Baton (simbol tentera)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jean-Baptiste Jourdan memegang baton marsyalnya. Pada tahun 1813, batonnya telah dirampas oleh tentera British selepas Pertempuran Vitoria.[1]

Baton istiadat ini berupa sebatang tongkat pendek yang bulat, diperbuat dari kayu atau logam, merupakan lambang tradisi bagi seseorang Fil Marsyal atau pegawai tinggi tentera yang seumpamanya, dan dibawa sebagai satu kelengkapan pakaian seragam mereka. Baton tersebut dibezakan daripada tongkat swagger kerana lebih tebal dan tanpa sebarang fungsi yang praktikal. Tongkat kuasa boleh dicacak atas tanah manakala baton tidak. Berlainan dengan cogan diraja yang bertahkta pada hulu atas dengan lambang helang atau bulatan, baton biasanya berhulu rata.

Palet Narmer menunjukkan Firaun Narmer sedang memegang Cokmar.

Dunia purba[sunting | sunting sumber]

Asal-usul baton komander adalah dari masa lampau tetapi menjadi kebiasaan bagi semua masyarakat pastoral dan orang-orang di Mesir dan Rome yang menyukai kerja seni. Dipercayai bahawa sejenis artifak pra sejarah berhias yang dipanggil bâton de commandement mempunyai peranan ini di Zaman Paleolitik Akhir Eropah, tetapi ahli arkeologi menolak teori ini. Di Eropah barat kebanyakan variasi salah seorang konsul menerima baton itu dan ia mewakili keseluruhan pemerintahan kepada orang-orang fasces yang mewakili suku kaum Rom yang merangkumi bangsa Rom. Mengikut zaman ia telah diperluaskan kepada para komander yang memegang kuasa tertinggi, awam dan ketenteraan keatas negeri-negeri republik, dan kemudian dibawah pemerintahan diktator dan akhirnya maharaja.

Sejenis baton yang pendek, berat, berwarna putih merupakan simbol mandat imperial yang diberikan kepada seorang wakil tentera Rom. Dia memegangnya dengan bangga sambil berkata "berada atas kepala anda dan saya" bagi mewakili maharaja.

Ada kemungkinan bahawa batang besi bertulisan rahsia Spartan, iaitu scytale', juga mempunyai kaitan status tentera, wujud sebelum baton Rom, tetapi rujukan terperinci yang pertama di era Plutarch bermula dari zaman Rom.

Zaman pertengahan sehingga zaman moden awal[sunting | sunting sumber]

Baton yang dipegang oleh Jean Poton de Xaintrailles (kiri), dilantik Marsyal Perancis pada tahun 1454

Baton telah diberikan kepada para komander kanan di kebanyakan angkatan tentera Eropah semenjak Zaman Pembaharuan, sebagai kebangkitan semula amalan klasik. Mereka biasanya dikurniakan oleh raja, dan ia selalunya dihasilkan dari logam berseni, walaupun potret lebih awal menunjukkan baton kayu yang kosong, lazimnya lebih panjang dan lebih tipis daripada contoh yang kemudian. Ia juga biasanya dibawa oleh golongan raja apabila bergambar dengan pakaian seragam tentera. Raja-raja Perancis, dan Napoleon, melengkapkan Marsyal Perancis dengan baton berhias, lazimnya dibalut baldu biru bertakhta simbol fleurs-de-lys sebelum Revolusi Perancis, kemudian dengan bintang-bintang atau lebah-lebah Napoleon.

Duke Wellington memiliki pelbagai baton, sejak beliau menyandang pangkat field marshal atau setaraf dengannya dalam lapan negara angkatan tentera Eropah, setiap daripadanya menganugerahkan beliau dengan satu baton. Selain dengan baton Inggerisnya beliau juga telah dikurniakan dengan dua baton British.[2] Sembilan daripada baton itu (berserta dengan beberapa tongkat kuasa) telah dipamerkan di kediamannya, Apsley House (baton Rusia telah dicuri pada 9 Disember 1965 dan belum ditemui).[3][4]

Tsar Alexander I (1801–1825) menganugerahkan lima baton, satu kepada Duke Wellington dan empat kepada jeneral Rusia.[5]

Fil marsyal moden selalunya mempunyai baton yang lebih ringkas untuk dibawa pada waktu kerja biasa, dan juga baton istiadat untuk majlis-majlis yang lebih rasmi.

