Ramires

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ramires
Maklumat peribadi
Nama penuh Ramires Santos do Nascimento[1]
Tarikh lahir (1987-03-24) 24 Mac 1987 (umur 36)
Tempat lahir Barra do Piraí, Brazil
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)[2][3]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Chelsea
Nombor 7
Kerjaya remaja
2004–2005 Royal Sport Club[4]
2005–2006 Joinville
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2007 Joinville 14 (3)
2007–2009 Cruzeiro 61 (10)
2009–2010 Benfica 26 (4)
2010– Chelsea 127 (14)
Pasukan kebangsaan
2008 Brazil B23 9 (0)
2009– Brazil 51 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 November 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 Julai 2014

Ramires Santos do Nascimento (sebutan dalam bahasa Portugis: [ʁaˈmiɾes ˈsɐ̃tus du nasiˈmẽtu]) (lahir 24 Mac 1987), ataupun lebih dikenali sebagai Ramires, merupakan pemain bola sepak Brazil yang bermain di kelab Inggeris Chelsea dan untuk pasukan kebangsaan Brazil. Beliau bermain di posisi pemani tengah atau posisi di sebelah kanan.

Ramires memulakan kerjayanya ketika bersama Royal Sport Club. Pada 2005, beliau menandatangani bersama kelab Joinville sebelum menyertai Cruzeiro di mana Ramires menghabiskan masanya di sana selama dua musim. Ramires membuat 61 pemunculan dalam perlawanan liga dan 10 kali menjaringkan gol. Pada 2009, Ramires berpindah ke Portugal untuk menandatangani bersama kelab sensasi Portugal, Benfica dari Cruzeiro. Beliau menghabiskan selama satu musim bersama Benfica dengan membantu pasukannya memenangi gelaran Primeira Liga. Beliau kemudian menyetai kelab Inggeris, Chelsea pada musim panas 2010 dalam kontrak selama empat tahun. Beliau membuat debut bersama Chelsea ketika menang 2-0 ke atas Stoke City pada lewat Ogos 2010 dan menjaringkan gol pertamanya ketika menang 4-0 ke atas Bolton Wanderers.

Ramires merupakan pemain bola sepak antarabangsa Brazil, beliau membuat debut bersama Brazil pada 6 Jun 2010 dalam kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 menentang Uruguay. Beliau juga sebahagian pasukan Brazil yang mememangi Piala Konfederasi FIFA 2009 dan pingat gangsa di Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Beliau telah bersama Brazil dalam dua Piala Dunia dan Copa América 2011.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Cruzeiro[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2008, Ramires bersetuju untuk kontrak lima tahun bersama Cruzeiro selepas berpindah dari Joinville dengan bayaran sebanyak $300,000 berikutan tempoh yang lama.[5] Beliau telah digelar oleh para peminat dan media ketika beliau di Cruzeiro ialah "Queniano Azul", atau "Blue Kenya", merujuk kepada jersi biru Cruzeiro dan beliau seperti pelari Kenya yang terkenal memenangi mana-mana maraton Brazil.[6]

Benfica[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mei 2009, Ramires menyertai kelab gergasi Portugis, Benfica dengan bayaran sebanyak €7.5 juta dalam kontrak lima tahun.[7][8] Ramires memulakan kerjanya sebagai pemain penting untuk Benfica ketika musim liga di mana kelab Portugis itu memenangi gelaran ke-32nya selepas kemarau lima tahun. Namun, Ramires hanya menghabiskan masanya selama satu musim di Benfica dengan memenangi Taça da Liga menumpaskan FC Porto 3–0.

Chelsea[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Ogos 2010, Benfica mengumumkan mereka telah bersetuju bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea menjual Ramires ke kelab Inggeris itu dengan bayaran €22 juta. Ramires melengkapkan perpindahannya ke Chelsea pada 13 Ogos dengan menandatangani kontrak selama empat tahun. Beliau menyarung jersi bernombor tujuh yang pernah dipakai sebelum ini oleh pemain antarabangsa Ukraine, Andriy Shevchenko.[9]

