Bendera Myanmar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bendera Myanmar
Templat:Infobox flag/entry
FIAV 111110.svg Bendera Republik Sosialis Kesatuan Burma (3 Januari 1974 – 21 Oktober 2010).
Nisbah bendera: 5:9 (juga 2:3 dan 6:11)

Republik Kesatuan Myanmar menerima pakai bendera kebangsaan yang baru pada 21 Oktober 2010 untuk mengganti bendera sosialis yang dikibarkan sejak tahun 1974. Bendera baru ini diperkenalkan selaras dengan perubahan nama rasmi dan lagu kebangsaan yang digariskan dalam perlembagaan baru menjelang pilihan raya umum pada November 2010.

Bendera Myanmar terdiri daripada tiga jalur melintang kuning, hijau dan merah dengan bintang bermata tiga putih di tengah-tengah. Tiga warna jalur itu melambangkan perpaduan, keamanan dan kedamaian, dan keberanian dan ketegasan.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Myanmar telah menggunakan beberapa bendera lain sebelum ini. Yang terakhir sebelelum perubahan 2010 diperkenalkan pada 3 Januari 1974 setelah pengisytiharan republik sosialis oleh Ne Win. Ia memiliki 14 bintang yang mengelilingi gear dan padi, pada padang biru dengan latar bendera merah. Bintang menyimbolkan pembahagian pentadbiran Myanmar, gear melambangkan industri manakala padi mewakili pertanian. Bendera ini tidak jauh berbeza dengan bendera sebelumnya yang diterima pada 1948.

Galeri bendera[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Myanmar unveils new flag". AP. Straits Times. 21 Oktober 2010. Dicapai pada 23 Oktober 2010.