Prusia dan Empayar Jerman[sunting | sunting sumber]

Baton Istiadat Fil Marsyal/Laksamana Besar[sunting | sunting sumber]

Baton Istiadat Fil Marsyal Prusia 1895

Setelah kematian Arthur Wellesley, Duke Wellington, negeri Prusia memperkenalkan semula baton marsyal pada tahun 1852. Wellington merupakan Fil Marsyal kehormat Tentera Darat Prusia. Sebelum dikebumikan, telah ditetapkan bahawa beliau sepatutnya mendapat sebuah baton marsyal Inggeris di atas kerandanya. Jadi sebuah baton marsyal Prusia telah dibuat secara tergesa-gesa dan diletakkan di atas kerandanya.

Setiap Generalfeldmarschall atau Grossadmiral yang baru dinaikkan pangkat akan dianugerahi dengan dua baton: yang pertama, baton istiadat (Marschallstab), untuk kegunaan majlis-majlis rasmi, dipenuhi dengan perhiasan berharga manakala yang kedua adalah tongkat kuasa (Interimstab) untuk kegunaan harian supaya dapat mengurangkan kelusuhan pada baton istiadat yang lebih berat, sensitif, terdedah, dan sangat mahal. Baton istiadat fil marsyal Prusia yang teragam hias ini berukuran 30 sm panjang, dibalut dengan kain baldu berwarna biru langit yang bertatahkan 20 mahkota diraja emas dan 20 helang heraldik emas secara berselang seli. Kedua-dua hulu baton telah dihiasi dengan penutup berkerawang emas yang di atasnya terterap lambang helang heraldik dan jata Prusia. Kedua-dua penutup emas itu ditatahkan dengan batu-batu delima kecil berwarna merah dan terukir nama si penerima pada pangkalnya. Gambar helang hitam diraja heraldik berlatar putih telah ditempelkan pada ruang dalam baton.

Pada masa itu baton marsyal negeri-negeri Jerman yang lain kebanyakannya menyerupai baton Prusia, dengan perbezaan di negeri Bavaria dan Württemberg .[6]

Tongkat Interim Fil Marsyal[sunting | sunting sumber]

Tongkat interim atau tongkat kuasa fil marsyal (dibawa untuk tugas harian) hanya digunakan oleh angkatan tentera Jerman. Tongkat kuasa ini diilhamkan oleh Kaiser Wilhelm II. Ia dicipta mengikut reka bentuk cambuk kuda dengan beberapa pengubahsuaian yang mewah. Tongkat ini berupa sebatang kayu walnat berwarna hitam atau coklat berukuran 31 inci panjang yang berbingkaikan tombol logam perak pada hulunya. Di bahagian tengah tombol itu diterapkan lambang mahkota kecil emas serta huruf besar Gothic "WII" (untuk Kaiser Wilhelm II dari Prusia) dan moto "furchtlos und treu" (berani dan setia) yang disadur emas. Di bahagian belakang tombol pula diterapkan lambang Helang Heraldik bersadur emas yang besar dan diselang-selikan dengan manik emas dan kekili emas serta kalungan laurel yang berkepalakan sebuah Mahkota Kerajaan yang besar diperbuat dari emas. Terukir pada gelung pangkal tombol ini ialah tulisan timbul emas "Wilhem II" yang lubang dibawahnya diikatkan tali jerumbai berwarna merah, hitam dan perak.

