Generalfeldmarschall

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Baton marsyal Prusia, dianugerahkan kepada Kaiser Franz Joseph I dari Austria tahun 1895.

Generalfeldmarschall (Bahasa Melayu: jeneral fil marsyal, fil marsyal jeneral, atau Fil Marsyal; Mengenai bunyi ini listen ; disingkatkan pada Feldmarschall) adalah sejenis pangkat dalam tentera darat beberapa negeri Jerman dan Empayar Suci Rom; didalam Monarki Habsburg, Empayar Austria dan Austria-Hungary, pangkat Feldmarschall ini telah digunakan. Pangkat ini setaraf dengan Grossadmiral (Bahasa Melayu: Laksamana Besar) dalam Kaiserliche Marine dan Kriegsmarine, sejenis pangkat lima bintang, setanding dengan OF-10 dalam tentera laut NATO hari ini.

Empayar Suci Rom[sunting | sunting sumber]

Gelaran Kaiserlich-Königlicher Feldmarschall ("Fil Marsyal Diraja dan Imperial") digunakan dalam statut Empayar Suci Rom untuk menggambarkan pegawai kanan tentera.[1]

Empayar Austria dan Austria-Hungary[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: Senarai fil marsyal Austria

Pangkat ini wujud didalam Empayar Austria sebagai Kaiserlicher Feldmarschall ("Fil Marsyal Imperial") dan didalam Empayar Austria-Hungary sebagai Kaiserlicher und königlicher Feldmarschall ("Fil Marsyal Diraja dan Imperial"). Kedua-duanya berdasarkan pada penggunaan dalam Empayar Suci Rom. Rajanya menyandang pangkat ex officio (kerana jawatan), pegawai-pegawai lain dinaikkan pangkat seperti yang diperlukan. Antara tahun 1914 dan 1918, 10 orang mendapat pangkat ini, 4 daripadanya adalah ahli kerabat dinasti Habsburg yang sedang memerintah.

Jerman[sunting | sunting sumber]

Replika baton Generalfeldmarschall Wolfram Freiherr von Richthofen

Empayar Prusia dan Empayar Jerman[sunting | sunting sumber]

Didalam Tentera Darat Prusia-Jerman dan kemudian didalam Wehrmacht, pangkat Generalfeldmarschall memiliki beberapa keistimewaan, seperti diangkat menjadi golongan bangsawan, sama pangkat protokol dengan menteri kabinet, hak melapor terus kepada raja, dan mendapat pengiring tetap.

Pada tahun 1854, pangkat Kolonel Jeneral (Bahasa Jerman: Generaloberst) telah diwujudkan supaya dapat menaikkan Maharaja Jerman William I ke pangkat kanan dengan tanpa melanggar peraturan iaitu hanya panglima perang yang boleh menerima pangkat field marshal untuk kemenangan dalam pertempuran muktamad atau penawanan sebuah perkubuan atau bandar utama. Persamaan pangkat kolonel jeneral dalam Tentera Laut Jerman ialah Generaladmiral ("Laksamana Jeneral").

Pada tahun 1870 Putera Friedrich Karl dari Prusia dan Putera Mahkota Friedrich Wilhelm—yang memerintah ketumbukan tentera semasa Perang Perancis-Prusia—menjadi putera pertama Prusia dilantik sebagai field marshal.

Jerman Nazi[sunting | sunting sumber]

Insignia pangkat
Arabesque1942-1945
Arabesque
1942-1945
Epauletsehingga tahun 1942
Epaulet
sehingga tahun 1942
Generalfeldmarschall Heer

Didalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II, pangkat Generalfeldmarschall merupakan pangkat tertinggi tentera sehingga Julai 1940, apabila Hermann Göring telah dinaikkan ke pangkat baru yang lebih tinggi iaitu Reichsmarschall.

Empat minggu selepas Heer dan Luftwaffe telah memenangi Pertempuran Perancis, iaitu Blitzkrieg di Negeri-Negeri Pamah dan Perancis (10 Mei – 22 Jun 1940), Hitler menaikkan pangkat dua belas orang Jeneral ke Fil Marsyal. Mereka-mereka yang dinaikkan pangkat pada 19 Julai 1940, ialah Walther von Brauchitsch, Wilhelm Keitel, Gerd von Rundstedt, Fedor von Bock, Wilhelm Ritter von Leeb, Wilhelm List, Günther von Kluge, Erwin von Witzleben, Walther von Reichenau (Heer) and Albert Kesselring, Erhard Milch, Hugo Sperrle (Luftwaffe).[2]

Pada tahun 1942, 3 lagi jeneral telah dinaikkan pangkat—"Wüstenfuchs" (desert fox) Erwin Rommel (22 Jun) kerana memenangi Pengepungan Tobruk, Erich von Manstein (30 Jun) kerana memenangi Pengepungan Sevastopol dan Georg von Küchler (30 Jun) kerana kejayaannya sebagai 'Oberbefehlshaber der Heeresgruppe Nord' ("Panglima Kumpulan Tentera Darat Utara").

