Buzen Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Buzen Hashim
Kelahiran
Syaifuddin bin Mohammed Hashim

1980 (umur 39–40)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1986–kini
PasanganDayang Sally Abang Satria (k. 2012–2017)
Anak2

Syaifuddin "Buzen" Mohammed Hashim merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Taman Keramat, Kuala Lumpur. Beliau telah menempa sejarah sebagai calon termuda bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11. Bakat beliau menyinar menerusi filem Sembilu (1994) arahan Yusof Haslam dan sebagai Abang Mat menerusi drama Geng Bas Sekolah (2013).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Buzen memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon kanak-kanak sejak 1986 menerusi drama Pekak Sekampung arahan Raja Ismail. Beliau mula melonjak naik selepas membintangi Filem Adik arahan Aziz Sattar.

Bakat beliau diasah oleh penerbit dan pengarah tersohor Yusof Haslam dalam filem Sembilu 2005 (2005), seterusnya memegang watak sebagai Zul dalam filem Evolusi KL Drift dan kesinambungannya arahan Syamsul Yusof. Selepas itu beliau sering mendapat perhatian ramai dan membintangi beberapa filem serta drama. Buzen muncul sebagai pemandu bas sekolah dalam drama bersiri Geng Bas Sekolah sekaligus memberi impak yang besar dalam kerjayanya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Buzen dibesarkan di Taman Keramat, Kuala Lumpur. Beliau ialah anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Mohd Hashim Abd Rahman dan Hazimah Haroon. Adik-beradiknya ialah Syaiful Annuar dan Syaizreen yang turut berkecimpung dalam bidang lakonan.[1]

Beliau berkahwin dengan Dayang Sally Abang Satria pada Mei 2012 dan dikurniakan dua anak.[2] Pasangan ini memfailkan perceraian pada Februari 2017.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
1990 Adik
1994 Jeritan Batinku
2005 Sembilu 2005
2008 Evolusi KL Drift Zul
2010 Evolusi KL Drift 2 Zul
2013 Pecah Don / Kahar
KL Zombi Din

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1986 Pekak Sekampung TV1
1995 Bunga Raya
1997–2004 Kisah Benar Pelbagai watak TV3
2009 1975: Serangan Tentera Merah Astro Prima
Ku Milikmu TV3
Cinta Dalam Sebiji Durian[4] Salim TV1
2011 Agensi Abadi[5] Shamsul
2013 Geng Bas Sekolah Abang Mat Astro Ceria
2018 Kelas 3 Cempaka TV1

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1994 Habil Habil TV3
2018 3 Hati Ibu TV1

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Elrafaei Sapi (3 Februari 2009). "Tiga anak warisi bakat". Harian Metro. Dicapai pada 30 September 2009.
  2. ^ "Buzen kahwin Dayang Sally". Berita Harian. 24 Mei 2014. Dicapai pada 30 September 2014.
  3. ^ Nurfarhana Mohammad (26 Mei 2017). "Buzen sah bercerai". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 21 Disember 2017. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  4. ^ Budiey (25 Oktober 2009). "Buzen Hashim, Hanny Harmi dalam Cinta Dalam Sebiji Durian". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Oktober 2010.
  5. ^ Budiey (30 April 2011). "Drama Agensi Abadi di Hari Pekerja". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Oktober 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]