Black Pink

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
BLACKPINK
180221 Black Pink for Marie Claire Korea Magazine.png
Black Pink untuk Marie Claire Korea pada bulan Februari 2018
Dari kiri ke kanan: Lisa, Jisoo, Jennie dan Rosé
Latar belakang
Berasal dari  Korea Selatan
Genre K-pop
Tahun aktif 2016–kini
Syarikat pengurusan
Kegiatan berkaitan
YG Family
Laman sesawang
www.blackpinkofficial.com
Ahli
  • Jisoo
  • Jennie
  • Rosé
  • Lisa

Black Pink (Hangul: 블랙핑크); digayakan sebagai BLACKPINK atau BLΛƆKPIИK ialah sebuah kumpulan muzik wanita Korea Selatan yang dibentuk oleh YG Entertainment. Terdiri daripada empat orang ahli iaitu Jennie, Jisoo, Lisa dan Rosé, kumpulan muzik ini membuat kemunculan pertama pada 8 Ogos 2016 melalui Square One. Dengan kejayaan komersial kumpulan ini dalam lima bulan pertama, mereka telah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik Tahunan di Anugerah Golden Disc ke–31 dan Anugerah Muzik Seoul ke–26.

Black Pink menjadi kumpulan muzik K-pop wanita yang berada di kedudukan tertinggi dalam carta Billboard Social 50, di kedudukan nombor 15.[1][2] Mereka juga menjadi kumpulan K-pop pertama berada dalam 25 Lagu Musim Panas Teratas Global YouTube menerusi lagu "As If It's Your Last".[3] Mereka turut menjadi artis K-pop pertama yang mempunyai tiga lagu nombor satu di carta Lagu Digital Dunia Billboard.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

2016[sunting | sunting sumber]

Dengan persediaan promosi bermula tahun 2012,[5][6] YG Entertainment mendedahkan senarai ahli dan nama kumpulan ini pada 29 Jun 2016.[7][8]

Black Pink merupakan kumpulan wanita pertama YG Entertainment dalam tempoh tujuh tahun selepas 2NE1.[9] Mereka membuat kemunculan pertama menerusi Square One pada 8 Ogos 2016.[9][10] Lagu "Boombayah" diterbitkan oleh Teddy Park dan ditulis bersama oleh Bekuh BOOM.[11] Video muzik lagu ini diarahkan oleh Seo Hyun-seung.[12] Lagu "Whistle" (휘파람) diterbitkan oleh Teddy Park dan Future Bounce manakala seni katanya ditulis oleh Teddy Park dan Bekuh BOOM.[13][14] Kedua-dua lagu tersebut menduduki tempat pertama dan kedua dalam carta Lagu Digital Dunia Billboard dan merupakan kumpulan terpantas untuk berbuat demikian. Mereka juga merupakan artis Korea ketiga untuk menduduki dua tempat teratas selepas Psy dan Big Bang.[15] "Whistle" menduduki tempat teratas carta digital, muat turun, penstriman dan mudah alih Gaon untuk bulan Ogos 2016. Mereka juga menduduki tempat pertama dalam carta video muzik K-pop dan populariti QQ Music.[16] Persembahan program muzik pertama Black Pink adalah semasa siaran 14 Ogos 2016 Inkigayo.[17] Kemenangan mereka di dalam Inkigayo memecahkan rekod untuk kumpulan wanita dengan masa terpantas untuk memenangi program muzik selepas kemunculan pertama (14 hari). Promosi untuk Square One tamat pada 11 September 2016 dengan satu lagi kemenangan dalam Inkigayo.

Black Pink mengeluarkan album kedua mereka, Square Two bersama lagu utama, "Playing with Fire" (불장난) dan "Stay" pada 1 November 2016. Mereka membuat persembahan kemunculan kembali dalam Inkigayo pada 6 November dan dalam M!'Countdown pada 10 November 2016.[18] "Playing with Fire" merupakan lagu kedua mereka untuk menduduki tempat pertama dalam carta Lagu Digital Dunia Billboard.[19] Di Korea Selatan, "Playing with Fire" menduduki tempat ketiga manakala "Stay" menduduki tempat ke–10.[20]

2017[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mei 2017, satu pengumuman dibuat di mana Black Pink akan membuat penampilan pertama di Jepun pada waktu musim panas dengan pertunjukan sulung berlangsung pada 20 Julai di Nippon Budokan, Tokyo dan pelancaran album mini (EP) pada 9 Ogos. Pertunjukan tersebut dihadiri oleh lebih daripada 14,000 orang dan dilaporkan bahawa sekitar 200,000 orang cuba untuk mendapat tiket pertunjukan itu.[21][22] Satu coretan video muzik lagu "Boombayah" untuk versi bahasa Jepun telah diudarakan di televisyen pada 17 Mei. Tarikh pelancaran album kemudiannya diubah kepada 30 Ogos.[23]

