Badak sumbu Kerbau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Badak Kerbau)
Lompat ke: pandu arah, cari
Badak sumbu Kerbau/Sumatera[1]
Sumatran rhinos
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Perissodactyla
Famili: Rhinocerotidae
Genus: Dicerorhinus
Gloger, 1841
Spesies: D. sumatrensis
Nama binomial
Dicerorhinus sumatrensis
(Fischer, 1814)[3]
Taman Negara National Park Tabin Wildlife Reserve Gunung Leuser National Park Kerinci Seblat National Park Bukit Barisan Selatan National Park Way Kambas National ParkSumatran rhino range
Kawasan habitat liar Badak sumbu Sumatera. Sila klik pada kawasan habitat semasa, seperti yang ditunjukkan dalam titik-titik berwarna merah, untuk membuka rencana luar berkaitan kehidupan badak sumbu.[4]
Subspecies
  • D. s. harrissoni Groves, 1965
  • D. s. sumatrensis Fischer, 1814
  • D. s. lasiotis Buckland, 1872

Badak sumbu Kerbau atau juga dikenali sebagai Badak Sumbu Sumatera (bahasa Inggeris: Sumatran Rhinoceros) ialah spesies badak yang terkecil saiznya di dunia serta merupakan salah satu haiwan yang terlindung. Ia terdapat dari kaki gunung Himalaya sehingga ke Myanmar, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Nama sainsnya Dicerorhinus sumatrenesis.[5], [6]

Badak sumbu kerbau/Sumatera adalah spesies terakhir badak sumbu yang masih wujud di Malaysia. Sepupu genus terdekat, Badak sumbu Jawa telah pupus di Tanah Melayu, kali terakhir dilihat pada tahun 1932.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Rauhohr-Nashorn-drawing.jpg

Berat seekor badak sumbu kerbau dewasa adalah antara 530 kilogram hingga 750 kilogram. Ketinggian bahunya ialah 1.2 meter. Kulitnya kasar, tebal, berlipat-lipat dan berwarna kekelabuan. Ketebalan kulitnya antara 5 milimeter hingga 14 milimeter. Berbeza dengan badak-badak lain, badak kerbau mempunyai dua sumbu.

Badak sumbu kerbau ialah haiwan mamalia yang biasanya hidup sendirian dalam habitat yang lembap dan teduh. Haiwan herbivor ini makan pucuk dan daun-daun muda pokok tertentu. Ia sering berkubang untuk menyejukkan badan, menghalang lalat pikat menghisap darahnya serta mengelakkan jangkitan penyakit kulit. Tetapi sekiranya badak kerbau ini terlalu lama terdedah di bawah cahaya matahari, kulitnya akan menipis.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Penerokaan hutan telah memusnahkan habitat badak sumbu kerbau dan menghalangnya kembali ke tempat pasangannya untuk mengawan. Hal ini menjejaskan pembiakan badak sumbu kerbau. Selain itu, badak sumbu kerbau juga menjadi mangsa pemburu haram yang membunuh untuk mendapatkan sumbunya. Sumbu badak ini telah dikatakan boleh dijadikan ubat untuk menambahkan tenaga dan menyejukkan badan.

Dianggarkan kurang daripada 300 ekor badak kerbau masih kekal pada hari ini (2005), kebanyakannya dalam hutan kelompok kecil di Indonesia dan Malaysia. Sekitar 70 ekor hidup liar di hutan Semenanjung Malaysia, kebanyakannya di Taman Negara Malaysia.

Menyedari ancaman terhadap spesies badak ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Malaysia telah membuka sebuah pusat pemeliharaan badak sumbu Kerbau di Hulu Selangor, Selangor sejak tahun 1984. Di sini, haiwan ini dipelihara di dalam kandang yang menyerupai habitat asalnya. Ada juga yang dilepaskan dalam kawasan seluas 10 hektar untuk tujuan pembiakan.