Musim 2010–11[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Ogos 2010, Ramires membuat debutnya bersama Chelsea ketika menentang Stoke City dalam Liga Perdana. Beliau memasuki padang pada minit ke-84 menggantikan Michael Essien di mana Chelsea menang dalam perlawanan itu, 2-0.[10] Pada 11 September 2010, beliau membuat debut penuh di Liga Perdana dengan memulakan perlawanan menentang West Ham United, Ramires bermain selama 90 minit penuh dan Chelsea menang ke atas West Ham 3-1.[11] Beliau membuat hantaran buat pertama kali ketika Chelsea menang 2-0 ke atasArsenal pada 3 Oktober 2010, Ramires membuat hantaran lintang kepda Didier Drogba untuk gol pertama Chelsea.[12]

Pada 29 Disember 2010, Ramires memulakan perlawanan bersama Chelsea ketika menentang Bolton Wanderers, 1-0, Di mana persembahan yang dibuat oleh Ramires ialah aksi yang terbaik ketika bersama Chelsea, di mana beliau mengawal bola yang baik, berlari dengan pantas dan merebut bola ketika di posisi pemain tengah. Ramires menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea ketika menentang Bolton di Stadium Reebok. Pada 1 Mac, beliau bermain 90 minit penuh menentang musuh utama, Manchester United, Chelsea menang 2-1.

Pada 20 Mac, Ramires menjaringkan gol keduanya di Liga Perdana, 2-0 ke atas Manchester City di Stamford Bridge. Beliau menjaringkan gol ketika rakan sepasukan, David Luiz lepas dari tiga pertahanan City dan termasuk penjaga gol, Joe Hart kemudian menghantar kepada Ramires. Gol yang dibuat oleh Ramires telah dianugerahkan sebagai "Goal of the Season" untuk Chelsea. Persembahan yang dibuat oleh Ramires menghangatkan para peminat Chelsea, peminat Chelsea menggelarkan beliau "Rambo" merujuk kepada beliau sentiasa "memusnahkan" musuh satu demi satu. Pada 12 April, beliau telah menerima kad kuning kedua selepas membuat asakan ke atas Nani ketika menentang Manchester United dalam peringkat suku akhir di Liga Juara-Juara. Pada 8 Mei, Ramires memasuki padang pada separuh masa kedua menggantikan John Obi Mikel menentang Manchester United sekali lagi di mana Chelsea tewas 2-1. Dalam penamat musim 2010-11, beliiau membuat 41 penampilan dan menjaringkan dua gol untuk Chelsea dalam semua kejohanan.

Musim 2011–12[sunting | sunting sumber]

Pada 24 September 2011, Ramires menjaringkan dua gol ketika menentang Swansea City, 4-1 dalam perlawanan Liga Perdana.[13][14][15] Beliau kemudian menjaringkan satu gol menentang Everton dengan menanduk bola dari hantaran lintang Juan Mata. Beliau telah mengalami kecederaan pada lutut tidak lama selepas perlawanan. Dalam perlawanan itu, Chelsea menang 3-1. Perlawanan itu juga merupakan pemunculan ke-50nya untuk kelab.[16] Pada 1 November 2011, Ramires menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara untuk Chelsea menentang kelab Belgium, Racing Genk.

Ramires menjaringkan gol kelima pada musim 2011-12 ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Valencia CF, Chelsea menang selesa 3-0.[17] Beliau menjaringkan gol keenamnya pada musim tersebut ketika menentang Wolverhampton Wanderers, Chelsea menang tipis 2-1. Jaringan yang dibuat oleh Ramires adalah dari sepakan sudut.[18] Pada 8 Januari 2012, Ramires menjaringkan gol ketujuh dan kelapan untuk musim 2011-12 menentang Portsmouth dalam perlawanan Piala FA. Pada 28 Januari, Ramires telah mengalami terseliuh pada kaki ketika pusingan keempat Piala FA menentang Queens Park Rangers. Dua jam kemudian, jurulatih Chelsea André Villas-Boas mengatakan pemain Brazil dikeluarkan untuk berehat selama tiga atau empat minggu.

Pada 5 Mac 2012, Ramires menandatangani kontrak baru bersama Chelsea selama lima tahun di mana beliau kekal bersama Chelsea sehinga 2017.[19] Ramires menjaringkan gol menentang Tottenham Hotspur dalam perlawanan separuh akhir Piala FA, Chelsea menang besar 5-1.