Tongkat kuasa fil marsyal kemudian dikurniakan kepada raja-raja dan para panglima perang Jerman semasa Perang Dunia I, cuma dibezakan ukiran nama dan jata masing-masing. Kadangkala tongkat marsyal dibuat khas, contohnya untuk ulang tahun ketenteraan ke-50 Raja Albert dari Saxony dan untuk hari lahir ke-90 tahun Fil Marsyal Helmuth von Moltke (baton marsyal versi Prusia bertatah berlian).[7]

Reich Ketiga[sunting | sunting sumber]

Baton Istiadat Fil Marsyal/Laksamana Besar[sunting | sunting sumber]

Baton Reichsmarschall Hermann Göring

Sewaktu era Reich Ketiga, Generalfeldmarschall dan Grossadmiral membawa baton-baton istiadat, yang dikeluarkan khas oleh tukang emas Jerman. Tujuh gaya baton telah dianugerahkan kepada 25 individu. Hermann Göring memiliki dua gaya baton yang berlainan untuk pangkat Generalfeldmarschall dan Reichsmarschall.

Kesemua baton, kecuali milik Erich Raeder, telah direka dengan cara yang serupa: batang baton dihiasi dengan Iron Cross dan helang Wehrmacht. Batang baton Luftwaffe (tentera udara) pula dihiasi dengan Balkenkreuz ("salib balkan"), manakala batang baton Kriegsmarine (tentera laut) dihiasi dengan simbol sauh berbelit. Kedua-dua hulu baton telah dihiasi dengan penutup berkerawang.

Tujuh gaya baton Reich Ketiga
  1. Baton pertama telah dikurniakan kepada Field Marshal Werner von Blomberg. Batang baton tersebut dibaluti dengan kain baldu berwarna biru muda. Ia sekarang berada di National Museum of American History di Washington, DC.
  2. Baton tentera udara pertama telah dikurniakan kepada Hermann Göring selepas kenaikkan pangkatnya ke field marshal. Walaupun ia direka menyerupai baton Blomberg dengan batang baldu biru muda, ia mengandungi simbol Balkenkreuz tentera udara. Selain itu, kedua-dua penutup hulunya diterapkan dengan batu berlian kecil yang banyak. Ia sekarang disimpan di National Infantry Museum di Fort Benning, Columbus, Georgia.
  3. Baton seterusnya telah dikurniakan kepada Laksamana Besar Erich Raeder. Batang baton ini mempunyai balutan kain baldu berwarna biru gelap. Baton ini berlainan daripada baton Reich Ketiga yang lain kerana mempunyai corak rantai bersambung yang dijahit atas simbol iron cross, helang dan sauh. Pada penghujung perang, baton tersebut dilaporkan dibuka dan dijual satu persatu.
  4. Sembilan baton tentera darat telah dikurniakan pada musim panas 1940 kepada field marshal yang baru dilantik. Batang baton dibaluti kain baldu merah dan hanya dibezakan dengan tulisan pengenalan pada penutup hulu. Lapan lagi baton gaya ini kemudian telah dikurniakan kepada field marshal lain semasa pelantikkan mereka. Kumpulan baton pertama telah dikeluarkan dengan harga 6,000 RM (kira-kira 30,000 USD pada 2012) setiap satu. Kebanyakkan baton tersebut sekarang berada di muzium atau koleksi peribadi.
  5. Tiga baton tentera udara telah dikurniakan pada musim panas 1940. Batangnya dibaluti kain baldu biru dan simbol Balkenkreuz, dibezakan hanya dengan tulisan individu pada penutup hulu. Satu lagi baton gaya ini telah dikurniakan pada tahun 1943. Baton tentera udara tahun 1940 adalah sedikit lebih mahal daripada baton tentera darat tahun 1940.
  6. Satu-satunya baton tentera laut yang lain telah dikurniakan kepada Laksamana Besar Karl Dönitz. Batang baton itu dibaluti kain baldu berwarna biru gelap dan diterapkan simbol U-boat pada salah satu penutup hulunya. Ia sekarang berada di Shropshire Regimental Museum, Shrewsbury, UK, dan telah disumbangkan oleh Mejar Jeneral J. B. Churcher, yang menangkap Dönitz pada penghujung perang dan mengambil baton itu.
  7. Satu-satunya baton Reichsmarschall telah dikurniakan kepada Hermann Göring pada musim panas 1940. Walaupun rupa bentuknya sama dengan baton lain tahun 1940, ia menerapkan material yang luar biasa. Batangnya diperbuat daripada gading gajah putih, bukan lagi logam yang dibaluti kain baldu. Penutup hulu diperbuat dari platinum dengan tulisan penggelangan dan lebih 600 batu berlian kecil. Baton itu dikeluarkan dengan harga 22,750 RM (kira-kira 130,000 USD pada tahun 2012). Ia sekarang berada di West Point Museum Tentera Darat AS, Highland Falls, NY.