Badak sumbu Kerbau telah diisytiharkan sebagai salah satu daripada 12 haiwan yang paling diancam kepupusan di dunia oleh Pemuliharaan Semulajadi dan Sumber Semulajadi Antarabangsa (International Conservation of Nature and Natural Resources). Dalam "Persidangan Pakar Badak Asia 1987" (The Asian Rhino Specialist Group Conference), subspesies Harrisoni (Dicerorhinus sumatrensis harrissoni) yang hanya terdapat di Borneo telah dianggapi sebagai subspesies yang paling terancam.

Pupus di habitat liar di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Ogos 2015, dalam satu siri laporan penyelidikan yang diterbitkan di Oryx, Jurnal Pemuliharaan Antarabangsa. Sekumpulan saintis dari Universiti Copenhagen, Denmark telah menulis bahawa selain dua (2) ekor badak sumbu Sumatera yang hidup dalam tangkapan pada tahun 2011 dan 2014, tiada lagi tanda-tanda yang menunjukkan bahawa haiwan ini masih hidup bebas di hutan belantara di Malaysia, walaupun usaha menjejaki kelibat haiwan ini sudah dijalankan bertahun-tahun, namun tiada rekod ia dijumpai.[7] Laporan penyelidikan ini telah disediakan dan ditelaah secara bersama oleh 11 orang pakar pemuliharaan.[8]

Seorang penyiasat dari Pusat Makroekologi, Evolusi dan Iklim, Universiti Copenhagen, Rasmus Gren Havmøller, berkata:

"Sehingga Jun 2015, tiada tanda-tanda bahawa spesies ini dijumpai di Sabah, ia selamat untuk mengatakan tidak lagi wujud spesies ini di habitat liar di Malaysia. Hanya terdapat tiga ekor badak sumbu Sumatera dalam kurungan di Malaysia, semuanya dalam hutan di negeri Sabah. Kali terakhir dijumpai spesies ini di Semenanjung Malaysia adalah pada tahun 2007."[9]

Beliau menambah, "Kini semuanya bergantung kepada kurang daripada 100 ekor haiwan ini wujud di Sumatera dan Kalimantan, terdapat 9 ekor haiwan ini yang masih hidup dalam kurungan di Indonesia, Malaysia dan Amerika Syarikat. Adalah penting untuk menjaga kelangsungan hidup spesies ini supaya dapat ditonton oleh masyarakat terluas, beerti satu program bersepadu perlu dijalankan melepasi sempadan negara dan antarabangsa untuk memaksimumkan keseluruhan kadar kelahiran spesies ini, termasuk juga yang kini masih tinggal dalam kurungan. Zon pengurusan intensif adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan spesies ini." [10]

Beberapa dekat kebelakangan ini, usaha pemuliharaan mencapai kegagalan kerana penurunan drastik spesies ini, kemuncaknya hilang 50 peratus atau lebih populasi sedekat sejak tahun 1990. [11]

Havmøller menambah spesies ini perlu diselamatkan dari menjadi mangsa pemburuan haram yang hanya menginginkan sumbu badak sahaja. [12]

Penulis dan koordinator Strategi Tindakan Gajah dan Badak WWF Asia, Christy Williams, menyatakan, satu usaha telah dijalankan di india bagi menyelamatkan harimau dari kepupusan dengan pertolongan Perdana Menteri India, Mahatma Gandhi, dengan melancarkan projek harimau. Presiden Indonesia, Joko Widodo juga telah mengadakan program intervansi bagi membantu mengembalikan badak sumbu Sumatera pada kadar kawalan.[13]