Pada 18 April, Ramires mengambil bola selepas hantaran dari Frank Lampard dan menghantar kepada Didier Drogba sebelum Drogba menyumbat gol ketika gol masa tambahan menentang FC Barcelona, 1-0 dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara di Stamford Bridge.[20] Ramires digantung kerana memiliki dua kad kuning ketika perlawanan kedua di Camp Nou di mana beliau tidak beraksi di perlawanan akhir. already booked during the first leg, received a yellow card in the second leg at Camp Nou, which would rule him out of the final. Ramires menjaringkan gol fantastik dengan menendang padu menewaskan penjaga gol Víctor Valdés dan membantu Chelsea ke perlawanan akhir dengan agregat 3-2 selepas jaringan di akhir perlawanan oleh Fernando Torres. Gol Ramires itu kemudian dipilih sebagai "Goal of the Season."[21][22] Dalam perlawanan akhir, Chelsea bertemu dengan Bayern Munich pada 19 Mei. Malangnya, beliau tidak dapat beraksi kerana memiliki dua kad kuning sepanjang kejohanan. Namun, Chelsea berjaya menewaskan kelab Bavaria itu dalam penentuan sepakan penalti 4-3 selepas berkesudahan seri 1-1.[23][24]

Pada 5 Mei, Ramires menjaringkan gol ketika menentang Liverpool dalam Perlawanan Akhir Piala FA membantu Chelsea menang 2-1 dan menjuarai Piala FA.[25] Ramires kemudian menjaringkan gol kelimanya di Liga Perdana menentang Liverpool di Anfield, namun, Chelsea tewas 4-1.

Ramires menhabiskan musimnya di Chelsea dengan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Chelsea tetapi tewas kepada pemain tengah Juan Mata.[26] Walau bagaimanapun, beliau memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan dan "Goal of the Year" ketika menentang Barcelona.[27] Beliau menjaringkan sebanyak 12 gol, sembilan hantaran dan 4,081 minit bermain dalam 47 penampilan rasmi.[28]

Musim 2012–13[sunting | sunting sumber]

Ramires bermain dalam semua perlawanan di Perisai Komuniti FA 2012. Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika musim 2012–13 menentang FC Nordsjælland dalam Liga Juara-Juara di mana Chelsea menang besar 4-0.[29] Pada 28 Oktober 2012, beliau menjaringkan gol dalam Liga Perdana menentang Manchester United tetapi tewas tipis 3-2. Beliau menjaringkan gol sekali lagi menentang lawan yang sama Manchester United di perlawanan kedua pada 31 Oktober ketika Chelsea menang 5-4 di Piala Liga Inggeris. Pada 23 Disember, Ramires memasuki padang menggantikan Frank Lampard dan menjaringkan dua gol dalam 15 minit terakhir menentang Aston Villa, Chelsea menang besar dengan membelasaha Villa 8-0.[30]

Pada 10 Mac 2013, Ramires menjaringkan gol menentang Manchester United, seri 2–2 di Old Trafford dalam perlawanan pusingan keenam Piala FA.[31] Dalam perlawanan kedua terakhir Liga Perdana menentang Aston Villa, Ramires menerima dua kad kuninig dan dibuang padang di mana Chelsea menang 2-1.,[32] Penampilan terakhir Ramires dalam musim 2012-13 dalam perlawanan akhir Liga Eropah menentang bekas kelab beliau, Benfica di mana Chelsea menang 2-1. Chelsea akhirnya menjuarai trofi Liga Eropah UEFA musim 2012-13.[33]

Musim 2013–14[sunting | sunting sumber]

Pada 24 September 2013, Ramires menjaringkan gol pertamanya pada musim 2013–14 menentang Swindon Town dalam Piala Liga Inggeris.[34] Pada 28 September, beliau membuat penampilan ke-100 di Liga Perdana ketika seri 1-1 menentang Tottenham Hotspur.[35] Pada 1 Oktober, beliau menjaringkan dua gol ketika Chelsea menumpaskan Steaua București 4–0 dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.[36] Ramires menjaringkan gol pertamanya di Liga Perdana pada 14 Disember menentang Crystal Palace, 2-1.[37]

Musim 2014–15[sunting | sunting sumber]

Ramires menjaringkan gol pertamanya ketika musim baru menentang Everton, Chelsea menang besar 6-3. [38]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Ramires (kanan) bermain untuk Brazil menentang Scotland, menghalang sepakan percuma dengan membuat benteng.

Pada 21 Julai 2008, Ramires telah dimasukkan dalam pasukan Brazil bawah-23 untuk menggantikan Robinho untuk Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Beliau membuat empat penampilan bersama Brazil dan Brazil memenangi pingat gangsa selepas menewaskan Belgium, 3-0.

