Daniel Alves

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dani Alves
Dani Alves - 2011 - Scotland v Brazil.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhDaniel Alves da Silva[1]
Tarikh lahir (1983-05-06) 6 Mei 1983 (umur 36)
Tempat lahirJuazeiro, Brazil
Ketinggian1.75 m (5 ka 9 in)[2]
Posisi permainanBek kanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniSão Paulo
Nombor10
Kerjaya remaja
Juazeiro
Bahia
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2001–2002Bahia25(2)
2002–2008Sevilla175(11)
2008–2016Barcelona247(14)
2016–2017Juventus19(2)
2017–2019Paris Saint-Germain48(2)
2019–São Paulo0(0)
Pasukan kebangsaan
Brazil B207(0)
2006–Brazil115(8)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 24 Mei 2019.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 7 Julai 2019

Daniel Alves da Silva (lahir 6 Mei 1983), atau dikenali sebagai Dani Alves (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈdɐ̃ni ˈawvis]), merupakan pemain bola sepak Brazil yang kini bermain untuk São Paulo FC dan untuk pasukan kebangsaan Brazil. Beliau bermain di posisi bek.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Bahia[sunting | sunting sumber]

Alves membuat debut profesional untuk Esporte Clube Bahia ketika menentang Paraná Clube dalam saingan Campeonato Brasileiro Série A 2001. Bahia menang 3–0, bersama Alves yang membuat dua hantaran. Jurulatih Evaristo de Macedo memberikan peluang untuk beliau memilih pasukan untuk kerjayanya. Aksi beliau yang baik telah menarik perhatian dari sebelah Sepanyol, Sevilla FC pada 2002.[3]

Sevilla[sunting | sunting sumber]

Selepas musim 2002–03, Alves bermain dalam Kejohanan Remaja Dunia FIFA 2003, di mana beliau menjadi inspirasi pemain Brazil untuk memenangi kejohanan itu. Beliau dinamakan pemain ketiga terbaik dalam kejohanan itu. Selepas kejohanan itu, Sevilla ingin membeli beliau secara kekal kerana sebelum ini, beliau bermain dengan Sevilla secara pinjaman.

Pada Jun 2006, Sevilla bersetuju untuk menjual Alves ke Liverpool, tetapi Liverpool tidak selesa dengan harga yang ditawarkan oleh Sevilla sebanyak £8 juta.[4] Pada Disember 2006, beliau menandatangani kontrak baru bersama Sevilla, dan beliau kekal bersama Sevilla sehingga 2012.[5] Beliau membuat aksi yang terbaik pada musim 2006–07, dengan membuat 47 penampilan dan menjaringkan lima gol. Beliau bermain semua perlawanan untuk Sevilla dalam kejohanan Piala UEFA, termasuklah perlawanan akhir di mana Sevilla menang.

Beliau telah memiliki kewarganegaraan Sepanyol, dan beliau boleh untuk memiliki kuota bukan-EU(Kesatuan Eropah), jadi beliau memiliki permit kerja untuk bermain di mana-mana negara EU.[6]

Pada 1 Ogos 2007, Alves memberitahu SporTV bahawa beliau akan meninggalkan Sevilla untuk ke kelab gergasi Eropah.[7] Beliau juga berbesar hati kerana Chelsea ingin menggunakan khidmatnya dan beliau tidak akan melepaskan peluangnya.[8] Dalam satu temu ramah bersama Antena 3 pada 8 Ogos, Dani Alves bersetuju bahawa ejennya telah berada di England untuk berbincang dengan tawaran Chelsea.[9]

Pada 16 Ogos 2007, Sevilla menolak bidaan dari Chelsea dan 6 hari kemudian, Sevilla menolak lagi 2 bidaan dari Chelsea.[10][11] Alves kemudian meluahkan perasaan kecewanya kepada presiden Sevilla José María del Nido kerana peluangnya untuk ke Stamford Bridge kini hancur, apabila Chelsea telah menandatangani pemain bek Brazil, Juliano Belletti dengan harga yang jauh lebih kurang.[12]

Selepas "perang mulut" di antara Alves dan presiden Sevilla del Nido,[13] Alves mengatakan bahawa beliau akan terus tinggal di Sevilla selepas beliau berdamai dengan presiden itu.

Barcelona[sunting | sunting sumber]

Alves bersama Barcelona pada 2011.

Pada 2 Julai 2008, Alves sertai FC Barcelona.[14] Harga yang dilaporkan ialah sebanyak £23 juta, menjadikan beliau bahawa pemain pertahanan yang paling mahal[15] dan pemain ketiga paling mahal dibeli oleh Barca. Beliau menandatangani kontrak empat tahun bersama Barca, kontrak itu berharga €90 juta.

Alves membuat penampilan pertama untuk Barcelona ketika menentang kelab Poland, Wisła Kraków dalam pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara UEFA 2008-09 pada 13 Ogos 2008.[16] Beliau membuat debut La Liga bersama Barca ketika menentang CD Numancia pada 31 Ogos 2008.[17] Beliau terlepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2009 selepas memiliki dua kad kuning, Barca membenam Manchester United, 2-0.

Dalam musim keduanya di Barça, Alves bersama pasukannya memenangai gelaran La Liga dan menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA 2009. Pada musim 2010-11, Alves bersama Barcelona memenangi gelaran La Liga buat kali ketiga.

Pada 28 Mei 2011, Alves bermain buat pertama kali di perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester United, 3-1 di Stadium Wembley.

Pada musim 2011–12, Alves sebahagian daripada skuad Barcelona yang memenangi Copa del Rey dan Piala Dunia Kelab FIFA 2011. Dalam musim 2012–13, Alves bersama Barcelona memenangai gelaran La Liga buat kali keempat dalam musim keempatnya di Barça.

Pada musim 2013–14, Alves menyarung jersi nombor 22 yang pernah disarung oleh rakannya, Éric Abidal.[18]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Dani Alves bersama trofi Piala Konfederasi FIFA.

Alves membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan Brazil dalam perlawanan tidak rasmi menentang kelab Kuwait, Al-Kuwait Selection pada 7 Oktober 2006. Tiga hari kemudian, beliau memiliki kaps pertamanya ketika menentang Ecuador dalam perlawanan persahabatan. Beliau termasuk dalam skuad Brazil yang beraksi di Copa América 2007. Beliau bermain untuk Brazil sebanyak empat perlawanan termasuk membuat satu hantaran dan menjaringkan gol ketika menentang Argentina dalam perlawanan akhir. Alves sebagai pemain gantian ketika separuh akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 menentang Afrika Selatan, beliau juga menyelamatkan maruah Brazil dengan menjaringkan gol kemenangan amelalui sepakan percuma pada minit ke-88, Brazil menang 1-0.[19]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Pihak lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 15 Julai 2007 Estádio José Encarnación Romero, Maracaibo, Venezuela  Argentina 3–0 3–0 Copa América 2007
2 6 Jun 2009 Stadium Centenario, Montevideo, Uruguay  Uruguay 0–1 0–4 Kelayakan Piala Dunia 2010
3 25 Jun 2009 Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan  Afrika Selatan 1–0 1–1 Piala Konfederasi FIFA 2009
4 7 Oktober 2010 Stadium Sheikh Zayed, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu  Iran 1–0 3–0 Persahabatan
5 11 Oktober 2010 Stadium Pride Park, Derby, England  Ukraine 1–1 2–2 Persahabatan
6. 3 Jun 2014 Estádio Serra Dourada, Goiânia, Brazil  Panama 3–0 3–0 Persahabatan

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 7 Disember 2014.[20]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[21] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Bahia 2001 6 0 6 0
2002 19 2 19 2
Jumlah 25 2 25 2
Sevilla 2002–03 10 0 1 0 11 0
2003–04 29 1 6 1 35 2
2004–05 33 2 2 0 9 0 44 2
2005–06 36 3 2 0 14 0 52 3
2006–07 34 3 8 0 14 2 1 0 57 5
2007–08 33 2 3 0 8 2 3 0 47 4
Jumlah 175 11 22 1 45 4 4 0 246 16
Barcelona 2008–09 34 5 8 0 12 0 54 5
2009–10 29 3 3 0 11 0 3 0 48 3
2010–11 35 2 5 0 12 2 2 0 54 4
2011–12 33 2 5 1 10 0 3 0 52 3
2012–13 30 0 6 0 10 1 1 0 47 1
2013–14 27 2 5 0 8 2 2 0 42 4
2014–15 11 0 0 0 5 0 0 0 16 0
Jumlah 199 14 32 1 68 5 14 0 313 20
Jumlah kerjaya 399 27 54 2 113 9 18 0 584 38

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bahia
Sevilla
Barcelona

Brazil[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA Club World Cup UAE 2009 presented by Toyota: List of Players" (PDF). FIFA. 1 December 2009. m/s. 1. Dicapai 28 March 2014. 
  2. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA.com. 11 June 2014. m/s. 6. Dicapai 15 October 2014. 
  3. ^ "Daniel Alves: da Bahia para o sucesso" (dalam bahasa Portuguese). Esporte Clube Bahia. 26 June 2009. Dicapai 7 January 2011. 
  4. ^ "Liverpool cleared to sign Alves". BBC Sport. 15 June 2006. Dicapai 27 April 2009. 
  5. ^ "Sevilla keep hold of Alves". UEFA. 22 December 2006. Dicapai 29 ay 2007.  Check date values in: |access-date= (bantuan)[pautan putus]
  6. ^ Caroe, Charlie (15 February 2008). "Alves alerts Chelsea and Tottenham". The Daily Telegraph. Dicapai 11 May 2009. 
  7. ^ "Alves courts Chelsea move". Eurosport. 1 August 2007. Dicapai 3 August 2007. [pautan putus]
  8. ^ "Alves "cannot turn down" Chelsea". Eurosport. 3 August 2007. Dicapai 3 August 2007. [pautan putus]
  9. ^ "Alves puts pressure on Sevilla". Eurosport. 8 August 2007. Dicapai 8 August 2007. [pautan putus]
  10. ^ "Sevilla snub Alves bid". BBC Sport. 16 August 2008. Dicapai 7 January 2011. 
  11. ^ "Fresh Alves bids rejected". Eurosport. 22 August 2007. Diarkibkan daripada asal pada 26 August 2007. Dicapai 1 September 2007. 
  12. ^ "Alves reveals Del Nido dismay". Sky Sports. 24 August 2007. Dicapai 1 September 2007. 
  13. ^ "Alves in 'no show'". Eurosport. 27 August 2007. Diarkibkan daripada asal pada 26 August 2008. Dicapai 1 September 2013. 
  14. ^ "I have Sevilla to thank for everything..." Sevilla FC. 1 July 2008. Dicapai 23 July 2008. 
  15. ^ "Alves: "Me voy como soñé, por la puerta grande"". El País (dalam bahasa Spanish). 1 July 2008. Dicapai 11 May 2009. 
  16. ^ "Soccernet match stats". ESPNsoccernet. 13 August 2008. Dicapai 11 May 2009. 
  17. ^ "Soccernet match report". ESPNsoccernet. 2 September 20082. Dicapai 11 May 20091.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  18. ^ "Eric Abidal says Dani Alves offered him part of his liver for transplant". The Guardian. Associated Press. 16 September 2013. Dicapai 30 August 2014. 
  19. ^ "Brazil 1–0 South Africa". BBC Sport. 25 June 2009. Dicapai 25 June 2009. 
  20. ^ "Daniel Alves". ESPN Soccernet. Dicapai 24 April 2010. 
  21. ^ Termasuk kejohanan lain iaiaut Supercopa de España, Piala Super UEFA, Piala Dunia Kelab FIFA