Dr Payne, salah seorang dari 11 orang penulis laporan, kini sedang bekerja bersama Kerjaan Negeri Sabah, untuk membuatkan badak sumbu betina mengandung secara tiruan. Beliau menegaskan jika tiada sebarang embrio badak dapat dibuat (paling lewat) hingga pertengahan tahun 2017, kebarangkalian besar ia akan pupus terus di Sabah dan Malaysia.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Templat:MSW3 Perissodactyla
  2. van Strien, N.J., Manullang, B., Sectionov, Isnan, W., Khan, M.K.M, Sumardja, E., Ellis, S., Han, K.H., Boeadi, Payne, J. & Bradley Martin, E. (2008). Dicerorhinus sumatrensis. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 28 November 2008.
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Taxhistory tidak disediakan
  4. Derived from range maps in:
    • Foose, Thomas J. and van Strien, Nico (1997). Asian Rhinos – Status Survey and Conservation Action Plan. IUCN, Gland, Switzerland, and Cambridge, UK. ISBN 2-8317-0336-0. 
      and
    • Dinerstein, Eric (2003). The Return of the Unicorns; The Natural History and Conservation of the Greater One-Horned Rhinoceros. New York: Columbia University Press. ISBN 0-231-08450-1. 
      This map does not include unconfirmed historical sightings in Laos and Vietnam or possible remaining populations in Burma.
  5. Proceedings of the Symposium on the Conservation and Management of Endangered Plants and Animals: Bogor, Indonesia, 18-20 June 1986, Charles Santiapillai, Kenneth Roy Ashby, Southeast Asian Regional Center for Tropical Biology, 1987 - Wildlife conservation - 246 pages
  6. Big game of Malaya: their types, distribution and habits, E. C. Foenander, Batchworth Press, 1952 - Big game animals - 208 pages
  7. Rasmus Gren Havmøller, Junaidi Payne, Widodo Ramono, Susie Ellis, K. Yoganand, Barney Long, Eric Dinerstein, A. Christy Williams, Rudi H. Putra, Jamal Gawi, Bibhab Kumar Talukdar and Neil Burgess. Will current conservation responses save the Critically Endangered Sumatran rhinoceros Dicerorhinus sumatrensis?. , available on CJO2015. doi:10.1017/S0030605315000472.
  8. Dockrill, P. (2015). The Sumatran rhino is now considered extinct in the wild in Malaysia. ScienceAlert. Retrieved 21 August 2015, from http://www.sciencealert.com/the-sumatran-rhino-is-now-considered-extinct-in-the-wild-in-malaysia
  9. Dockrill, P. (2015). The Sumatran rhino is now considered extinct in the wild in Malaysia. ScienceAlert. Retrieved 21 August 2015, from http://www.sciencealert.com/the-sumatran-rhino-is-now-considered-extinct-in-the-wild-in-malaysia
  10. Dockrill, P. (2015). The Sumatran rhino is now considered extinct in the wild in Malaysia. ScienceAlert. Retrieved 21 August 2015, from http://www.sciencealert.com/the-sumatran-rhino-is-now-considered-extinct-in-the-wild-in-malaysia
  11. Dockrill, P. (2015). The Sumatran rhino is now considered extinct in the wild in Malaysia. ScienceAlert. Retrieved 21 August 2015, from http://www.sciencealert.com/the-sumatran-rhino-is-now-considered-extinct-in-the-wild-in-malaysia
  12. Dockrill, P. (2015). The Sumatran rhino is now considered extinct in the wild in Malaysia. ScienceAlert. Retrieved 21 August 2015, from http://www.sciencealert.com/the-sumatran-rhino-is-now-considered-extinct-in-the-wild-in-malaysia
  13. Dockrill, P. (2015). The Sumatran rhino is now considered extinct in the wild in Malaysia. ScienceAlert. Retrieved 21 August 2015, from http://www.sciencealert.com/the-sumatran-rhino-is-now-considered-extinct-in-the-wild-in-malaysia
  14. Lee, P. (2015). Sumatran Rhino vanishes from Malaysian jungles - Nation | The Star Online. Thestar.com.my. Retrieved 21 August 2015, from http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/21/Sumatran-Rhino-extinct-msia/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]