Pada 21 Mei 2009, Ramires telah dipanggil buat pertama kali untuk menyertai pasukan kebangsaan Brazil untuk kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 dan Piala Konfederasi FIFA 2009..[39]

Ramires bermain untuk pasukan kebangsaannya pada 6 Jun 2009, dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Uruguay di mana beliau sebagai pemain gantian menggantikan Elano.[40]

Gol antarabangsa pertama Ramires untuk skuad Brazil ketika perlawanan pemanas badan Piala Dunia menentang Tanzania, 5-1. Dalam pusingan 16 Piala Dunia, Ramires melepasi tiga pemain pertahanan Chile kemudian membuat hantaran kepada Robinho sebelum Robinho menyumbat masuk gol 3-0 ke atas Chile. Jurulatih Brazil, Dunga dipersalahkan kerana kekalahan memalukan kepada skuad Belanda, 2-1 dalam peringkat suku akhir Piala Dunia. Ramires telah disenaraikan dalam 23 pemain Brazil untuk Copa América 2011 yang diadakan di Argentina.

Pada 2 Jun, Ramires dimasukkan dalam skuad Brazil untuk Piala Dunia FIFA 2014. Skuad Brazil sekadar tempat keempat selepas tewas kepada Belanda, 3-0 di laman sendiri.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Brazil
Tahun Pnmpln Gol
2009 10 0
2010 10 2
2011 7 0
2012 6 1
2013 8 1
2014 9 0
Jumlah 50 4

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 7 Jun 2010 Dar es Salaam, Tanzania  Tanzania 3–0 6–0 Persahabatan
2 5–0
3 10 September 2012 Recife, Brazil  China 1–0 8–0 Persahabatan
4 7 September 2013 Brasília, Brazil  Australia 4–0 6–0 Persahabatan

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 30 Ogos 2014.
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Benua Jumlah
Pmncln Gol Hantaran Pmncln Gol Hantaran Pmncln Gol Hantaran Pmncln Gol Hantaran Pmncln Gol Hantaran
Joinville 2006 14 3 14 3
Cruzeiro
2007 32 3 1 2 0 0 34 3 1
2008 25 6 0 - 11 5 2 36 11 2
2009 4 1 0 11 1 2 15 2 2
Jumlah di Brazil 75 13 1 24 6 4 99 19 5
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah/Lain Jumlah
Benfica 2009–10 26 4 6 1 0 0 4 1 0 12 0 1 43 5 7
Jumlah di Benfica 26 4 6 1 0 0 4 1 0 12 0 1 43 5 7
Chelsea 2010–11 29 2 0 3 0 0 1 0 0 8 0 0 41 2 0
2011–12 30 5 3 6 4 2 1 0 0 10 3 2 47 12 7
2012–13 35 5 4 6 2 0 4 1 1 17 1 3 62 9 8
2013–14 30 1 1 3 0 0 2 1 0 11 2 1 46 4 2
2014–15 3 1 3 0 0 0 0 0 0 0 0 0 3 1 3
Jumlah di Chelsea 126 14 8 18 6 2 8 2 1 46 6 6 1981 28 17
Jumlah kerjaya 227 31 15 19 6 2 12 3 1 82 12 11 3401 52 29

1Termasuk pemunculan di Perisai Komuniti FA 2012.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Cruzeiro
Benfica
Chelsea