Hitler menaikkan Friedrich Paulus—Panglima Tentera Darat Ke-6 di Stalingrad—ke pangkat field marshal yang telah diumumkan pada 30 Januari 1943, agar menggalakkan beliau terus berjuang hingga mati atau bunuh diri, sehari sebelum ketumbukannya menyerah kalah.[3] Sewaktu kenaikkan pangkat itu Hitler menyatakan bahawa tiada dalam sejarah field marshal Jerman atau Prusia pernah ditangkap hidup-hidup. Namun Paulus menyerah diri keesokkan harinya, mendakwa Ich habe nicht die Absicht, mich für diesen bayerischen Gefreiten zu erschießen ("Saya tidak mempunyai niat untuk membunuh diri demi koperal Bavaria ini").[4] Hitler yang kecewa telah mengulas "Itulah field marshal terakhir yang aku pernah lantik dalam perang ini!" Akan tetapi, beliau melantik tujuh lagi fil marsyal.

Generalfeldmarschall merupakan pangkat tentera tetap tertinggi dalam Wehrmacht Jerman, bersamaan dengan kod pangkat NATO OF10, dan dengan pangkat lima bintang dalam angkatan tentera yang berbahasa Inggeris.

Dari segi kewangan pangkat Generalfeldmarschall dalam Jerman Nazi sangat menguntungkan kerana, selain daripada gaji bulanan, Hitler memperkenalkan faedah sampingan bebas cukai bagi para Jeneral dalam bentuk 2,000 hingga 4,000 Reichsmark sebulan pada tahun 1940. Beliau juga mengurniakan hadiah kepada pegawai tertingginya, dengan Wilhelm Ritter von Leeb menerima RM 250,000 untuk harijadinya yang ke-65 tahun daripada Hitler.[5]

Pangkat junior
Generaloberst
Balkenkreuz.svg
(Pangkat Wehrmacht)
Generalfeldmarschall
Pangkat senior
Reichsmarschall

Jerman Timur[sunting | sunting sumber]

Nationale Volksarmee ("Tentera Rakyat Nasional") dari Deutsche Demokratische Republik atau DDR (German Democratic Republic, iaitu Jerman Timur) mewujudkan pangkat Marschall der DDR ("Marsyal GDR") pada 25 Mac 1982. Seorang Jeneral boleh dilantik ke pangkat ini oleh Staatsrat (Majlis Negara GDR) semasa perang atau untuk pencapaian tentera yang luar biasa; namun, tiada siapa yang pernah menyandang pangkat itu.

Jerman moden[sunting | sunting sumber]

Pangkat Generalfeldmarschall, Generaloberst, Großadmiral dan Generaladmiral tidak lagi wujud dalam Angkatan Tentera Jerman baru (sehingga tahun 1990 Jerman Barat), iaitu "Bundeswehr" (bermaksud "Tentera Pertahanan") yang ditubuhkan pada tahun 1956. Pada masa ini, gred tertinggi tentera dalam Bundeswehr baru ialah Jeneral dan Laksamana.

Pemerintah Tertinggi (Bahasa Jerman: Inhaber der Befehls- und Kommandogewalt) Bundeswehr dalam masa aman, menurut Artikel 65a Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman (perlembagaan), Menteri Pertahanan Persekutuan (Bahasa Jerman: Bundesminister der Verteidigung) awam, yang memegang kuasa pemerintahan tertinggi angkatan tentera. Semasa perang, kuasa pemerintahan tertinggi dipindahkan kepada Canselor Persekutuan.

Generalinspekteur der Bundeswehr (Ketua Turus Bundeswehr, bermaksud "Inspektor Jeneral Tentera Pertahanan") ialah Ketua Pertahanan dan ketua Markas Turus Angkatan Tentera (Bahasa Jerman: Führungsstab der Streitkräfte).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1]
  2. ^ Snyder, Louis (1994) [1976]. Encyclopedia of the Third Reich, pp. 111, 112
  3. ^ Snyder, Louis (1994) [1976], p. 112
  4. ^ Beevor, Antony (1998). Stalingrad, The Fateful Siege: 1942-1943. New York: Penguin Books. p. 381
  5. ^ "Dienen und Verdienen. Hitlers Geschenke an seine Eliten" [Book review: Serving and earning. Hitlers presents to his elite]. www.hsozkult.de (dalam bahasa German). Dicapai pada 19 March 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]