Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Alves Jô.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhJoão Alves de Assis Silva[1]
Tarikh lahir (1987-03-20) 20 Mac 1987 (umur 32)
Tempat lahirSão Paulo, Brazil
Ketinggian1.91 m (6 ft 3 in)[2]
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniEjen bebas
Kerjaya remaja
2000–2003Corinthians
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2003–2005Corinthians81(17)
2005–2008CSKA Moscow52(30)
2008–2011Manchester City21(1)
2009Everton (pinjaman)12(5)
2009–2010Everton (pinjaman)15(0)
2010Galatasaray (pinjaman)13(3)
2011–2012Internacional16(2)
2012–2014Atlético Mineiro66(16)
Pasukan kebangsaan
2008Brazil B237(3)
2007–Brazil20(5)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 2 Disember 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 12 Julai 2014

João Alves de Assis Silva (lahir 20 Mac 1987), ataupun dikenali sebagai (sebutan dalam bahasa Portugis: [ʒo]) merupakan pemain bola sepak Brazil yang bermain di posisi penyerang.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Corinthians[sunting | sunting sumber]

Jô bermain untuk kelab Brazil, Corinthians pada tahun 2003–2005. Beliau membuat 54 penampilan dan menjaringkan 23 gol. Pada 2005, beliau berpindah ke kelab Rusia, CSKA Moscow.

CSKA Moscow[sunting | sunting sumber]

Jô menjaringkan 14 gol daripada 18 kemunculannya untuk CSKA Moscow. Dalam Liga Juara-Juara Eropah, Jô menjaringkan dua gol ketika menentang Inter Milan, tetapi pasukannya tewas 4–2 di San Siro. Akan tetapi, Jô tampil dalam 77 perlawanan untuk CSKA Moscow dan menjaringkan 44 gol.

Manchester City[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Julai 2008, kelab Inggeris, Manchester City menandatangani Jô dengan bayaran tertutup tetapi diketahui sekitar £19 juta, di mana rekod besar pemindahan City pada masa itu. Beliau hanya menjaringkan satu gol liga daripada empat perlawanan untuk Manchester City.[3] Beliau juga menjaringkan satu gol dalam saingan Piala UEFA menentang Omonia Nicosia.[4] Jô dilihat sukar bermain bersama pasukan City dan hanya bermain enam perlawanan untuk musim 2008–09.

Jô sertai Everton secara pinjaman pada Februari 2009, sehingga penghujung musim 2008–09.[5] Beliau membuat penampilan pertama untuk Everton ketika menentang Bolton Wanderers dan menjaringkan dua gol untuk memberikan kemenangan kepada Everton, 3-0.[6] Beliau menamatkan musim itu dengan menjaringkan lima gol daripada 12 penampilan liga.

Beliau kembali ke City pada penghujung musim[7][8] tetapi beliau sertai semula Everton pada musim 2009–10[9] secara pinjaman yang bertempoh panjang.[10][11] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Everton ketika menentang AEK Athens dalam saingan Liga Europa UEFA 2011-12, Everton menang 4–0. Beliau kemudian kembali ke Brazil atas alasan menyambut Hari Krismas, tetapi pengurus David Moyes menggantung beliau kerana kesalahan tingkah laku.

Selepas digantung di Everton, beliau kembali ke Manchester City dan dipinjam ke Galatasaray pada hari yang sama.[12] Beliau menjaringkan tiga gol ketika dipinjam di Galatasaray.

Beliau kembali semula ke City selepas pinjamannya bersama Galatasaray tamat. Pada 21 November 2010, Jô menjaringkan gol tunggal City ketika terikat seri 1-1 menentang Juventus dalam saingan Liga Europa UEFA.

Sport Club Internacional[sunting | sunting sumber]

Pada 20 July 2011, Jô kembali ke Brazil untuk sertai Sport Club Internacional.