Tongkat Interim Fil Marsyal[sunting | sunting sumber]

Tongkat interim atau tongkat kuasa adalah sama dengan Tentera Darat dan Tentera Udara dan serupa dengan kepunyaan Prusia. Perbezaannya ialah ia mempunyai tombol licin dan buah oak sebagai puncaknya. Ia dihiasi dengan helang Wehrmacht. Dalam Reich Ketiga, tongkat kuasa ini dikurniakan buat pertama kalinya pada 20 April 1936, kepada Werner von Blomberg, yang juga merupakan Fil Marsyal pertama dibawah Hitler. Tongkat ini berukuran 31 inci panjang, berupa sebatang kayu mahogani hitam yang berbingkaikan tombol yang diperbuat dari logam perak. Pada bahagian depan tombol ini ia diterapkan satu lambang helang Wehrmacht yang besar bersadur emas dan pada bahagian belakang diterapkan satu Iron Cross perak berenamel hitam manakala dua helang Reichsadler kecil bersadur emas diterapkan sedikit atas diantara kedua-dua bahagian tombol ini. Di atas tombol diperbuat puncak berbentuk buah oak daripada perak. Terukir pada gelung pangkal tombol ialah tulisan timbul "von Blomberg" yang gelang dibawahnya diikatkan tali jerumbai berwarna merah, hitam dan perak. Perbezaan tongkat kuasa hanyalah nama penerima dan lambang pada tombol yang mengikut perkhidmatan masing-masing.

Zaman moden[sunting | sunting sumber]

Baton moden Marsyal Perancis.

Baton tradisi India Aymara dipaparkan dalam suatu majlis pelantikkan alternatif bagi presiden peribumi pertama Bolivia (Evo Morales) pada Januari 2006.

Di United Kingdom dan negara-negara komanwel terpilih tradisi diteruskan bagi mereka yang dilantik field marshal; Walaubagaimanapun, sejak tahun 1997 dengan pelantikkan Baron Inge hanya terdapat perlantikkan kehormat pangkat itu disebabkan konflik bersenjata yang sedikit.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Howe tidak disediakan
  2. ^ "Batons [of] the Late Duke of Wellington". The Illustrated London News No. 532. 11 December 1852. Dicapai pada 8 June 2011.
  3. ^ "Duke of Wellington's batons". English Heritage. Dicapai pada 8 June 2011.
  4. ^ Staff 1965, m/s. 2.
  5. ^
    The first [Russian] Field Marshal's baton, the emblem of this high military rank, was given to Count Fedor Golovin in 1700. In the 19th century, during the reign of Alexander I (1801-1825), only four Russian Generals and the Duke of Wellington received the coveted baton. Six were awarded during the reign of Nicholas I (1825-1855), and a further six were issued under Alexander II (1855-1881). No Field Marshals were appointed during the reign of Alexander III (1881-1894) and only four batons were awarded during the reign of Nicholas II (1894-1917), the last being to His Royal Highness King Karl I of Rumania in 1912.
  6. ^ André Stirenberg, André Hüsken: The myth of the marshal's baton. The marshal's baton in Prussian and German history from 1852 to 1945. 2004.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan buch tidak disediakan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Larousse, undated (early 20th century)
  • Shirer, William L. The Rise and Fall of the Third Reich. (several notes of field marshals carrying batons, but not details on construction)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]