Sembilu (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sembilu
Genre
Berdasarkan daripada
Sembilu oleh Dato' Yusof Haslam
PenciptaDato' Yusof Haslam
PengarahDato' Yusof Haslam
Dibintangi oleh
Hetty Sarlene
Zed Zaidi
Faizal Hussein
Julia Hana
Aziz Singah
Aznah Hamid
Azza Elite
Zack X-Factor
Esma Daniel
Lagu pembukaan"Ratuku" oleh Awie
Lagu penutup"Selamat Siang" oleh Seven Signs
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod78
Penerbitan
PenerbitHaji Ismail Mustapha
Dato' Yusof Haslam
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalTV2
Format gambar576i NTSC
Format audioStereo
Siaran asal14 Oktober 2003 – 4 Oktober 2005
Kronologi
MengikutiRoswell
Diikuti olehMeniti Bara
Rancangan berkaitan
Sembilu Kasih

Sembilu merupakan siri drama televisyen Malaysia 2003 adaptasi daripada filem 1994 bertajuk sama arahan Dato' Yusof Haslam. Dibintangi oleh Hetty Sarlene, Zed Zaidi sebagai teraju utama drama ini, siri ini memulakan tayangan perdana di slot Selekta Prima TV2 dari 14 Oktober 2003 hingga 4 Oktober 2005.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan percintaan Zetty dan Fendi yang bermula sejak dibangku sekolah lagi. Hubungan mereka mendapat restu keluarga masing-masing kecuali Azman, iaitu abang kepada Zetty. Azman sememangnya sangat bencikan Fendi disebabkan Fendi tidak setaraf dengan mereka. Kebencian Azman itu bertambah apabila dia mengetahui isterinya Maria telah berlaku curang dan lari bersama kekasihnya, Roy semata-mata ingin menjadi seorang artis yang terkenal. Disebabkan itu, Azman sanggup menghantar Zetty untuk melanjutkan pelajaran di luar negara demi memisahkan mereka. Azman mengugut adiknya bahawa dia akan mencederakan Fendi sekiranya dia enggan menurut kemahuannya. Disebabkan risau akan keselamatan Fendi, Zetty akhirnya mengalah lalu menurut kehendak abangnya itu untuk dia menyambung pelajarannya di luar negara.

Beberapa tahun kemudian, Zetty kembali dan bertemu semula dengan Fendi. Mereka kembali meneruskan perhubungan mereka dan kini akhirnya mengikat tali pertunangan. Namun, hubungan mereka kali ini diduga lagi apabila kemunculan Diana, iaitu seorang penyanyi baru di syarikat rakaman dimana Fendi bekerja. Diana begitu obses kepada Fendi sehingga sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan Fendi. Keadaan semakin keruh apabila munculnya Shamsul, iaitu sepupu kepada Shima yang begitu berminat kepada Zetty. Akhirnya pertunangan Zetty dan Fendi putus disebabkan konflik yang dilakukan oleh Diana. Apatah lagi Azman kini membantu Shamsul untuk mendapatkan Zetty. Shamsul dan Zetty akhirnya kemudian mengikat tali pertunangan akibat desakan Azman.

Namun, pada hari perkahwinan Zetty dan Shamsul, munculnya Elisa iaitu bekas teman wanita Shamsul. Elisa yang kini sedang mengandungkan anak Shamsul kemudian menuntut agar Shamsul bertanggungjawab keatas kandungannya itu. Hal itu kini membuatkan Azman akhirnya sedar apabila ternyata Shamsul bukanlah lelaki yang baik untuk Zetty. Azman akhirnya mengalah setelah melihat sekuat apa pun dugaan Zetty dan Fendi mereka akhirnya kembali bersatu. Mereka akhirnya melangsungkan majlis perkahwinannya dengan bahagia.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Suraiya Mohd Nor (14 Oktober 2003). "Sembilu versi drama TV kupas isu masyarakat". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2003. Dicapai pada 9 Julai 2020.