Atlético Mineiro[sunting | sunting sumber]

Pada 2012, Jô bersama kelab Atlético Mineiro, di mana beliau beraksi dengan penyerang sensasi Brazil, Ronaldinho. Beliau menjuarai Campeonato Mineiro dan menduduki tempat pertama Copa Libertadores pada tahun 2013.[13]

Pada 4 November 2014, Jô dikeluarkan dari kelab itu atas alasan dispilin.[14]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jô ketika menentang Jepun dalam aksi Piala Konfederasi 2013

Jô menerima panggilan pertama untuk sertai skuad Brazil pada Mei 2007 untuk menentang England, tetapi beliau tidak beraksi pada perlawanan itu. Beliau membuat penampilan pertama untuk Brazil ketika menentang Turki pada Jun 2007, beliau baru berusia 20 tahun.

Pada 7 Jun 2013, Jô telah dipanggil untuk menggantikan tempat Leandro Damião untuk Piala Konfederasi FIFA 2013.[15] Pada perlawanan pembukaan pada 15 Jun 2013, beliau menjaringkan gol antarabangsanya, Brazil menang 3–0 ke atas Jepun. Beliau kemudian menjaringkan gol keduanya untuk Brazil menentang Mexico pada 19 Jun 2013.

Jô telah dimasukkan dalam skuad Brazil di Piala Dunia FIFA 2014. Beliau membuat debut pada kejohanan itu ketika bermain 22 minit terakhir menggantikan tempat Fred ketika menentang Mexico, 0-0. Beliau juga bermain untuk Brazil ketika pusingan 16 menentang Chile dan bermain 90 minit penuh dalam perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Belanda.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
15 Jun 2013 Brasília, Brazil  Jepun 3–0 3–0 Piala Konfederasi FIFA 2013
2
19 Jun 2013 Fortaleza, Brazil  Mexico 2–0 2–0 Piala Konfederasi FIFA 2013
3
7 September 2013 Brasília, Brazil  Australia 1–0 6–0 Persahabatan
4
2–0
5
10 September 2013 Boston, Amerika Syarikat  Portugal 3–1 3–1 Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Corinthians
CSKA Moscow
Internacional
Atlético Mineiro

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 6. Dicapai 10 July 2014. 
  2. ^ "Jo". fifa.com. FIFA. Dicapai 21 January 2014. 
  3. ^ Whyatt, Chris (21 September 2008). "Man City 6–0 Portsmouth". BBC Sport. 
  4. ^ Bevan, Chris (18 September 2008). "Omonia Nicosia 1–2 Man City". BBC Sport. 
  5. ^ "Man City misfit Jô joins Everton on loan". ESPN. 2 February 2009. Dicapai 20 November 2011. 
  6. ^ "Everton 3–0 Bolton". BBC Sport. 7 February 2009. Dicapai 29 December 2012. 
  7. ^ "Costly Jô to return to Man City after Everton loan". Sports.sportsillustrated.cnn.com. Dicapai 20 November 2011. 
  8. ^ "Jô will rejoin Man City – Moyes". BBC News. 23 May 2009. Dicapai 20 November 2011. 
  9. ^ "Manchester City Loan Jô Back To Everton For Next Season – Report". Goal.com. 1 July 2009. Dicapai 20 November 2011. 
  10. ^ Everton (7 July 2009). "Everton likely to re-sign Jô on loan from Manchester City". The Daily Telegraph. UK. Dicapai 20 November 2011. 
  11. ^ "Everton Agree Jô Loan Deal With Manchester City". Goal.com. 10 July 2009. Dicapai 20 November 2011. 
  12. ^ "Jô seals loan move to Galatasaray". BBC News. 21 January 2010. Dicapai 6 May 2010. 
  13. ^ Tim Vickery (29 July 2013). "Veron and Jo prove success in England is not the only test". BBC Sport. 
  14. ^ "Brazil striker Jô released by Atlético Mineiro for indiscipline". The Guardian. 4 November 2014. 
  15. ^ http://esportes.terra.com.br/futebol/copa-das-confederacoes/medico-da-selecao-brasileira-confirma-corte-de-leandro-damiao,8a2cbefc69f1f310VgnVCM20000099cceb0aRCRD.html