Pada 22 Jun, Black Pink melancarkan sebuah single baru bertajuk "As If It's Your Last" (마지막처럼). Lagu ini menduduki tempat pertama dalam carta Lagu Digital Dunia Billboard pada 22 Jun, menjadikan ia lagu ketiga mereka untuk menduduki tempat pertama dalam carta tersebut.[24] Dalam masa 17 jam dilancarkan, video muzik lagu tersebut memperoleh lebih daripada 11 juta tontonan di YouTube, menjadikannya video muzik terpantas untuk melebihi 10 juta tontonan oleh kumpulan muzik K-pop, di mana ia memecahkan rekod yang dipegang oleh lagu "Not Today" nyanyian BTS dengan 10 juta tontonan di dalam 21 jam.[25][26] Tambahan lagi, video muzik "As If It's Your Last" kemudiannya memecahkan rekod untuk video muzik oleh kumpulan wanita Korea yang paling disukai di YouTube.[27]

Kumpulan ini membuat kemunculan rasmi mereka di Jepun pada 30 Ogos 2017 menerusi pengeluaran album mini Blackpink.[28] EP penampilan pertama Jepun itu berjaya menduduki tempat pertama dalam Carta Album Oricon dengan 39,000 salinan fizikal terjual pada minggu pertama, menjadikan Black Pink kumpulan muzik luar negara yang berada kedudukan pertama dengan pelancaran sulung selepas album 200 km/h in the Wrong Lane (2002) oleh pasangan muzikal t.A.T.u. dan NOLZA (2011) oleh 2NE1.[29][30]

2018[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2018, Black Pink telah diumumkan akan kembali menerusi sebuah album yang dipakej semula, Re:Blackpink.[31] Album ini dikeluarkan pada 28 Mac dan mengandungi kesemua lagu mereka sebelum ini di dalam Bahasa Jepun dan Korea.[32] Pada 15 Jun, Black Pink mengeluarkan EP bertajuk Square Up.

Ahli[sunting | sunting sumber]

Ahli Pengenalan ringkas
170609 워크샵 4P (3).jpg Jisoo
(지수)
  • Nama asal: Kim Ji-soo (김지수)
  • Tarikh lahir: (1995-01-03) 3 Januari 1995 (umur 23)
  • Tempat lahir: Korea Selatan Gunpo, Gyeonggi, Korea Selatan
171001 코리아 뮤직 페스티벌 블랙핑크 (8) (cropped).jpg Jennie
(제니)
  • Nama asal: Jennie Kim (김제니)
  • Tarikh lahir: (1996-01-16) 16 Januari 1996 (umur 22)
  • Tempat lahir: Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
171001 코리아 뮤직 페스티벌 블랙핑크 (1).jpg Rosé
(로제)
  • Nama asal: Roséanne Park (로잔느 박)
    Park Chae-young (박채영)
  • Tarikh lahir: (1997-02-11) 11 Februari 1997 (umur 21)
  • Tempat lahir: New Zealand Auckland, New Zealand
170702 블랙핑크 팬사인회 (10).jpg Lisa
(리사)
  • Nama asal: Lalisa Manoban (ลลิษา มโนบาล)
  • Tarikh lahir: (1997-03-27) 27 Mac 1997 (umur 21)
  • Tempat lahir: Thailand Bangkok, Thailand

