Ema Emyliana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ema Emyliana
GenreDrama
Ditulis olehAmin Nasir Shakib
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Bilangan episod54
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Vareen Kaur
  • Sadupal Kaur
Penerbit
  • Jaspal S. Korotana
  • Ruhazmi Hamzah
Penyunting
  • Raja Fattah
  • Kuljit Singh
  • Azzalina Anuar
  • Loy Zami
Tempoh siaran23 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal13 November 2013 – 24 Jun 2015

Ema Emyliana merupakan sebuah siri drama remaja Malaysia 2013 arahan Azmi Hatta terbitan Orangetree Production, dibintangi oleh Eyka Farhana, Erynne Erynna dan Harris Alif. Ia mengisahkan seorang gadis remaja bernama Ema yang mempunyai rahsia besar iaitu mempunyai dua identiti yang berbeza di mana apabila menjadi Ema, beliau menjadi seorang remaja yang pemalu manakala apabila menjadi Emyliana, beliau menjadi seorang penyanyi yang lincah dan berjaya. Siri ini diterbitkan sebanyak 3 musim dan disiarkan di TV3 selama dua tahun berturut-turut bermula 13 November 2013 dan berakhir pada 24 Jun 2015.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah bermula apabila Ema (Eyka Farhana), seorang gadis berusia 14 tahun dan mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian dan bercita-cita untuk menjadi penyanyi sejak kecil lagi. Namun Ema yang bersifat pemalu membuatkan dia sukar untuk menunjukkan bakat di hadapan orang ramai. Di sekolah, Ema agak popular dan begitu mudah disukai oleh rakan-rakannya. Ini menyebabkan Juwita (Nur Akis) dan Julia (Fiffy Natasha), rakan sekelasnya begitu cemburu dengan Ema. Ema mempunyai dua teman rapat sejak dari sekolah tadika lagi, CT (Errynne Errynna) dan Joey (Harris Alif).

Namun segalanya berubah apabila Ema memberanikan diri menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh sebuah majalah remaja dan syarikat rakaman bagi mencari bakat baru di sekolahnya. Juwita dan Julia mendapat tahu hasrat Ema itu lalu cuba mensabotaj Ema dengan meletakkan gel berwarna yang akan digunakan oleh Ema. Gel itu menyebabkan warna rambut Ema berubah menjadi warna biru. Ema panik dan terus menarik diri dari pertandingan tersebut dan bertambah malu lagi apabila Taufik (Naim Daniel) yang diminatinya, melihat sendiri Ema yang begitu hodoh berambut biru.

Namun Ema tidak mudah mengalah, lalu mengubah penampilannya dengan memakai rambut palsu dan menukar namanya kepada Emyliayana. Dengan penukaran identiti tersebut, beliau tidak dikenali dan rasa lebih berkeyakinan apabila muncul di hadapan orang ramai sebagai Emyliana dan bukannya sebagai Ema. Juwita dan Julia langsung tidak menyedari akan hal ini kerana mereka menyangka yang Ema sudah pun pulang dengan perasaan kecewa.

Emyliana berjaya dalam pertandingan dan terpilih sebagai penyanyi baru yang akan digilap bakatnya. Apabila pulang, Bapa Ema, Marzuki dan ibunya Rina, terkejut dengan apa yang berlaku, Ema menerangkan perkara yang sebenar dan mereka bersetuju untuk menyembunyikan identiti sebenar Ema. Pada mulanya Ema cuba merahsiakan identiti “kembarnya” Emyliana daripada CT dan Joey tetapi dapat juga diketahui akhirnya. Sejak itu CT dan Joey bersama-sama membantu untuk menaikkan nama Ema dan pada masa yang sama melindungi identiti Ema.

Bermula dari kemenangan tersebut, bermulalah pelbagai kisah pengembaraan dan kejadian lucu didalam kehidupan Ema Emyliana. Ema perlu pandai menyesuaikan diri dan masanya sebagai pelajar dan juga penyanyi. Ada masanya Ema begitu sukar untuk menangani masalah ini dan bertambah tertekan apabila muncul ramai lagi penyanyi-penyanyi remaja seangkatannya yang juga tidak kurang hebatnya. Malah Ema semakin panik, apabila pertandingan nyanyian dan peperiksaan akan berlangsung dalam masa yang terdekat! Pada masa yang sama, Ema masih sukar untuk menyatakan perasaannya terhadap Taufik, teman sekolah yang diminatinya, apatah lagi mendapati bahawa Juwita juga meminati Taufik. Ema bertambah gelisah dengan sikap Juwita dan Julia yang masih terus menyiasat untuk mengetahui siapakah Emyliana sebenarnya.

Juwita dan Julia pula semakin hampir dapat menyelesaikan misteri siapakah Emyliana yang sebenarnya. Namun Juwita menyelamatkan keadaan kerana tidak sampai hati untuk mendedahkan siapakah Emyliana sebenarnya. Juwita merasakan yang Ema ialah seorang gadis yang baik dan selalu membantu rakan-rakannya. Namun Julia terus menyiasat sambil merasakan misinya masih belum tamat selagi beliau tidak mengetahui dan mendedahkan siapakah Emyliana yang sebenarnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Eyka Farhana sebagai Ema/Emyliana (musim 1-3)
  • Erynne Erynna sebagai Siti (musim 1-3)
  • Harris Alif sebagai Joey (musim 1-3)
  • Naim Daniel sebagai Taufiq (musim 1-3)
  • Fiffy Natasya sebagai Julia (musim 1)
  • Nur Alis Maria sebagai Juita (musim 1)

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (7 November 2013). Drama Bersiri Ema Emyliana Lakonan Eyka Farhana Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 November 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]