Reichsmarschall

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Flag of Germany (1935–1945).svg
Marsyal Empayar
Reichsmarschall
Luftwaffe collar tabs Reichsmarschall 3D.svg Luftwaffe Reichsmarschall.svg
Lencana
kolar
Papan
bahu
Negara Jerman Nazi
Cabang perkhidmatan COA Luftwaffe eagle gold.svg Luftwaffe
Balkenkreuz.svg Wehrmacht
Pangkat Enam bintang
Singkatan RM
Diperkenalkan 19 Julai 1940
Dimansuhkan Mei 1945
Persamaan
NATO
OF-11
Pangkat rendah seterusnya

Generalfeldmarschall
Grossadmiral

Persamaan pangkat Generalisimo
Uniform asal Reichsmarschall Hermann Goering dipamerkan di Luftwaffenmuseum der Bundeswehr di Berlin
Baton asal Reichsmarschall Goring di Muzium West Point

Reichsmarschall (terjemahan harfiah: Marsyal Empayar) adalah pangkat tertinggi dalam angkatan tentera Jerman Nazi semasa Perang Dunia Kedua. Nama penuhnya ialah Reichsmarschall des Grossdeutschen Reiches atau Marsyal Empayar Negara Jerman Raya.

Pangkat Reichsmarschall pada asalnya dicipta sebelum kurun ke12, semasa zaman Empayar Suci Rom. Mengikut sejarah, memegang pangkat Reichsmarschall adalah tidak unik dan tidak berprestij tetapi sebaliknya berlaku ketika Perang Dunia II. Semasa zaman Empayar Jerman dan Perang Dunia I, tiada seorangpun dalam angkatan tentera Jerman memegang pangkat ini.

Semasa Perang Dunia II, Hermann Goering satu-satunya orang yang memegang pangkat Reichsmarschall, telahpun dinaikkan pangkat pada 19 Julai 1940 oleh Adolf Hitler. Goring, selaku Panglima Tertinggi Luftwaffe, memegang banyak jawatan berprestij yang lain, seperti Ketua Pemburu Reich dan Pesuruhjaya Penuh Rancangan Empat Tahun.

Hitler melantik Goring ke pangkat Reichsmarschall terutamanya untuk menunjukkan beliau lebih kanan daripada para panglima Wehrmacht lain yang dinaikkan pangkat ke Generalfeldmarschall pada hari yang sama (termasuk pangkat Grossadmiral). Hitler telah memilih Goring sebagai penggantinya dalam barisan kepimpinan Reich; dan satu sebab kenaikkan pangkat Goring ialah sekiranya Hitler mati, satu garis panduan yang jelas mengenai penggantian dari tentera telahpun wujud. Bagaimanapun pada April 1945, susulan dari sekeping telegram Goring yang memohon kebenaran Hitler bagi mengambil alih pemerintahan Reich, Hitler memecat Goring dari semua jawatan dan menamakan seorang pengganti baru. Orang itu ialah Grossadmiral Karl Donitz, yang sebenarnya dilantik sebagai pengganti oleh Hitler pada atau sebelum 30 April 1945. Bagaimanapun Donitz hanya diberitahu pelantikkannya sebagai pengganti Hitler pada 1 Mei 1945 oleh Martin Bormann dan Joseph Goebbels.

Panji-panji rasmi[sunting | sunting sumber]

Insignia pangkat[sunting | sunting sumber]

Pangkat junior
Generalfeldmarschall
 Jerman Nazi
(Pangkat Wehrmacht)
Reichsmarschall
Pangkat senior
Tiada

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]