Brazil[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name="Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14">"Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14". Premier League. 16 August 2013. Dicapai pada 17 August 2013.
  2. ^ "Ramires 7". chelseafc.com. 4 November 2014. Dicapai pada 4 November 2014.
  3. ^ "Ramires". uefa.com. UEFA. Dicapai pada 6 November 2014.
  4. ^ "Diário do Vale: Barra do Piraí presta homenagem ao craque Ramires". Diariodovale.uol.com.br. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-15.
  5. ^ "Ramires fica em definitivo no Cruzeiro". Mercadofutebol.com. 13 November 2007. Dicapai pada 15 April 2008. (Portugis)
  6. ^ Jones, Simon (22 July 2010). "Chelsea in £20m Ramires raid! Champions bid for Brazilian World Cup midfielder". Daily Mail. London.
  7. ^ "Cruzeiro confirma venda de Ramires para o Benfica". Estadão. 21 May 2009. Dicapai pada 22 May 2009. (Portugis)
  8. ^ "Ramires Agrees Benfica Move". ESPNSTAR.com. 22 May 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-24. Dicapai pada 22 May 2009.
  9. ^ "RAMIRES SIGNS FOR CHELSEA". Chelsea FC. 13 August 2010. Dicapai pada 7 June 2014.
  10. ^ "Chelsea 2 – 0 Stoke City". ESPN Soccernet. 28 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-23. Dicapai pada 30 August 2010.
  11. ^ "West Ham 1–3 Chelsea". BBC News. 11 September 2010.
  12. ^ "Chelsea 2–0 Arsenal". BBC News. 3 October 2010.
  13. ^ "Report: Chelsea v Manchester City – Barclays Premier League". ESPN. 20 March 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-24. Dicapai pada 2014-11-15.
  14. ^ "Luiz leads Blues past City". Sky Sports. 20 March 2011.
  15. ^ "Latest News". Chelsea FC.
  16. ^ "Report: Chelsea v Everton – Barclays Premier League". ESPN. 15 October 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-17. Dicapai pada 2014-11-15.
  17. ^ "CHELSEA 3 VALENCIA 0". Chelsea FC Official website. 6 December 2011.
  18. ^ "English Premier League 2012 - Wolves 1-2 Chelsea". WAW Sports. 2 January 2012. Dicapai pada 7 June 2014.
  19. ^ "FIVE MORE YEARS FOR RAMIRES". Chelseafc.com. 5 March 2012. Dicapai pada 7 June 2014.
  20. ^ McNulty, Phil (18 April 2012). "BBC Sport – Chelsea 1–0 Barcelona". BBC.
  21. ^ Bloor, Steven (24 April 2012). "Champions League 2011–12,Chelsea (Football),Barcelona (Football club),Champions League,Football,Sport". The Guardian. London.
  22. ^ "Chelsea's terrible Barcelona shame turns to triumph | Mail & Guardian". Mg.co.za. 24 April 2012.
  23. ^ Winter, Henry (24 April 2012). "Chelsea stun European champions Barcelona in Nou Camp to reach Champions League final". The Daily Telegraph. London: telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-24. Dicapai pada 24 April 2012.
  24. ^ Lawton, Matt (24 April 2012). "Barcelona 2 Chelsea 2 (agg 2–3): Salute the incredibles! Terry off, 2–0 down but brave Blues hit back to reach final". Daily Mail. London.
  25. ^ "Di Matteo hails players". Sky Sports.
  26. ^ name="chelseafc1">"Latest News". Chelsea FC.
  27. ^ name="chelseafc1"
  28. ^ "Latest News". Chelsea FC.
  29. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/19709698
  30. ^ "Chelsea turned on the style to completely destroy in-form Aston Villa and move back up to third place in the Premier League". BBC Sport. 23 December 2012.
  31. ^ "Man Utd 2–2 Chelsea". BBC Sport. 10 March 2013.
  32. ^ Sharma, Rik (12 May 2013). "PICTURE SPECIAL: Breakdown of history man Frank Lampard's Chelsea goals... and the iconic images that go with them". London: Daily Mail.
  33. ^ Winter, Henry (15 May 2013). "Benfica 1 Chelsea 2: match report". London: Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-16. Dicapai pada 2014-11-16.
  34. ^ "Swindon 0-2 Chelsea". BBC. 24 September 2013. Dicapai pada 28 October 2013.
  35. ^ McCourt, Ian (28 September 2013). "Tottenham Hotspur vs Chelsea: Live". The Telegraph. London. Dicapai pada 28 October 2013.
  36. ^ "Steaua Bucharest 0-4 Chelsea". BBC. 1 October 2013. Dicapai pada 28 October 2013.
  37. ^ "MATCH REPORT: CHELSEA 2 CRYSTAL PALACE 1". Chelsea FC. 14 December 2013. Dicapai pada 14 December 2013.
  38. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/28906778
  39. ^ "Dunga convoca Seleção Brasileira para jogos das Eliminatórias e Copa das Confederações". Confederação Brasileira de Futebol (CBF). 21 April 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-26. Dicapai pada 22 April 2009. (Portugis)
  40. ^ "Brasil atropela o Uruguai, quebra tabu e fica muito perto da vaga para 2010". O Globo. 6 June 2009. Dicapai pada 10 June 2009. (Portugis)