perang dan perburuan dari Mesir sejak zaman pradinasti, dan menghubungkannya dengan kegiatan menenun.

Sejarawan Yunani, Herodotos (484–425 SM), juga menyebutkan bahawa penduduk Sais Mesir menyembah seorang dewi bernama Neith;[4] dan mereka mengidentikannya dengan Athena.[5][6] Beberapa orang Yunani juga mengenal tempat kelahiran Athena adalah di sisi sungai Triton di Libya.[7] Sejarawan klasik Martin Bernal membuat "Teori Athena Berkulit Hitam" (Athena yang berasal dari Libya) untuk menjelaskan asal mula ini dengan menyatakan bahawa kepercayaan dewi Neith dibawa ke Yunani dari Mesir melalui "sejumlah besar peradaban dan kebudayaan pada milenium kedua dan ketiga.."[8] Athena sebagai dewi falsafah menjadi sebahagian pemujaan pada akhir abad kelima dan masa Yunani klasik.[9]

Athena merupakan pelindung para penenun dan petukang rajin; senjata-senjata besi yang dikerjakan para petukang ini juga dipercayai masuk dalam perlindungannya. Selain itu, dia juga memimpin pertempuran.[10] Dalam perang, Athena berperanan sebagai sisi strategi dan disiplin berlawanan saudaranya Ares yang melambangkan sisi jahat perang (yakni kekejaman, rasa haus darah dan pembunuhan).[11] Meskipun Athena adalah dewi strategi perang tetapi dia membenci pertarungan tanpa tujuan dan lebih memilih menyelesaikan masalah dengan kebijaksanaan.[12] Athena hanya berperang untuk tujuan yang jelas dan layak atau untuk menyelesaikan konflik.

Athena muncul dalam banyak cerita mitologi Yunani sebagai penolong para pahlawan, termasuk Odisseus, Iason, dan Herakles. Dia tidak memiliki pasangan dan tidak menikah.[13] Sebuah mitos kuno menyebutkannya sebagai dewi yang menjadikan Erekhtheus/Erikhthonios, anak kelahiran Gaia hasil senyawaan Hephaistos, sebagai anak angkatnya.[14]

  1. ^ a b "Athena". Myths Encyclopedia. Dicapai pada 2009-11-24.
  2. ^ "Apakah sang dewi yang dinamai berdasarkan nama kota atau sebaliknya masih diperdebatkan" (Burkert 1985:139)
  3. ^ a b Deacy, Susan, dan Alexandra Villing. Athens di Dunia Klasik. 1st ed. Koninklijke Brill NV, Leiden, The Netherlands: Brill, 2001. Cetak.
  4. ^ "masyarakat tersbeut memiliki dewi untuk sang pendiri kota mereka; dia disebut sebagai Neith, dan menurut mereka itu adalah dewi yang sama dengan dewi Athena dari Yunani; mereka sangat menyukai orang-orang Athena, dan mereka mengatakan bahwa mereka dan bangsa Athena memiliki ikatan tertentu". ( Timaios 21e)
  5. ^ Timaios 21e
  6. ^ Historia 2:170–175
  7. ^ Aesch. Eum. 292-293. Cf. the tradition that she was the daughter of Neilos: see, e.g. Clem. Alex. Protr. 2.28.2; Cic. Nat. D. 3.59.
  8. ^ M.Bernal,Black Athena: The Afroasiatic Roots of Classical Civilization(New Brunswick: Rutgers University Press, 1987),21,51-53.
  9. ^ Walter Burkert, Greek Religion 1985:VII "Philosophical Religion".
  10. ^ C.J. Herrington, Athena Parthenos and Athena Polias. Manchester: Manchester University Press, 1955.
  11. ^ Darmon."Athena and Ares".Chicago and London: University of Chicago Press, 1978.
  12. ^ Loewen, Nancy (1999). Athena.
  13. ^ S.Goldhill.Reading Greek Tragedy(Aesch.Eum.737).Cambrdige:Cambridge University Press,1986.
  14. ^ Pseudo-Apollodorus, Bibliotheke 3.14.6.

Sumber purba

[sunting | sunting sumber]
  • Augustine, De civitate dei xviii.8–9
  • Cicero, De natura deorum iii.21.53, 23.59
  • Eusebius, Chronicon 30.21–26, 42.11–14
  • Lactantius, Divinae institutions i.17.12–13, 18.22–23
  • Livy, Ad urbe condita libri vii.3.7
  • Lucan, Bellum civile ix.350

Sumber moden

[sunting | sunting sumber]
  • Burkert, Walter, 1985. Greek Religion (Harvard).
  • Graves, Robert, (1955) 1960. The Greek Myths revised edition.
  • Kerenyi, Karl, 1951. The Gods of the Greeks (Thames and Hudson).
  • Harrison, Jane Ellen, 1903. Prolegomena to the Study of Greek Religion.
  • Palaima, Thomas, 2004. "Appendix One: Linear B Sources." In Trzaskoma, Stephen, et al., eds., Anthology of Classical Myth: Primary Sources in Translation (Hackett).
  • Ruck, Carl A.P. and Danny Staples, 1994. The World of Classical Myth: Gods and Goddesses, Heroines and Heroes (Durham, NC).
  • Telenius, Seppo Sakari, 2005 and 2006. Athena-Artemis.
  • Trahman, C.R., 1952. "Odysseus' Lies ('Odyssey', Books 13-19)" in Phoenix, Vol. 6, No. 2 (Classical Association of Canada), pp. 31–43.
  • Ventris, Michael and John Chadwick, 1973. Documents in Mycenaean Greek (Cambridge).
  • Friel, Brian, 1980. Translations

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]