Biawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Biawak
Julat zaman: Miosen Awal–Kini
A large adult male Varanus bitatawa - ZooKeys-266-001-g070.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Varanus

Merrem, 1820
Spesies jenis
Varanus varius
Shaw, 1790
Subgenus
Worldwidevaranus.PNG
Taburan asli semua spesies biawak

Biawak (Jawi: بياوق) merupakan sejenis reptilia dalam genus Varanus, satu-satunya genus yang masih wujud dalam keluarga Varanidae. Kira-kira 80 spesies diterima dalam genus ini; spesies-spesies ini ditemukan di Afrika, Asia, dan Oceania.

Ia berdarah sejuk dan membiak secara bertelur.

Terdapat beberapa jenis biawak, antaranya adalah:-

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Perkataan biawak dijejak daripada akar bahasa Proto-Austronesia *bayawak yang sama maksudnya. Kata-kata seasal daripada akar ini termasuk bayáwak dalam bahasa Tagalog dan bayak dalam bahasa Iban.[1][2]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Nama genus Varanus meminjam daripada Bahasa Arab: ورل waral [bahasa piawai] / ورر warar [bahasa basahan] / ورن waran [bahasa basahan], daripada akar bahasa Semitik ouran, waran, warar atau waral yang bermaksud "makhluk biawak".[3]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Biawak ialah haiwan yang unik di mana bentuk badannya relatif tidak berubah-ubah tetapi mempunyai julat saiz yang sangat luas.[4] Ciri yang lebih halus seperti bentuk tengkorak dan kaki berbeza-beza dan berkait kuat kepada ekologi setiap spesies biawak.[5][6]

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan spesies biawak karnivor hampir sepenuhnya,[7] memangsakan serangga, krustasea, araknid, miriapod, moluska, ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia. Kebanyakan spesies memakan invertebrata pada usia muda dan memakan vertebrata apabila dewasa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*bayawak — monitor lizard, Varanus spp. (esp. V. salvator)". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 14 Oktober 2022.
  2. ^ Maren Gaulke (1992). "Taxonomy and biology of Philippine water monitors (Varanus salvator)". The Philippine Journal of Science. 121 (4): 345–381.
  3. ^ Robert George Sprackland (1992). Giant lizards. Neptune, NJ: T.F.H. Publications. m/s. 61. ISBN 0-86622-634-6.
  4. ^ Pianka, E.R. (1995). "Evolution of Body Size: Varanid Lizards as a Model System" (PDF). The American Naturalist. 146 (3): 398–414. doi:10.1086/285806. S2CID 85237692.
  5. ^ McCurry, Matthew R.; Mahony, Michael; Clausen, Phillip D.; Quayle, Michelle R.; Walmsley, Christopher W.; Jessop, Tim S.; Wroe, Stephen; Richards, Heather; McHenry, Colin R. (2015). "The Relationship between Cranial Structure, Biomechanical Performance and Ecological Diversity in Varanoid Lizards". PLOS ONE. 10 (6): e0130625. Bibcode:2015PLoSO..1030625M. doi:10.1371/journal.pone.0130625. PMC 4479569. PMID 26106889.
  6. ^ Clemente, C. J.; Thompson, G. G.; Withers, P. C. (2009). "Evolutionary relationships of sprint speed in Australian varanid lizards". Journal of Zoology. 278 (4): 270–280. doi:10.1111/j.1469-7998.2009.00559.x.
  7. ^ Pianka, Eric R.; King, Dennis R; King, Ruth Allen (2004). Varanoid Lizards of the World. Bloomington, Indiana: Indiana University Press.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.