Pergi ke kandungan

Cuti umum di Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ini ialah senarai cuti di Brunei.

Tambahan pula, cuti hujung minggu di Brunei adalah pada hari Jumaat dan Ahad.

Hari-hari kelepasan awam

[sunting | sunting sumber]
TarikhHari kelepasanCatatan
1 JanuariAwal Tahun MasihiMeraikan pemulaan Tahun Baru Masihi.
23 FebruariHari Kebangsaan Negara Brunei DarussalamKemerdekaan daripada United Kingdom pada tahun 1984.
31 MeiHari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja BruneiPenubuhan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
15 JulaiHari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei DarussalamMemperingati hari keputeraan Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun 1946.
25 DisemberHari KrismasCuti Kristian meraikan selepas lahirnya Jesus Christ.
1 RamadanAwal Ramadhan (Puasa)Perayaan Islam ini meraikan pemulaan sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.
17 RamadanMemperingati Nuzul Al-Qur'anMemperingati penurunan ayat pertama al-Quran.
1-3 SyawalHari Raya Aidil Fitri (3 hari)Perayaan Islam ini meraikan habisnya sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.
10 ZulhijjahHari Raya Aidil AdhaPerayaan Islam ini meraikan kesanggupan Nabi Ibrahim mengorbankan putera baginda Nabi Ismail sebagai tanda kepatuhan kepada Allah.
1 MuharramAwal Tahun HijrjahMeraikan pemulaan takwim Islam.
12 RabiulawalMaulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi WasallamSambutan Islam ini meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad.
27 RejabIsra' Dan Mi'rajCuti Islam ini meraikan Nabi Muhammad berlaku pada satu malam sekitar tahun 621 Masihi.
Hari pertama bulan qamari pertama takwim CinaTahun Baru CinaMeraikan bermulanya kalendar Cina.

Hari kelepasan lama

[sunting | sunting sumber]

Hari kelepasan yang jatuh pada hari Jumaat hanya akan mendapat perhatian oleh Daerah Brunei-Muara, Daerah Tutong dan Daerah Temburong.

TarikhHari kelepasanCatatan
Mac/AprilGood FridayCuti Kristian memperingati penyaliban Jesus Christ dan kewafatannya di Calvary.
10 JunHari KebebasanMemperingati mendaratnya Pihak Berikat di Muara untuk membebaskan Brunei daripada Empayar Jepun pada Perang Dunia Kedua.
12 JunHari Lahir QueenMemperingati hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Ratu Elizabeth II, Ratu United Kingdom pada tahun 1926. Hari kelepasan ini tidak lagi diraikan selepas kemerdekaan Brunei.
23 SeptemberHari Lahir Duli Yang Maha MuliaMemperingati hari keputeraan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien pada tahun 1914. Hari kelepasan ini tidak lagi diraikan selepas baginda turun takhta.
Rabu terakhir bulan SafarMandi SafarPerayaan orang Melayu berkumpul mandi-manda. Perayaan ini mula kurang disambut pada tahun 1960-an kerana dianggap syirik.
1-2 SyawalHari Raya Puasa (2 hari)Diraikan selama 2 hari.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]