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • Blackpink House (2018)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Benjamin, Jeff (11 Ogos 2017). "Happy Anniversary, Blackpink: A Breakdown of Their Major Chart Accomplishments After 1 Year". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 12 September 2017. 
  2. ^ Rutherford, Kevin (28 Jun 2017). "Blackpink Earns New High on Social 50 Chart". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 4 Januari 2018. 
  3. ^ Fernandez, Suzette (7 September 2017). "Latin Artists Take Over YouTube's Top 25 Global Songs of the Summer". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 4 Januari 2018. 
  4. ^ Benjamin, Jeff (30 Jun 2017). "Blackpink Score Third No. 1 on World Digital Song Sales Chart, Lead K-Pop Females". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 4 Januari 2018. 
  5. ^ Park So-young (8 Ogos 2016). "블랙핑크, 이번엔 몽환+섹시..NEW 타이틀곡은 '휘파람'". OSEN (dalam bahasa Korea). Dicapai 26 Oktober 2016. 
  6. ^ Park So-young (8 Ogos 2016). ""YG의 청초꽃 떴다"..블랙핑크 지수, 개인 포스터 공개". OSEN (dalam bahasa Korea). Dicapai 26 Oktober 2016. 
  7. ^ Choi Na-young (29 Jun 2016). "YG 새 걸그룹, '블랙 핑크' 이름의 뜻은?[YG 새 걸그룹 최종발표③]". OSEN (dalam bahasa Korea). Dicapai 12 Ogos 2016. 
  8. ^ Gil Hye-seong (29 Jun 2016). "YG新걸그룹은 4인조 '블랙핑크'..최종멤버 이미 밝힌 4인". Star News (dalam bahasa Korea). Dicapai 29 Jun 2016. 
  9. ^ a b Kim Yu-young (9 Ogos 2016). "YG Entertainment unveils K-pop group BLACKPINK". Kpop Herald (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 12 Ogos 2016. 
  10. ^ Jeon Su Mi (10 Ogos 2016). "BLACKPINK Sweeping Charts Within 2 Days of Debut". Mwave (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 13 Ogos 2016. 
  11. ^ Hwang Mi-hyun (5 Ogos 2016). "YG 블랙핑크, 타이틀 '붐바야' 확정.."더위날릴 빠른 곡"". JTBC News (dalam bahasa Korea). Dicapai 12 Ogos 2016. 
  12. ^ Chu, Yanchingsally (5 Ogos 2016). "Blackpink Discloses the Teaser Image of its First Song 'Boombayah'". BNT News (dalam bahasa Inggeris). 
  13. ^ Lee Sang-won (7 Ogos 2016). "BLACKPINK debut countdown D-1". K-Pop Herald (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 14 Ogos 2016. 
  14. ^ Lee Min-ji (6 Ogos 2016). "YG "블랙핑크 두번째 타이틀 '휘파람' 테디곡"". Newsen (dalam bahasa Korea). Dicapai 12 Ogos 2016. 
  15. ^ Benjamin, Jeff. "BLACKPINK's Major Debut: New K-Pop Girl Group Lands No. 1 & 2 on World Digital Songs Chart". Billboard (dalam bahasa Inggeris). 
  16. ^ "BLACKPINK wraps up performances for their debut single… "Will come back quickly"". YG-Life (dalam bahasa Inggeris). YG Entertainment. 12 September 2016. Dicapai 16 Ogos 2016. 
  17. ^ "미모에 실력까지…인기가요 블랙핑크 등장에 남심 '흔들'". Herald Business (dalam bahasa Korea). 15 Ogos 2016. Dicapai 15 Ogos 2016. 
  18. ^ "[단독] 블랙핑크, 1월6일 '인기가요'+10일 '엠카' 연속 컴백 확정" (dalam bahasa Korea). 29 Oktober 2016. Dicapai 6 November 2016. 
  19. ^ Benjamin, Jeff (11 November 2016). "Blackpink Earn Second No. 1 on World Digital Songs, Debut on Social 50". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 11 November 2016. 
  20. ^ "2016년 45주차 Digital Chart". Gaon (dalam bahasa Korea). Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai 22 Jun 2017. 
  21. ^ "BLACKPINK、遂に初お披露目パフォーマンス ファン1万4000人とピンク一色の会場に<ライブレポ/セットリスト> - モデルプレス". mdpr.jp (dalam bahasa Jepun). Dicapai 21 Julai 2017. 
  22. ^ "史上初!BLACKPINKが日本デビュー前に武道館、1万人超熱狂". SANSPO.COM (dalam bahasa Jepun). Dicapai 21 Julai 2017. 
  23. ^ "JAPAN DEBUT MINI ALBUM". YGEX (dalam bahasa Jepun). Dicapai 18 Mei 2017. 
  24. ^ Benjamin, Jeff. "Blackpink Score Third No. 1 on World Digital Song Sales Chart, Lead K-Pop Females". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 4 Ogos 2017. 
  25. ^ "블랙핑크, '마지막처럼' MV K팝 그룹 역대 최단시간 1천만뷰 돌파" (dalam bahasa Korea). Star Daily News. 23 Jun 2017. Dicapai 23 Jun 2017. 
  26. ^ "Black Pink shatters the K-pop MV YouTube record for 10 million views". SBS PopAsia (dalam bahasa Inggeris). 23 Jun 2017. Dicapai 23 Jun 2017. 
  27. ^ "Black Pink now have the most liked K-pop girl group MV on YouTube". sbs.com.au (dalam bahasa Inggeris). SBS. 18 September 2017. Dicapai 6 November 2017. 
  28. ^ BLACKPINK「BLACKPINK - EP」を Apple Music で (dalam bahasa Jepun), 29 Ogos 2017, dicapai 5 September 2017 
  29. ^ "블랙핑크, 日 오리콘 주간차트 1위.."데뷔앨범 역대 3번째"" (dalam bahasa Korea). Dicapai 2017-09-05. 
  30. ^ Jumlah jualan album untuk BLACKPINK (JPN)
  31. ^ "Black Pink comes back with their Japanese repackage album 'Re: Black Pink'". Dicapai 24 Mac 2018. 
  32. ^ "REPACKAGE MINI ALBUM『Re: BLACKPINK』" (dalam bahasa Jepun). Dicapai 16 Mac 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Laman sesawang rasmi: