Hernanes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hernanes
Maklumat peribadi
Nama penuh Anderson Hernanes de
Carvalho Viana Lima[1]
Tarikh lahir (1985-05-29) 29 Mei 1985 (umur 38)
Tempat lahir Recife, Brazil[2]
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)[3]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Juventus
Nombor 11
Kerjaya remaja
1996–1998 Santa Cruz (futsal)
1999–2000 Unibol
2001–2005 São Paulo
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2010 São Paulo 117 (18)
2006Santo André (pinjaman) 23 (6)
2010–2014 Lazio 118 (33)
2014–2015 Internazionale 42 (7)
2015– Juventus 23 (2)
Pasukan kebangsaan
2008 Brazil B23 7 (1)
2008–2014 Brazil 27 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10 September 2016
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 Julai 2014 (UTC)

Anderson Hernanes de Carvalho Viana Lima (lahir 29 Mei 1985), atau hanya dikenali sebagai Hernanes (sebutan dalam bahasa Portugis: [eʁˈnɐ̃niʃ]), merupakan pemain bola sepak Brazil yang kini bermain untuk kelab Serie A, Juventus. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

São Paulo[sunting | sunting sumber]

Hernanes telah memasuki akademi São Paulo dan bermain untuk kelab itu selama sembilan tahun (2001–2010). Beliau kemudian dipinjam ke Santo André untuk musim 2006. Pada 2008, ketika menjadi pemain São Paulo, Hernanes memenangi anugerah pemain terbaik Prêmio Craque do Brasileirão.

Lazio[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Ogos 2010, São Paulo setuju untuk menjual Hernanes kepada Lazio.[4] Hernanes kemudian menandatangani kontrak lima tahun.[5] Lazio kemudian membayar €11.1 juta kepada São Paulo.[6] Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika membuat penampilan pertama dengan menjaringkan tendangan penalti dalam perlawanan latihan menentang Deportivo La Coruña. Beliau juga membuat hantaran kepada Sergio Floccari untuk menjaringkan gol ketiga Lazio. Beliau menjaringkan gol pertama di Serie A juga melalui tendangan penalti menentang Bologna, Lazio menang 3–1. Pada 3 Disember 2010, beliau menjaringkan gol ketiganya di Lazio ketika menang 3-1 ke atas Inter dengan sepakan percuma. Dalam musim pertamanya di Lazio, beliau telah menjaringkan 11 gol. Beliau bersama Lazio juga menjuarai Coppa Italia 2012–13l menentang Roma.

Internazionale[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Januari 2014, Hernanes menandatangani kontrak baru selama empat tahun setengah sehingga 30 Jun 2018 untuk bersama kelab Internazionale.[7] Beliau membuat penampilan pertama pada 9 Februari, ketika menang 1–0 ke atas Sassuolo, beliau membuat hantaran kepada Walter Samuel untuk menjaringkan gol kemenangan Internazionale.[8] Pada 10 Mei, beliau menjaringkan gol dari jarak jauh menentang bekas kelabnya, Lazio untuk memberikan kemenangan 4-1. Dengan keputusan itu, Internazionale layak ke Liga Europa pada musim hadapan.[9]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Hernanes meraikan jaringan gol Neymar ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 menentang Croatia.

Beliau membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan Brazil pada 26 Mac 2008 ketika menentang Sweden di London, Brazil menang 1-0. Pada 9 Februari 2011, Hernanes telah dibuang padang pada separuh masa pertama ketika tewas 1–0 kepada Perancis dalam perlawanan persahabatan akibat menendang penyerang Karim Benzema di bahagian dada.[10] Pada 10 November, beliau menjaringkan gol kedua Brazil, 2-0 menentang Gabon di Libreville selepas menerima bola dari tampanan penjaga gol.[11]

Hernanes telah dipilih oleh jurulatih Luiz Felipe Scolari untuk Piala Konfederasi FIFA 2013 di tanah air sendiri, Brazil. Dalam perlawanan pemanas badan menentang Perancis pada 9 Jun di Porto Alegre, beliau menggantikan tempat Luiz Gustavo dan empat minit kemudian, beliau menjaringkan gol kedua Brazil, Brazil menang 3-0.[12] Hernanes bermain semula perlawanan Brazil di Piala Konfederasi sejak perlawanan akhir peringkat kumpulan menentang Itali.

Beliau termasuk dalam skuad Brazil yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2014.[13] Beliau bermain dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Croatia di mana beliau menggantikan tempat Paulinho pada 27 minit terakhir, Brazil menang 3-1.[14]

Pasukan kebangsaan Brazil
Tahun Kmncln Gol
2008 1 0
2009 0 0
2010 1 0
2011 5 1
2012 1 0
2013 9 2
Jumlah 17 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
10 November 2011 Libreville, Gabon  Gabon
2–0
2–0
Persahabatan
2
9 Jun 2013 Porto Alegre, Brazil  Perancis
2–0
3–0
Persahabatan

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Musim Kelab Liga Piala Benua Lain Jumlah
Kejohanan Kmncln Gol Kejohanan Kmncln Gol Kejohanan Kmncln Gol Kejohanan Kmncln Gol Kmncln Gol
2005 São Paulo A 18 3 CB 8 1 CCS 5 1 31 5
2006 Santo André B 23 6 CB 8 1 31 7
2007 São Paulo A 31 3 CB 12 2 CCS 4 0 47 5
2008 A 24 4 CB 11 2 CL 11 0 46 6
2009 A 33 6 CB 13 3 CL 10 1 56 10
2010 A 12 2 CB 11 1 CL 12 4 35 7
Jumlah São Paulo 100 15 47 8 37 5 184 28
2010–11 Lazio A 36 11 CI 1 1 37 12
2011–12 A 31 8 CI 2 1 UEL 9 2 42 11
2012–13 A 34 11 CI 5 2 UEL 14 1 53 14
2013–14 A 15 2 CI 1 0 UEL 6 1 22 3
Jumlah Lazio 118 33 9 4 29 4 156 41
2013–14 Inter A 8 1 CI 0 0 - - - 8 1
Jumlah Inter 8 1 0 0 0 0 8 1
Jumlah kerjaya 249 55 69 14 65 9 408 81

Anugerah[sunting | sunting sumber]

São Paulo
Lazio
Brazil
Individu
2007, 2008
2008

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 6. Dicapai pada 10 July 2014.
  2. ^ "SUÍÇA x BRASIL - 14.08.13 - Basel-Suíça - CBF" (PDF). Brazilian Football Confederation. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-02-28. Dicapai pada 5 February 2014.
  3. ^ "Hernanes - Profile". Confederations Cup Brazil 2013. FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-09. Dicapai pada 21 January 2014.
  4. ^ Por Carolina Elustondo e Marcelo Prado São Paulo. "Fora da Libertadores, São Paulo oficializa venda de Hernanes | globoesporte.com". Globoesporte.globo.com. Dicapai pada 4 February 2014.
  5. ^ Kaue Freitas (6 August 2010). "Hernanes vai para a Lazio". São Paulo F.C. Dicapai pada 4 August 2010.
  6. ^ http://esporte.uol.com.br/futebol/ultimas/2008/04/17/ult59u153602.jhtm
  7. ^ Inter (31 January 2014). "WELCOME TO INTER, HERNANES!". Dicapai pada 31 January 2014.
  8. ^ Goal.com (9 February 2014). "Inter 1-0 Sassuolo: Samuel header seals first win in 2014!". Dicapai pada 11 February 2014.[pautan mati kekal]
  9. ^ "Fitting farewell for Zanetti". Sky Sports News. 10 May 2014. Dicapai pada 5 November 2014.
  10. ^ "France beat ten-man Brazil". Sky Sports News. 9 February 2011. Dicapai pada 5 November 2014.
  11. ^ Edwards, Daniel (10 November 2011). "Gabon 0-2 Brazil: Sandro & Hernanes lead Mano Menezes' charges to success in Libreville". Goal.com. Dicapai pada 5 November 2014.
  12. ^ Webber, Tom (9 June 2013). "Brazil 3-0 France: Oscar, Hernanes & Lucas Moura provide Confederations Cup boost". Goal.com. Dicapai pada 5 November 2014.
  13. ^ "World Cup 2014: Kaka and Robinho omitted from Brazil squad". BBC Sport. 13 May 2014. Dicapai pada 5 November 2014.
  14. ^ Smith, Ben (13 June 2014). "Brazil 3-1 Croatia". BBC Sport. Dicapai pada 5 November 2014.